... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, September 29, 2012

FROG VLE: PANDUAN UNTUK GURU & IBU BAPA/PENJAGA


PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas:




APAKAH VLE?

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.


PANDUAN
Sila klik PANDUAN GURU untuk membaca dan memahami mengenai Frog VLE.  Panduan ini juga amat berguna untuk ibu bapa atau penjaga murid-murid SK Taman Putra Perdana dalam usaha membantu anak-anak menggunakan Frog VLE ini di rumah.

ID Frog VLE untuk semua murid SKTPP telah diedarkan bermula 29 Ogos 2012.  (Lihat laporan di sini) Dan panduan untuk murid mengakses serta login telah pun dimuat naik dalam laman Facebook SKTPP (Lihat di sini).  Untuk paparan video panduan bagi murid, ibu bapa dan penjaga boleh melihatnya di Youtube atau tonton video di bawah ini:

Untuk melihat lebih banyak paparan video, klik di sini  (FB SKTPP)

Banyak video/panduan yang telah dibuat untuk memberi lebih kefahaman kepada warga pendidik, murid-murid dan juga ibu bapa/penjaga.  Maklumat dihujung jari ini perlu dipelajari dan digunakan agar segala maklumat berguna yang disediakan dapat diaplikasikan sebaik mungkin untuk impak pendidikan yang berkesan.  

Thursday, September 27, 2012

KUIZ UJI MINDA (D.A.R.I.H) - SESI PETANG

Hari ini telah berlangsung Kuiz Uji Minda (D.A.R.I.H) untuk semua murid Tahun 1 hingga 6. Aktiviti ini diadakan untuk menguji pengetahuan semua murid berkaitan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS.

Berikut adalah pemenang mengikut tahun :

TAHUN 1 

Tempat Pertama  : Hurin Batrisyia Amani Bt. Ahamad Junaidi (1 Zuhrah)
Tempat Kedua      : Muhd. Syakir (1 Marikh)
Tempat Ketiga      : Nik Muhd. Haziq b. Nik Mood (1 Uranus)


TAHUN 2

Tempat Pertama  : Syarifah Qhuzaimah bt. Sheikh Abdillah (2 Gamma)
Tempat Kedua      : Neofaris Arman Nasihin b. Mohd Nazrul Nazib (2 Sigma)
Temapt Ketiga      : Farah Maisarah (2 Thetha)


TAHUN 3

Tempat Pertama  : Jasmine Athirah bt. Hanif (3 Wira)
Tempat Kedua      : Nurul Hidayati bt. Muliadi (3 Juara)
Tempat Ketiga      : Nooraina Adlina (3 Viva)




 Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program dijalankan.













 Terima kasih diucapkan kepada semua AJK pelaksana yang telah menjayakan aktiviti ini.






Wednesday, September 26, 2012

ANALISA KEHADIRAN KOKURIKULUM SESI PETANG



LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-34)

Hari     :   Isnin
Tarikh  :   24 September 2012
Masa   :   7.30 - 8.00 pagi

GURU BERTUGAS MINGGUAN

     1.  Muhammad Zainuddin bin Kalam
     2.  Noriza bt Md Nor
     3.  Azlina bt Mat Isa
     4.  Roslina bt Jaafar
     5.   Norliza bt ali
     6.  Norli bt Hassan
     7.  Norinna bt Mohamed
     8.  A'ishah bt Mohamad Nor

LAPORAN / ULASAN
  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix).
  3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cikgu Norliza Ali. 
  4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Kamal Aizam  (6 Xenix).
LAPORAN / ULASAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS 
(PN. MUSALIHA BT MUSTAFA)
  1. Murid-murid dinasihatkan agar tidak berada di dalam kelas pada waktu rehat.
  2. Murid-murid tahun 6 diingatkan supaya menjaga kebersihan kelas dan memastikan susunan kerusi meja berada dalam keadaan kemas dan tersusun walaupun mereka jarang berada di dalam kelas.
  3. Murid juga diingatkan agar berbaris ketika bergerak ke bilik-bilik khas agar pergerakan mereka terkawal dan lebih berdisiplin.
PEMENANG PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

   TAHUN EMPAT  

   Tempat pertama : 4 Seraya 
   Tempat kedua.   : 4 Resak   
   Tempat ketiga    : 4 Cengal

   TAHUN LIMA  

  Tempat pertama : 5 Merpati  
  Tempat kedua.   : 5 Merbok    
  Tempat ketiga    : 5 Merak

   TAHUN ENAM  

  Tempat pertama : 6 Xenix  
  Tempat kedua.   : 6 Windows  
  Tempat ketiga.   : 6 Solaris

