... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, September 8, 2021

Jom Kongsi : Kita Kan Sahabat

Assalamualaikum, salam ceria dan salam bahagiaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ buat anak-anak SKTPP. Semoga anak-anak semua sentiasa sihat, bersemangat dan gembira mengikuti PdPR. Fikirkan kebaikan ilmu pada diri dan buangkan jauh-jauh segala gangguan yang mendekati. Perlakuan dan tindakan yang baik bermula dari pemikiran yang baik.

Hari ini, cikgu nak kongsi dengan anak-anak tentang kawan, rakan atau lebih manis disebut sahabat. Sahabat sejati sukar untuk dicari apatah lagi untuk dimiliki. Memiliki sahabat yang baik dan sentiasa sudi bersama-sama kita dalam keadaan susah dan senang adalah umpama satu rahmat yang tiada nilainya. Oleh itu hargailah sahabat yang kita ada dan berusahalah untuk menjadi seorang sahabat yang baik. Mari sama-sama kita belajar tentang ciri-ciri sahabat yang baik melalui info grafik dan video yang disediakan di sini.






Semoga perkongsian ini membuka minda anak-anak untuk menjadi sahabat yang baik. Salah satu ciri sahabat yang baik, adalah menjadi pendengar yang baik. Hubungilah kami, guru-guru B&K SKTPP andainya anak-anak perlukan seseorang untuk berkongsi dan medengar luahan emosi anda... Kita Kan Sahabat...😊😊😊

"Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kesihatan Sejahtera"

#staysafe
#kiaskukenaldirimu
#jpnselangor

Tuesday, September 7, 2021

Peranan dan Tanggungjawab Dalam Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua anak didik SK Taman Putra Perdana. 

Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan maklumat mengenai Peranan Dan Tanggungjawab Dalam Keluarga. Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia, setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan masing-masing. Bapa, ibu dan anak hendaklah mengetahui dan memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas. Apabila semua ahli dalam keluarga dapat memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing, sudah tentu ini akan memudahkan pentadbiran sesebuah keluarga. 

Apa peranan murid-murid / anak-anak  dalam keluarga?

Jawapannya:

1. Sentiasa menghormati ibu dan bapa

2. Sentiasa menolong ibu dan bapa

3. Sentiasa menyayangi kedua ibu bapa 

4. Menjaga nama baik keluarga

5. Mendengar nasihat kedua ibu bapa

6. Berusaha membahagiakan kedua ibu bapa


Maklumat selanjutnya, mari kita baca serta  hayati infografik dan menonton video berikut: 

Semoga bermanfaat..



#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Monday, September 6, 2021

Terapi Kata-Kata "Gelas Harapan"

                            

Assalamualaikum, salam inspirasi buat semua. Apa khabar? Didoakan anak-anak SKTPP sihat dan kekal bersemangat untuk PdPR . Ingat, guna peluang yang ada untuk menimba ilmu walau apa cara sekalipun.

Setiap hari mood atau perasaan kita biasanya tak sama. Hari ini mungkin kita rasa kecewa. Tetapi esoknya datang pula bahagia. Fokus di sini ialah bagaimana untuk kita hadapi pada hari yang munculnya unsur-unsur negatif ini. Salah satu cara ialah mencipta Gelas Harapan atau "Glass Of Hope". Dalam gelas harapan ini kita masukkan kata-kata motivasi atau positif yang boleh meningkatkan atau membangkitkan semangat kita. Apabila diri mula rasa putus asa, kecewa, hilang arah dan tujuan, tiada tempat untuk mengadu....keluarkan satu kata-kata dalam gelas harapan itu tadi dan membacanya. Hayati setiap bait kata-kata itu dan jadikan ia sebagai pembakar semangat. Biarkan hormon endorfin meletus-letus dengan kata-kata yang positif. In sha Allah, dengan niat untuk mendapat kebaikan, segalanya akan dipermudahkan.

