Saturday, September 9, 2023

Gotong-royong Madani Tahun 2023

Pada hari ini, warga SK Taman Putra Perdana telah melaksanakan aktiviti gotong-royong dengan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti. Aktiviti ini di bawah anjuran Jawatankuasa Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan (3K), Unit Hal Ehwal Murid.  Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti Gotong-royong Madani Tahun 2023.

Pada 24 Februari 2023, YAB perdana Menteri telah membentangkan  belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI. Berdasarkan pembentangan tersebut, peruntukan sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan program gotong royong di sekolah KPM seluruh Malaysia.  

Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat memberi peluang kepada warga sekolah untuk meningkatkan minat dan keinginan murid untuk datang ke sekolah dan melakukan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat dan komuniti dalam membangunkan kemenjadian murid. 

Objektif:

1) Mengindahkan semula beberapa bahagian kawasan sekolah

2) Mengecat garisan kawasan tempat letak kenderaan

3) Membersihkan longkang dalam kawasan sekolah

4) Memperbaiki keadaan dan permukaan jalan di kawasan tempat letak kenderaan

5) Membersihkan, mengecat dan menceriakan kawasan tangga

6) Menceriakan serta mengemaskini bilik-bilik khas

Penganjur & Penglibatan:

1) Unit 3K HEM dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

2) Guru-guru, pekerja kebersihan sekolah, ibu bapa murid Tahun 6 dan murid-murid Tahun 6

3) Majlis Perbandaran Sepang

Kawasan Liputan Gotong-royong:

Zon 1 : Mengecat dan membina garisan di tempat letak kereta guru

Zon 2 : Lanskap sekolah di kawasan Pagar A

Zon 3 : Kawasan tempat mengambil wudhu di dewan perdana

Zon 4 : Menampal lantai berlubang di kawasan sekolah dan kelas 

Zon 5 : Kawasan Prasekolah

Zon 6 : Kawasan PPKI

Zon 7 : Mengecat tangga

Zon 8 : Mencuci longkang di kawasan kantin

Zon 9 : Mencuci longkang di kawasan padang 

Zon 10 : Menampal simen di kawasan jalan dan tempat letak kereta

Zon 11 : Bilik RBT

Zon 12 : Bilik Pemulihan Khas

Zon 13 : Makmal Sains

Zon 14 : Makmal Komputer

Atur Cara Program:

7.30 pagi : Pendaftaran guru / murid / ibu bapa; Sarapan

8.00 pagi : Taklimat ringkas dan pembahagian tugas

8.15 pagi : Gotong-royong bermula

12.30 tengah hari : Bersurai

Lensa kamera sepanjang aktiviti berlangsung:

Luar Prasekolah

Prasekolah

Bilik RBT

Makmal Komputer / Bilik Fail

Tangga

Makmal Komputer

Membersihkan longkang

Makmal Komputer

Kawasan PPKI


Tangga

Pendaftaran

Sarapan Pagi

Alatan

Disediakan oleh,

Jawatankuasa Posting Blog:

Pn Nor Latipah binti Che Yusoff

Pn Juli binti Mahbah

No comments:

Post a Comment