Pihak pentadbir bersiap-siaga menjelang pengoperasian pembukaan sekolah. Semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan..
Thursday, September 23, 2021
Peranan Diri Dan Sokongan Guru Dalam PdPR
Assalamualaaikum, salam ceria πππ dan salam bahagia buat semua. Semoga anak-anak sentiasa sihat dan berusaha tingkatkan semangat dan motivasi diri bagi mengikuti PdPR.
Diri sendiri merupakan faktor utama yang menggerakkan sesuatu kejayaan yang diimpikan. Pemikiran yang positif merupakan salah satu daya pendorong atau motivasi untuk belajar. Oleh itu sentiasa sematkan kata-kata positif dalam pemikiran anak-anak contohnya "Saya seorang yang hebat", "Saya rajin belajar" dan sebagainya.
Daya ingatan yang kuat juga merupakan salah satu faktor yang mampu mendorong kita dalam mencapai kejayaan. Di sini, cikgu kongsikan beberapa tips bagi membantu anak-anak meningkatkan daya ingatan.
Sentiasa tingkatkan motivasi belajar anak-anak dengan menonton video-video seperti di bawah. Ingat!!! anak-anak, guru-guru sentiasa bersama kamu membantu dan menyokong kamu dalam menyampaikan ilmu, namun diri sendiri adalah penggerak utama bagi meraih kejayaan yang diimpikan.
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
Wednesday, September 22, 2021
Kenal Dan Pilih Rakan Sebaya Yang Betul
Assalamualaikum dan salam inspirasi. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsi maklumat mengenai kawan dan rakan sebaya. Semua orang mempunyai kawan. Apakah maksud kawan? Setiap orang yang kita kenali atau yang kita dampingi adalah kawan. Kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam memilih kawan. Jika tersalah pilih, buruk padahnya. Kawan yang baik akan memberi kebahagiaan kepada kita, sebaliknya yang kurang baik akan menyebabkan kita rasa sedih dan menderita. Maklumat selanjutnya boleh tonton video dan hayati poster berikut:
#kiaskukenaldirikuTuesday, September 21, 2021
Keluarga Bahagia
Assalamualaikum... Salam pembuka bicara, salam bahagia untuk semua.
"Happiness is a state of mind"
Monday, September 20, 2021
Ayuh!!! Mulakan Semangat Baru
Assalamualaikum, salam ceria πππ salam inspirasi untuk anak-anak kesayangan cikgu & warga SKTPP. Selamat kembali semula berPdPR. Ayuh!!! anak-anak, masa untuk bermalas-malasan telah tamat.
Jom!!! kita mulakan minggu baru dengan semangat baru. Semoga video-video di bawah dapat menyuntik semula semangat anak-anak bagi meneruskan PdPR dengan azam dan target untuk mencipta kejayaan dalam diri.
Thursday, September 16, 2021
Tuesday, September 14, 2021
Air Pancut Kolam
Air pancut di kolam depan Bilik Sumber PPDa telah diupgrade... Terima kasih cikgu-cikgu. Semoga menginspirasikan warga sekolah bila melihat pancuran airnya dengan ikan-ikan emas berlari-larian mengelilinginya..
Monday, September 13, 2021
Laporan Bertugas Minggu Ke-30 ( Sesi Pagi)
Guru Bertugas Kumpulan 6 Sesi Pagi
1. Pn. Siti Rabiaah Binti Mohammad
2. Pn. Nurliza Binti Abd Rahman
3. Pn. Norbaizura Binti Nordin
4. Pn. Noor Hayati binti Mohd Yusof
5. Pn. Fatin Huzaikka Binti Abdul Aziz
6. Pn. Noorayuni Binti Ab. Fatah
7. Pn. Parimala Vengadaslam
8. Pn. Noor Hanawati Alinda Binti Abd Talib Puruji
9. En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
10. En. Hafiz Bin Md Noor
11. En. Mohd Rusydan Bin Ismail
Salam Sejahtera kepada semua warga SKTPP. Minggu ini merupakan minggu ke -30 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi pembelajaran masih diteruskan melalui talian dan luar talian. Guru –guru sangat komited meneruskan pembelajaran norma baharu ini. Di samping itu , dalam minggu ini juga sekolah telah menerima keputusan MSSD yang diadakan dalam talian dan pertandingan Koakademik . Tahniah di ucapkan kepada murid –murid yang mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.