Anak-anak sekalian, kamu boleh mencubanya. Senang sahaja. Tiada yang sukar jika kita mahukannya. Di sini cikgu sediakan video khas untuk tatapan anak-anak kesayangan cikgu. Cikgu juga kongsikan tatacara membuat gelas harapan secara manual.

Cara membuat "Gelas Harapan"

1. Sediakan gelas kaca / balang kaca atau plastik (yang bertutup lagi bagus)

2. Sediakan kertas warna. Seeloknya warna terang untuk meningkatkan lagi motivasi diri.

3. Tulis kata-kata motivasi / positif mengikut saiz yang diperlukan. Jika ingin mencetaknya pun boleh. Untuk permulaan boleh buat sebanyak 30 kata-kata. Anggaran digunakan dalam tempoh sebulan.

4. Gunting dan gulung kata-kata itu tadi dan masukkan ke dalam balang yang disediakan.

5. Bila semangat dah mula pudar, keluarkan satu kata-kata tersebut dan hayatinya. Semoga ianya membantu dalam mengeluarkan aura-aura baru yang positif.

6. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.


#staysafe
#selftalk
#kiaskukenaldiriku

Friday, September 3, 2021

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-29 (Sesi Petang)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kumpulan 5 yang bertugas pada minggu ini, bermula dari 30 Ogos hingga 3 September 2021.

Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang guru seperti berikut;

1) Hariz Safwan bin Yaacob (Ketua) 

2) Nor Rafini binti Othman (Penolong)

3) Salina binti Mohd Tasu

4) Mohd Hadri bin Ag Idris

5) Nurazlin binti Mohd Noor

6) Rohani binti Mansor

7) Rozimah binti Yaakob

8) Zalina binti Ismail

9) Suphasara Supranie A/P Airak

Sesi persekolahan secara PdPR diteruskan lagi pada minggu ke 29 tahun 2021. Murid-murid masih lagi bersemangat meneruskan pembelajaran mengikut norma baharu. Ibubapa juga memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan anak-anak mereka mengikuti PdPR setiap hari. semoga kita semua akan kembali menjalani pembelajaran norma asal selepas ini.

Berikut adalah suasana dan aktiviti PdPR pada minggu ini.

         1) PdPR secara Google Meet




   
            2) PdPR secara offline


Pada hari isnin 30/8/2021 diadakan program Malaysia#QuranHour peringkat SKTPP. Aktiviti ini berlangsungdi kediaman masing-masing. Di sini dilampirkan beberapa gambar murid dan guru semasa aktiviti berlangsung


Akhir kata, kami dari kumpulan 5mengucapkan selamat menyambut hari Kebangsaan Kemerdekaan Malaysia kali ke-64 pada 31 Ogos 2021 dengan tema #Malaysia Prihatin




Disediakan oleh : Zalina binti Ismail

Laporan Bertugas Minggu Ke-29 (Sesi Pagi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Blog SKTPP di luar sana. Cikgu harap semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat, serta terhindar daripada dijangkiti wabak penyakit Covid-19. Yang penting, amalkan kebersihan diri serta jaga SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM.

Minggu ini merupakan minggu ke-29 sesi persekolahan kita untuk tahun 2021. Walaupun suasana persekolahan sekarang secara atas talian, kami dari Kumpulan 5 tetap menjalankan tugas mingguan untuk merekod dan melaporkan aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu ini.

Sebelum itu, jom berkenalan dengan guru-guru dalam Kumpulan 5 yang bertugas sepanjang minggu ke-29, mulai 30 Ogos hingga 3 September 2021.


Persekolahan kita pada minggu ke-29 masih lagi secara di atas talian. Namun, ia sama sekali tidak merencatkan kreativiti guru-guru dalam memastikan anak-anak murid mendapat pendidikan serta aktiviti yang sewajarnya mengikut kurikulum yang telah ditetapkan. Mari kita lihat aktiviti yang dibuat oleh guru-guru semasa sesi PdPR berlangsung.

Cikgu Azwane membuat kuiz secara online menggunakan platform Wordwall.


