... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, September 9, 2023

Gotong-royong Madani Tahun 2023

Pada hari ini, warga SK Taman Putra Perdana telah melaksanakan aktiviti gotong-royong dengan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti. Aktiviti ini di bawah anjuran Jawatankuasa Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan (3K), Unit Hal Ehwal Murid.  Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti Gotong-royong Madani Tahun 2023.

Pada 24 Februari 2023, YAB perdana Menteri telah membentangkan  belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI. Berdasarkan pembentangan tersebut, peruntukan sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan program gotong royong di sekolah KPM seluruh Malaysia.  

Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat memberi peluang kepada warga sekolah untuk meningkatkan minat dan keinginan murid untuk datang ke sekolah dan melakukan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat dan komuniti dalam membangunkan kemenjadian murid. 

Objektif:

1) Mengindahkan semula beberapa bahagian kawasan sekolah

2) Mengecat garisan kawasan tempat letak kenderaan

3) Membersihkan longkang dalam kawasan sekolah

4) Memperbaiki keadaan dan permukaan jalan di kawasan tempat letak kenderaan

5) Membersihkan, mengecat dan menceriakan kawasan tangga

6) Menceriakan serta mengemaskini bilik-bilik khas

Penganjur & Penglibatan:

1) Unit 3K HEM dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

2) Guru-guru, pekerja kebersihan sekolah, ibu bapa murid Tahun 6 dan murid-murid Tahun 6

3) Majlis Perbandaran Sepang

Kawasan Liputan Gotong-royong:

Zon 1 : Mengecat dan membina garisan di tempat letak kereta guru

Zon 2 : Lanskap sekolah di kawasan Pagar A

Zon 3 : Kawasan tempat mengambil wudhu di dewan perdana

Zon 4 : Menampal lantai berlubang di kawasan sekolah dan kelas 

Zon 5 : Kawasan Prasekolah

Zon 6 : Kawasan PPKI

Zon 7 : Mengecat tangga

Zon 8 : Mencuci longkang di kawasan kantin

Zon 9 : Mencuci longkang di kawasan padang 

Zon 10 : Menampal simen di kawasan jalan dan tempat letak kereta

Zon 11 : Bilik RBT

Zon 12 : Bilik Pemulihan Khas

Zon 13 : Makmal Sains

Zon 14 : Makmal Komputer

Atur Cara Program:

7.30 pagi : Pendaftaran guru / murid / ibu bapa; Sarapan

8.00 pagi : Taklimat ringkas dan pembahagian tugas

8.15 pagi : Gotong-royong bermula

12.30 tengah hari : Bersurai

Lensa kamera sepanjang aktiviti berlangsung:

Luar Prasekolah

Prasekolah

Bilik RBT

Makmal Komputer / Bilik Fail

Tangga

Makmal Komputer

Membersihkan longkang

Makmal Komputer

Kawasan PPKI


Tangga

Pendaftaran

Sarapan Pagi

Alatan

Disediakan oleh,

Jawatankuasa Posting Blog:

Pn Nor Latipah binti Che Yusoff

Pn Juli binti Mahbah

Friday, September 8, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-22 (Sesi Petang)

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-22 (Sesi Petang)

Hari        : Isnin – Jumaat

Tarikh    : 4 – 8 September 2023

Kumpulan Bertugas : Kumpulan D


Senarai Nama Guru Bertugas:

1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

2. Pn. Norazah binti Mohd Ali

3. Pn. Halijah bint Mihat

4. Pn. Rohani binti Mansor

5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman

6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin

7. Pn. Wan Mahani binti Wan Hashim

8. Pn. Salina binti Mohd Tasu

9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad

 

Alhamdulillah, pembukaan sekolah untuk minggu ke-22 persekolahan selepas Cuti Penggal 2 telah berlalu dengan lancar. Berikut laporan sepanjang minggu;

1) Perhimpunan rasmi hari Isnin dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya bacaan doa dan ikrar Rukun Negara, Keselamatan Jalan Raya serta ikrar Sekolah. Pengerusi majlis pada hari ini ialah Puan Wan Mahani binti Wan Hashim.

2) Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman;

- Guru sering memberi peringatan tentang sampah sarap yang ditinggalkan oleh murid-murid, namun kejadian ini masih lagi berlaku terutama selepas rehat. Selesai makan dan minum, murid hendaklah memastikan sampah dari bekas makanan dan minuman dapat dibuang ke dalam tong sampah. Maka besarlah harapan supaya murid dapat mendengar nasihat dan arahan daripada guru-guru supaya ianya menjadi amalan seterusnya menjadikan sekolah kita bersih dan kemas.

3) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

4) Tema ucapan hari ini ialah jimat cermat. Berjimat cermat bermaksud berhemat-hemat atau berhati-hati. Ia juga merupakan amalan mulia yang mesti diamalkan setiap murid terutama dalam menguruskan duit belanja. Murid-murid hendaklah menggunakan duit secara berhemat dengan membeli makanan yang berkhasiat atau barangan yang bermanfaat. Jika kita membeli makanan yang tidak berkhasiat, perbuatan ini umpama telah membazirkan duit serta boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan kita. Jadi kita mestilah bijak dan berjimat cermat dalam menguruskan duit.