UCAPAN GURU BESAR, ENCIK SUKIMIN BIN JUKI

1.  Mengingatkan murid-murid agar menghormati lagu  serta menjaga etika  semasa perhimpunan.
2.  Menjaga disiplin diri dan  juga menghormati orang lain.
3.  Mematuhi peraturan yang telah dipupuk dalam diri sejak kecil.
4.  Mengingatkan murid perlunya menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
5.  Guru-guru mata pelajaran pertama diingatkan supaya memastikan kelas dibersihkan sebelum
     pembelajaran dimulakan.
6.  Murid juga ditegur supaya memastikan habuk-habuk pensel benar-benar masuk ke dalam tong 
     sampah semasa mengasah pensel.

PERKATAAN LAWAD 

Bahasa Malaysia  :  Cemerkap  - kurang cermat
Bahasa Inggeris   :  Disease      - penyakit
Bahasa Arab       :  Mustashfa   -  hospital

Perhimpunan berakhir pada jam 8.00 pagi.

Disediakan oleh,
Norli binti Hassan
         




Tuesday, September 25, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-34)

Hari : Isnin
Tarikh : 24 September 2012
Masa.  : 6.10 - 6.40 petang

GURU BERTUGAS MINGGUAN

  1. Puan Nor Arzah Bt Hussin
  2. Puan My. Sarah Bt Hamzah
  3. Puan Azizah Bt Ab Hamid
  4. Puan Ainul Balkhish Bt Mohd Aris
  5. Puan Rashidah Bt Mahmad
  6. Encik Zunaidi Bin Janalabin

LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan doa oleh adik Fakrul Akbar bin Abu Bakar (3 Waja).
  3. Bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Puan Rashidah Bt Mahmad.
  4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Husna Aqilah Bt Mohd Afzanizan (3Waja).
LAPORAN / ULASAN GURU BERTUGAS MINGGUAN LEPAS 
(PN. SURIYANA BT NANYAN)
  1. Murid dinasihati agar berhati-hati dalam bergurau dengan kawan. Ini kerana terdapat beberapa orang murid yang telah cedera akibat dari bergurau bersama kawan.
  2. Murid dilarang merentas laluan tengah untuk ke bilik guru atau semasa pulang. Sebaliknya murid diingatkan supaya mengikuti laluan koridor seperti yang telah ditetapkan.
  3. Murid dinasihati agar menjaga kebersihan kelas. Murid yang bertugas (mengikut jadual tugasan) perlu membersihkan kelas terlebih dahulu sebelum P&P bermula.
PENGUMUMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

TAHUN SATU
Tempat pertama : 1 Utarid
Tempat kedua.   : 1 Neptun
Tempat ketiga    : 1 Zuhrah

TAHUN DUA
Tempat pertama : 2 Alfa
Tempat kedua.   : 2 Zeta
Tempat ketiga    : 2 Teta

TAHUN TIGA
Tempat pertama : 3 Wira
Tempat kedua.   : 3 Juara
Tempat ketiga.   : 3 Exora

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG, ENCIK ROSDIN BIN IBRAHIM

  1. Murid dinasihati agar membudayakan menuntut ilmu. Murid digalakkan untuk membaca buku walau di mana sahaja murid berada. Di samping itu, murid diingatkan supaya membuat persediaan untuk menjawab peperiksaan pada Oktober depan.
  2. Murid juga diminta untuk meningkatkan disiplin sewaktu di sekolah. Murid seharusnya mempunya tekad untuk menjadi lebih baik bagi menjamin kecemerlangan diri pada masa hadapan.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.40 petang.


Disediakan oleh,
My Sarah Hamzah.

Thursday, September 20, 2012

PERANCANGAN PROGRAM SELEPAS UPSR 2012

BIL
MINGGU/
TARIKH
PROGRAM
TARIKH
1
34
17 – 21 Sept
22 ( ganti persekolahan)
·         Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam
·         Ulangkaji subjek elektif (sv,kt,moral)
·         Pembahagian kumpulan dengan tema persembahan sempena Hari Graduasi.
·         Latihan persembahan mengikut kelas.
18 Sept
19 Sep
20 Sept
21& 22 sept
2
35
24-28 SEPT
·         Latihan bola jaring dan bola sepak.
·         Peperiksaan Bahasa Arab & Jawi (8.00-10.30)
·         Kuiz sempena Anti Dadah (11.00-12.00)
·         Latihan bola jaring dan bola sepak
24-26 Sept
27 sept
27 sept
28 sept
3
36
1-5 OKT
·         Latihan bola jaring dan bola sepak
·         Pertandingan Antara Kelas
·         Perlawanan akhir Bola Jaring dan bola sepak
·         Melangkah ke Alam Sekolah Menengah. (8.30-10.30)
·         Latihan persembahan Hari Graduasi
1 & 2 Okt
3 Okt
4 Okt
4 & 5 Okt
4
37
8-12 OKT
·         Melangkah ke Alam Remaja ( gerbang remaja)
·         Minggu Usahawan Tahun 6
·         Jualan makanan oleh murid tahun 6
·         ( 9.30-10.50) waktu rehat.
8 Okt