Cikgu Hanim memberikan latihan pengukuhan kepada murid agar murid lebih faham dengan topik yang dipelajari.


Khalish Wafiq dari kelas 4 Sony membuat simulasi yang kreatif tentang putaran bumi di atas paksi dengan bimbingan Cikgu Wan Faizol.


Selain daripada aktiviti PdPR, murid juga ada terlibat dengan pertandingan sempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat SKTPP. Antara pertandingan yang berlangsung pada minggu ini ialah Kuiz Sejarah dan Deklamasi Sajak. Pertandingan ini diadakan secara atas talian dengan pantauan serta bimbingan guru yang berkaitan. 

Kuiz Sejarah ini dijalankan kepada murid tahun 4, 5 dan 6. Kuiz ini dilaksanakan mengikut jadual PdPR mata pelajaran Sejarah oleh guru yang mengajar subjek tersebut. Penyertaan adalah sangat menggalakkan dalam kalangan murid-murid. Syukur Alhamdulillah. 

Kuiz Sejarah yang dibuat melalui platform Quizizz.

Pertandingan mendeklamasi sajak untuk tahun 4 juga telah diadakan, di mana murid perlu menghantar rakaman kepada guru Bahasa Melayu yang mengajar mereka.

Arsyad Asnawi dan Alya Syamimi dari kelas 4 Nokia telah menghantar tugasan pertandingan bersajak.


Selain itu, program Malaysia #QuranHour peringkat SKTPP juga telah diadakan pada minggu ini. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Murid-murid menghantar gambar berada di hadapan televisyen sambil mengikuti bacaan al-Quran yang dipancarkan secara langsung. Sesungguhnya aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada murid-murid beragama Islam terutamanya dalam membentuk akhlak mereka untuk mencintai al-Quran. 

Kompilasi gambar perkongsian dari murid-murid semasa menyertai Malaysia #QuranHour


Pada minggu ini juga telah berlangsungnya aktiviti Penyerahan sumbangan Tabung Cakna kepada 40 org keluarga murid yang terkesan dengan wabak Covid-19. Tabung Cakna telah dibangunkan oleh Unit Guru Penyayang SKTPP. Berikut antara gambar yang dikongsikan semasa sesi penyerahan sumbangan diadakan. 





Setakat ini sahaja laporan saya sebagai guru bertugas untuk minggu ke-29, sesi pagi. Sebelum saya mengakhiri laporan ini, mari kita saksikan perkongsian ucapan kemerdekaan yang bersemangat dari murid tahun 5, Hema Rubini.


Sekian, terima kasih.

#staysafe
#kitajagakita
#allahjagakita


Disediakan oleh: Puan Nur Zakiah binti Md Diat

Merdekakah Kita?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Teriakan suara hangat, suara penuh semangat, suara keramat yang keluar daripada jiwa yang merdeka. Bagaimana perasaan kita apabila perkataan 'merdeka' ini disebut atau dilafazkan? Adakah kita merasa terharu? Adakah kita berasa bersyukur? Atau paling tidak kita rasa bangga? Adakah jiwa dan fikiran kita benar-benar merdeka? Jom kita sama-sama tonton video berikut;


Jom, kita teruskan dengan aktiviti kuiz. Pemenang kuiz akan dipilih berdasarkan murid yang terawal dan memperoleh markah yang tertinggi. 3 orang pemenang dari Tahap Satu dan 3 orang pemenang dari Tahap Dua. 
Selamat mencuba dan selamat berjaya. 

Langkah-langkah menjawab kuiz:
1. Klik gambar di bawah
2. Taip nama dan kelas
3. Jawab semua soalan 

Aktiviti Kuiz

Sekian, semoga bermanfaat.

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh
#staypositif

Thursday, September 2, 2021

Penyerahan Sumbangan Tabung Cakna 2021

                         

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar Muhammad SAW.