5) Perkataan LAWAD:-

Bahasa Melayu: mencanai= menggelek

Bahasa Inggeris: clap= tepuk

Bahasa Arab: ‘ainun= mata

6) Penyampaian hadiah 3S (Senyum, Salam, Sapa).

- Pn. Arzah binti Hussin mempengerusikan Majlis Penyampaian Hadiah kepada murid yang terpilih dalam Program 3S.

7) Ucapan Guru Penolong Kanan Petang.

- Encik Naga Kannan menegaskan semula tentang isu sampah yang telah dilaporkan oleh guru bertugas minggu lepas. Sikap ambil ringan ini akan mempengaruhi persekitaran sekolah kita. Murid-murid perlu memastikan sampah masing-masing dibuang sendiri sekali gus menjadikan ia budaya sekolah kita.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang sesi persekolahan sesi petang minggu ini.

Pn. Wan Mahani selaku pengerusi majlis pada perhimpunan kali ini.

Bacaan ikrar sekolah dipimpin pengawas yang bertugas

Murid-murid mengikut bacaan ikrar

Guru bertugas minggu ini

Penyampaian hadiah 3S oleh Pn Arzah

Penerima anugerah 3S 

Sesi perkenalan guru baharu, Encik Mohd Zulhadi

Kehadiran murid di pagar A

Kehadiran murid di pagar B

Murid berkumpul di dewan sebelum naik ke kelas

Terima kasih di atas kerjasama semua guru khususnya guru bertugas pada minggu ini (Kumpulan D) bagi memastikan perjalanan sekolah dan disiplin murid terkawal. Berjumpa lagi pada minggu bertugas akan datang.


Disediakan oleh,

Nur Azizati binti Ahmad

Laporan Bertugas Minggu Ke-22 (Sesi Pagi)






















Thursday, September 7, 2023

Selamat Datang Buat Guru-Guru Yang Bertukar Masuk

Selamat Datang juga diucapkan kepada guru-guru yang bertukar masuk ke SKTPP. Semoga kehadiran cikgu-cikgu akan memeriahkan lagi suasana dengan aura & semangat baru. Semoga cikgu-cikgu dapat mencurahkan segala pengalaman, kepakaran dan potensi yang ada untuk meningkatkan prestasi anak-anak murid kita..

1. En. Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh, 33 opsyen Matematik / BI, dari SK Sg. Mas (JHEOA), Kuantan, Pahang, asal Besut, Terengganu


2. Pn. Salina binti Hashim, dari SK Taman Putra Perdana 2, Sepang, opsyen Pendidikan Islam, asal Selangor


3. Pn. Murnei binti Ahmad, 43 dari SK Taman Putra Perdana 2, opsyen Bahasa Arab, asal Kedah


Salam perkenalan dari kami warga SKTPP buat Ustazah Murnei dan Ustazah Salina

Selamat Datang Buat Guru-Guru Baharu

Selamat Datang diucapkan kepada guru-guru yang baru posting daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ke SKTPP. Semoga cepat dapat menyesuaikan diri di sekolah ini dan seterusnya sama-sama kita memantapkan pendidikan anak-anak murid kita ke tahap yang cemerlang dalam setiap aspek. 

1. Ustaz Muhammad Khairul Afiq bin Jamili, 23, dari IPG Kampus Pendidikan Islam, opsyen Pendidikan Islam, asal Kuala Kangsar, Perak. 


2. Ustazah Pn. Nur Adneen Nasuha binti Ahmad Rizal, 23, opsyen Pendidikan Islam, lepasan IPG Pendidikan Islam, Bangi, asal Wakaf Bharu, Kelantan.


3. Ustazah Pn. Siti Aisyah binti Mat Zain, 23, opsyen Pendidikan Islam lepasan IPG Kampus Dato Razali Ismail, asal Terengganu.


4. Ustaz Ahmad Syahir bin Tohit, 23, opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, lepasan IPG Kampus Ilmu Khas, asal Dengkil, Sepang.


Ustazah Siti Aisyah dan Ustazah Nur Adneen

Ustaz Ahmad Syahir dan Ustaz Muhammad Khairul Afiq

Taklimat Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ringkas bersama guru-guru baharu dan mentor masing-masing dengan disaksikan oleh pihak pentadbir. Semoga bermanfaat dalam meningkatkan keyakinan diri dan kualiti pengajaran guru-guru baharu

Selamat Berpisah Buat Guru-Guru Yang Dapat Bertukar

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang dapat bertukar keluar negeri berkuatkuasa 4 September 2023;


1. Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah dapat bertukar ke SK Ayer Puteh, Chukai, Kemaman, Terengganu.


2. Sir Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman dapat bertukar ke SK Nawa, Pokok Sena, Kedah.


3. Cikgu Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin (PPKI) dapat bertukar ke SK Seri Langkap, Perak.

Semoga kalian terus cemerlang di sekolah baharu.  Selamat maju jaya dan semoga berbahagia di samping keluarga tercinta. Terima kasih atas segala budi dan jasa. Pengorbanan dan khidmat yang cikgu-cikgu curahkan buat anak-anak murid serta warga SKTPP selama ini takkan kami lupakan. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Kenang kami dalam doa kalian...