Berikut adalah senarai pemenang MSSD 2021
1. Airel Darwish Bin Hairi berjaya memenangi tempat ke-2 dalam Pertandingan Menimang Bola.
2. Adelina Elona Alfred Tais berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Badminton.
3. Nik Qashrina Damia Binti Nik Mohd Anizam berjaya mendapat tempat ke- 2 dalam acara Olaharaga.
4. Mohammad Hadif denial Bin Azmaini memenangi dalam pertandingan Hoki.
5. Nik Muhammad Daiyan Adam memenangi dalam pertandingan Hoki.
6. Fatih Aqil Bin Mohd Nafis Nasiruddin memenangi dalam pertandingan Hoki.
Senarai pemenang pertandingan Koakademik 2021
1. Alya Syamimi Binti Mohd Saufi mendapat tempat ke -4 Pertandingan Fotogari Alam Semulajadi peringkat daerah Sepang.
2. Ammar Danish Bin Mohd Hafiz mendapat tempat ke -3 Pertandingan Bridge Building peringkat daerah Sepang.
Gambar PDPR sepanjang minggu ini:
Saturday, September 11, 2021
Laporan Bertugas Minggu ke-30 (Sesi Petang)
Tarikh : 06 September 2021 hingga 10 September 2021
Senarai guru bertugas Kumpulan 6
- Saifullah bin Mat Saupi (K)
- Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
- Norazmira binti Kadirun
- Nora Azean binti Che Othman
- Norazah binti Mohd Ali
- Nor Latipah binti Che Yusoff
- Afandi bin Mat Zain
- Maizara binti Mahat
- Siti Aishah binti Hanafi
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog SKTPP di luar sana. Minggu ini merupakan minggu ke-30 sesi persekolahan bagi tahun 2021.
Seperti biasa, sesi PdPR tetap berlangsung seperti minggu-minggu yang lalu,
sama ada diadakan secara atas talian mahupun
luar talian. Diharapkan agar guru-guru dan murid-murid SKTPP masih bersemangat
dan teruja untuk meneruskan sesi pembelajaran norma baharu ini. Begitu juga
dengan ibu bapa, diharapkan masih kuat dan bersemangat menggembleng tenaga,
usaha dan masa bersama-sama guru bagi memastikan kelangsungan pendidikan
anak-anak. Jika semangat terasa kendur, penat, letih dan lesu, cepat-cepat klik
pautan ini,
http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/10/tips-kekal-positif.html
Baca, hayati dan teliti.. InshaAllah pasti terinspirasi.
|
Kelas atas talian awal matematik prasekolah bersama Cikgu Latipah |
|
Murid-murid tekun mengikuti kelas atas talian Bahasa
Inggeris Tahun 3 bersama Cikgu Maizara |
|
Antara hasil tugasan murid-murid bagi subjek
Pendidikan Seni Tahun 3 |
Berikut pula merupakan rangkuman peristiwa dalam seminggu:
1) Penyedian dan pembinaan kemudahan parkir orang kelainan upaya (OKU) .
Penutup laporan minggu ini, diucapkan:
Semoga gembira dan bersemangat untuk
meneruskan pembelajaran di rumah dan selamat bercuti
pertengahan penggal kedua.
#jagaSOP
#kitajagakita
#kitamestimenang
Disediakan oleh;
Saifullah bin Mat Saupi (K)
Guru Kumpulan 6
Friday, September 10, 2021
Saya Hebat Kerana Saya Berjaya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid SK Taman Putra Perdana. Cikgu pasti semua murid riang dan gembira pada hari ini kerana bermula esok sekolah akan bercuti selama seminggu. Semoga semua murid yang cikgu sayangi dapat berehat sambil melakukan aktiviti yang berfaedah pada waktu cuti ini.
Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin menyampaikan maklumat mengenai "Saya Hebat Kerana Saya Berjaya". Jika kita ada impian untuk berjaya, kita perlu berusaha, tabah hati dan berdaya tahan. Bagaimana cara untuk menjadi hebat? Jawapannya ada di dalam poster dan video berikut. Selamat membaca dan menonton. Selepas membaca dan menonton, bolehlah teruskan dengan aktiviti permainan jigsaw puzzle.
Jom rehatkan diri dengan jigsaw puzzle, sila klik link di bawah mengikut kategori murid;
1) Murid Prasekolah:
https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=01d7c661e5c5
2) Murid Pendidikan Khas:
https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=36e4444ece33
3) Murid Tahap 1:
https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=39a6af3fc2b8
4) Murid Tahap 2:
https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=35d4310e6ef3
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive



