Segala usaha menubuhkan Tabung Cakna SKTPP ini telah pun dipermudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih kepada pihak pentadbir yang sentiasa menyokong Unit Guru Penyayang dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang awal maupun ad-hoc. Menyedari keperluan murid-murid semasa PKP ini, satu inisiatif difikirkan perlu bagi membantu keluarga murid SKTPP yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bermula 17 Ogos 2021, Unit Guru Penyayang telah membuat kutipan sumbangan daripada guru-guru, staf sekolah & PIBG bagi meringankan beban keluarga murid semasa pandemik ini. Dan hari ini, sumbangan itu telah diserahkan kepada 40 keluarga yang terlibat. Walaupun sedikit, namun kami mengharapkan cakna ini mampu memberi kesan yang baik kepada emosi bahawa masih ada yang ambil peduli hal kebajikan murid-murid.

Buat anak-anak SKTPP yang disayangi, ingatlah bahawa ujian adalah pahit. Namun, di hujung kepahitan itu ada kemanisannya. Teruskan berusaha membaiki diri ke arah lebih positif. Jangan jadikan masalah sebagai alasan untuk berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Doa dan harapan cikgu, anak-anak SKTPP sentiasa sihat dan in sha Allah kita akan bertemu secara bersemuka nanti. Jangan bersedih hati, tetapi bersabar dan tersenyumlah. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu, ada kemudahannya.

Gambar yang sempat dirakam semasa penyerahan sumbangan..








Peluang menyantuni ibu bapa / penjaga yang terlibat memberi gambaran kehidupan yang boleh kami jadikan panduan bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran dan ujian. Doa kami semoga segala kesulitan tuan / puan dan anak-anak SKTPP dipermudahkan oleh Allah SWT.

Wednesday, September 1, 2021

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Murid Bulan September 2021

Selamat hari lahir untuk semua murid SKTPP yang lahir pada bulan September. Ucapan Cikgu Juli ini mewakili semua guru didedikasikan khas untuk kamu!! Didoakan juga anak-anak sekalian sentiasa sihat & ceria selalu😍




Jom Kongsi : ANDA...Remaja Pascamerdeka, Teguh Jiwa

 Assalamualaikum, salam ceriaπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ salam merdeka untuk anak-anak SKTPP khasnya dan warga SKTPP amnya. Alhmdulillah...syukur padaNya kerana kita berada di bumi merdeka. Oleh itu anak-anak, ambillah peluang yang terbuka luas di bumi merdeka ini untuk menuntut ilmu dan sentiasa berusaha merdekakan diri dari belenggu kealpaan dan kemalasan . Jom kita tonton video berikutnya bagi membangkitkan semangat kita


Seterusnya, Jom cikgu kongsikan tentang bagaimana Remaja Pascamerdeka yang teguh jiwanya.  Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12 – 21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

Sesungguhnya, negara memerlukan remaja berkemahiran, berwawasan dan bersahsiah dalam usaha membangun dan mamacu kemajuan negara pada masa depan. Justeru, modal insan yang berkualiti adalah aset utama dalam merealisasikan matlamat negara untuk mencapai status negara maju.

Golongan remaja perlu memiliki nilai jati diri yang kental, memiliki kualiti ilmu dan pengetahuan yang tinggi dan memiliki ciri daya ketahanan diri yang kuat agar dapat menangkis segala jenis ancaman penyakit sosial dan perilaku jenayah yang boleh meruntuhkan bangsa dan negara.

Juteru itu, ayuhlah anak-anak SKTPP kita sematkan iltizam dalam diri untuk sama-sama mengambil tanggungjawab sebagai warnanegara Malaysia. Tingkatkan semangat untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk keperibadian yang terpuji. Jom cikgu kongsikan, apa yang boleh anak-anak lakukan dari sekarang sebagai persediaan untuk menjadi Remaja Pascamerdeka yang teguh jiwanya.



Semoga perkongsian ini, mampu membuka minda dan memberi inspirasi kepada anak-anak bagi mempersiapkan diri memikul tanggungjawab menjadi remaja pascamerdeka yang teguh jiwanya

#staysafe
#stayathome
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor