Friday, September 3, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-29 (Sesi Pagi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Blog SKTPP di luar sana. Cikgu harap semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat, serta terhindar daripada dijangkiti wabak penyakit Covid-19. Yang penting, amalkan kebersihan diri serta jaga SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM.

Minggu ini merupakan minggu ke-29 sesi persekolahan kita untuk tahun 2021. Walaupun suasana persekolahan sekarang secara atas talian, kami dari Kumpulan 5 tetap menjalankan tugas mingguan untuk merekod dan melaporkan aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu ini.

Sebelum itu, jom berkenalan dengan guru-guru dalam Kumpulan 5 yang bertugas sepanjang minggu ke-29, mulai 30 Ogos hingga 3 September 2021.


Persekolahan kita pada minggu ke-29 masih lagi secara di atas talian. Namun, ia sama sekali tidak merencatkan kreativiti guru-guru dalam memastikan anak-anak murid mendapat pendidikan serta aktiviti yang sewajarnya mengikut kurikulum yang telah ditetapkan. Mari kita lihat aktiviti yang dibuat oleh guru-guru semasa sesi PdPR berlangsung.

Cikgu Azwane membuat kuiz secara online menggunakan platform Wordwall.


Cikgu Hanim memberikan latihan pengukuhan kepada murid agar murid lebih faham dengan topik yang dipelajari.


Khalish Wafiq dari kelas 4 Sony membuat simulasi yang kreatif tentang putaran bumi di atas paksi dengan bimbingan Cikgu Wan Faizol.


Selain daripada aktiviti PdPR, murid juga ada terlibat dengan pertandingan sempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat SKTPP. Antara pertandingan yang berlangsung pada minggu ini ialah Kuiz Sejarah dan Deklamasi Sajak. Pertandingan ini diadakan secara atas talian dengan pantauan serta bimbingan guru yang berkaitan. 

Kuiz Sejarah ini dijalankan kepada murid tahun 4, 5 dan 6. Kuiz ini dilaksanakan mengikut jadual PdPR mata pelajaran Sejarah oleh guru yang mengajar subjek tersebut. Penyertaan adalah sangat menggalakkan dalam kalangan murid-murid. Syukur Alhamdulillah. 

Kuiz Sejarah yang dibuat melalui platform Quizizz.

Pertandingan mendeklamasi sajak untuk tahun 4 juga telah diadakan, di mana murid perlu menghantar rakaman kepada guru Bahasa Melayu yang mengajar mereka.

Arsyad Asnawi dan Alya Syamimi dari kelas 4 Nokia telah menghantar tugasan pertandingan bersajak.


Selain itu, program Malaysia #QuranHour peringkat SKTPP juga telah diadakan pada minggu ini. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Murid-murid menghantar gambar berada di hadapan televisyen sambil mengikuti bacaan al-Quran yang dipancarkan secara langsung. Sesungguhnya aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada murid-murid beragama Islam terutamanya dalam membentuk akhlak mereka untuk mencintai al-Quran. 

Kompilasi gambar perkongsian dari murid-murid semasa menyertai Malaysia #QuranHour


Pada minggu ini juga telah berlangsungnya aktiviti Penyerahan sumbangan Tabung Cakna kepada 40 org keluarga murid yang terkesan dengan wabak Covid-19. Tabung Cakna telah dibangunkan oleh Unit Guru Penyayang SKTPP. Berikut antara gambar yang dikongsikan semasa sesi penyerahan sumbangan diadakan. 





Setakat ini sahaja laporan saya sebagai guru bertugas untuk minggu ke-29, sesi pagi. Sebelum saya mengakhiri laporan ini, mari kita saksikan perkongsian ucapan kemerdekaan yang bersemangat dari murid tahun 5, Hema Rubini.


Sekian, terima kasih.

#staysafe
#kitajagakita
#allahjagakita


Disediakan oleh: Puan Nur Zakiah binti Md Diat

No comments:

Post a Comment