9– 12 Okt
5
38
15 – 19 Okt
·         Peperiksaan Akhir tahun
·         Latihan Sempena Hari graduasi
15-17 Okt
18-19 Okt
6
39
22-24 Okt

·         Persiapan Hari Graduasi
·         Raptai Hari Graduasi
(cuti sempena aidil adha -25&26 Okt)

22-24 okt
7
40
29-31 Okt
1&2 Nov
·         Persiapan Hari Graduasi
·         HARI GRADUASI
·         JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6

31 Okt
1 Nov
8
41
5-9 Nov
·         Persiapan HAC
·         Lawatan ke Legoland(Terbuka kpd semua murid tahun 6)
·         Keputusan UPSR
Tarikh cadangan :
3 Nov (sabtu)

Wednesday, September 19, 2012

PEMENANG PERADUAN FROGASIA ~ TIKET VIP KONSERT MAROON 5

Pihak Frogasia.com telah menganjurkan satu peraduan untuk memenangi 2 keping tiket menyaksikan Konsert Live Maroon 5 di Stadium Shah Alam pada 20 September nanti.  2 orang murid SKTPP telah berjaya memenangi tiket VIP ini daripada 3 keping tiket yang ditawarkan.

Murid bertuah itu ialah adik Divya dan Adik Najwa Dayana dari kelas 6 Xenix.  Satu majlis ringkas penyerahan tiket dan poster konsert telah dilakukan pagi tadi.  En Adrian Loh bersama dua orang rakannya telah hadir ke SKTPP dan menyampaikan hadiah tersebut kepada para pemenang.

Berikut paparan gambar semasa majlis ringkas ini berlangsung:

sebahagian murid SKTPP yang memeriahkan majlis penyampaian hadiah ini

taklimat ringkas daripada Encik Adrian (wakil frogasia)

Adik Najwa menerima cenderamata drpd syarikat frogasia


Adik Divya menerima tiket drpd En Adrian


bergambar kenangan bersama beberapa orang guru yang turut hadir

wajah gembira kedua-dua pemenang

bergambar bersama GPK Hem - Pn Jamilah Arifin selepas acara penyampaian hadiah

sesi temuramah selepas acara penyampaian hadiah

SEKOLAH GANTI 22.9.2012 (SABTU)


Dimaklumkan bahawa pada 22.9.2012 (Sabtu) adalah sekolah ganti mengikut jadual hari Jumaat Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 17.8.2012.  Semua murid sesi pagi hadir mengikut jadual seperti biasa.  Bagi murid sesi petang dikehendaki hadir pada pukul 11.50 pagi dan balik pada pukul 3.50 petang.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

* Memo pemakluman akan diberi kepada murid pada hari Khamis.

LAWATAN PENANDA ARAS JPWP PBS KSSR


18 September 2012 pada 2.30 petang, Sk Tmn Putra Perdana telah menerima kunjungan seramai 11 orang daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Perseketuan Putrajaya untuk program Lawatan Penanda Aras PBS KSSR 2012

 Ketibaan Tetamu



 
Penerangan PBS oleh Pn. Siti Habsah



Tuesday, September 18, 2012

LAWATAN PBS GURU-GURU BESAR DAERAH SEPANG

Pada 18 September 2012 bersamaan hari Selasa, seramai 40 orang terdiri daripada Guru-guru Besar, wakil Guru Besar dan Pegawai-pegawai PPD Sepang termasuk Hj. Mat Jah bin Roslan telah datang melawat ke SK Taman Putra Perdana untuk melihat sendiri perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dijalankan oleh sekolah ini. Semua peserta rombongan yang datang berpuas hati dengan maklumat dan cara pelaksanaan PBS ini. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang lawatan tersebut:


1.Semasa sesi taklimat PBS di bilik mesyuarat SK Taman Putra Perdana


 

 





2. Semasa sesi lawatan di Bilik KSSR



 














 3. Jamuan ringkas di Pusat Sumber