Tuesday, September 25, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-34)

Hari : Isnin
Tarikh : 24 September 2012
Masa.  : 6.10 - 6.40 petang

GURU BERTUGAS MINGGUAN

  1. Puan Nor Arzah Bt Hussin
  2. Puan My. Sarah Bt Hamzah
  3. Puan Azizah Bt Ab Hamid
  4. Puan Ainul Balkhish Bt Mohd Aris
  5. Puan Rashidah Bt Mahmad
  6. Encik Zunaidi Bin Janalabin

LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan doa oleh adik Fakrul Akbar bin Abu Bakar (3 Waja).
  3. Bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Puan Rashidah Bt Mahmad.
  4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Husna Aqilah Bt Mohd Afzanizan (3Waja).
LAPORAN / ULASAN GURU BERTUGAS MINGGUAN LEPAS 
(PN. SURIYANA BT NANYAN)
  1. Murid dinasihati agar berhati-hati dalam bergurau dengan kawan. Ini kerana terdapat beberapa orang murid yang telah cedera akibat dari bergurau bersama kawan.
  2. Murid dilarang merentas laluan tengah untuk ke bilik guru atau semasa pulang. Sebaliknya murid diingatkan supaya mengikuti laluan koridor seperti yang telah ditetapkan.
  3. Murid dinasihati agar menjaga kebersihan kelas. Murid yang bertugas (mengikut jadual tugasan) perlu membersihkan kelas terlebih dahulu sebelum P&P bermula.
PENGUMUMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

TAHUN SATU
Tempat pertama : 1 Utarid
Tempat kedua.   : 1 Neptun
Tempat ketiga    : 1 Zuhrah

TAHUN DUA
Tempat pertama : 2 Alfa
Tempat kedua.   : 2 Zeta
Tempat ketiga    : 2 Teta

TAHUN TIGA
Tempat pertama : 3 Wira
Tempat kedua.   : 3 Juara
Tempat ketiga.   : 3 Exora

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG, ENCIK ROSDIN BIN IBRAHIM

  1. Murid dinasihati agar membudayakan menuntut ilmu. Murid digalakkan untuk membaca buku walau di mana sahaja murid berada. Di samping itu, murid diingatkan supaya membuat persediaan untuk menjawab peperiksaan pada Oktober depan.
  2. Murid juga diminta untuk meningkatkan disiplin sewaktu di sekolah. Murid seharusnya mempunya tekad untuk menjadi lebih baik bagi menjamin kecemerlangan diri pada masa hadapan.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.40 petang.


Disediakan oleh,
My Sarah Hamzah.

No comments:

Post a Comment