Saturday, September 11, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-30 (Sesi Petang)

Tarikh :  06 September 2021 hingga 10 September 2021

Senarai guru bertugas Kumpulan 6


  1. Saifullah bin Mat Saupi (K)
  2. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
  3. Norazmira binti Kadirun
  4. Nora Azean binti Che Othman
  5. Norazah binti Mohd Ali
  6. Nor Latipah binti Che Yusoff
  7. Afandi bin Mat Zain
  8. Maizara binti Mahat
  9. Siti Aishah binti Hanafi

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog SKTPP di luar sana. Minggu ini merupakan minggu ke-30 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Seperti biasa, sesi PdPR tetap berlangsung seperti minggu-minggu yang lalu, sama ada diadakan secara atas talian mahupun luar talian. Diharapkan agar guru-guru dan murid-murid SKTPP masih bersemangat dan teruja untuk meneruskan sesi pembelajaran norma baharu ini. Begitu juga dengan ibu bapa, diharapkan masih kuat dan bersemangat menggembleng tenaga, usaha dan masa bersama-sama guru bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak. Jika semangat terasa kendur, penat, letih dan lesu, cepat-cepat klik pautan ini, 

http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/10/tips-kekal-positif.html

Baca, hayati dan teliti.. InshaAllah pasti terinspirasi.


Kelas atas talian awal matematik prasekolah bersama Cikgu Latipah


Murid-murid tekun mengikuti kelas atas talian Bahasa Inggeris Tahun 3 bersama Cikgu Maizara


Antara hasil tugasan murid-murid bagi subjek Pendidikan Seni Tahun 3


Hasil kerja murid untuk subjek Sains Tahun 3

Berikut pula merupakan rangkuman peristiwa dalam seminggu:

1) Penyedian dan pembinaan kemudahan parkir orang kelainan upaya (OKU) .

Tarikh : 10 September 2021
Hari    : Jumaat



Penutup laporan minggu ini, diucapkan:

Semoga gembira dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di rumah dan selamat bercuti pertengahan penggal kedua.

#jagaSOP

#kitajagakita

#kitamestimenang

Disediakan oleh;

Saifullah bin Mat Saupi (K)

Guru Kumpulan 6

No comments:

Post a Comment