... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 16, 2017

Laporan Pehimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Petang)

Hari                    : Isnin
Tarikh                 : 16 Januari 2017
Masa                  : 1.20 - 2.20 petang
Pengacara Majlis : Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji

Guru Bertugas :
1) En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
2) Pn. Arrny Yusnita binti Md Enarji
3) Pn. Nor Arzah binti Hussin
4) Pn. Nor Azian binti Ahmad
5) Pn. Yusnita binti Yunus
6) En. Mohd Najib bin Sapari

Laporan/ulasan

a) Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.

Pn. Salmi sedang memimpin nyanyian lagu-lagu

b) Bacaan Doa dan Ikrar Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf bin Mohd Kamarol Hisham.

Bacaan Ikrar oleh Mohd Shafiq Ahnaf

c) Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Arnny Yusnita.


d) Laporan Guru Bertugas Minggu ke 2, Pn. Salmi Amir.
 i) Masih terdapat murid yang berlari-lari di kawasan sekolah terutama sewaktu sebelum perhimpunan harian.
ii) Didapati ada murid yang memanjat pokok yang terdapat di kawasan dataran perhimpunan.
iii) Sewaktu rehat, murid mesti berada di kantin sekolah.

e) Memperkenal barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ke-4 (16 Januari hingga 19 Januari 2017).

Barisan guru bertugas minggu ke 4

f) Tema Minggu Ini : Visi dan Misi PPDa.
i) Taklimat Ringkas Mengenai DARVIH
Maksud DARVIH : Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV/AIDS
Slogan DARVIH : Kami Benci DARVIH
ii) Visi dan Misi PPDa
Visi PPDa : Sekolah Bebas Dadah
Misi PPDa: Melahirkan Murid Bebas Dadah Melalui Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Yang Bersepadu dan Menyeluruh Daripada Aspek Pengurusan Dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah.

g) LAWAD minggu ini :
i)   BM : menekan = mendesak/menindih
ii)  BI   : pupil = student
iii) BA : kitabun = buku teks 

h) Taklimat Disiplin oleh Guru Disiplin Sesi Petang, En. Ahmad Junaidi.
i)  Murid-murid akan selalu diingatkan tentang disiplin kerana sikap manusia yang mudah lupa. Walaupun sentiasa diingatkan namun tetap berulang dan berlaku perkara yang sama. Diharap murid akan sentiasa mematuhi peraturan
ii)  Orang yang berjaya adalah orang yang berdisiplin kerana disiplin adalah untuk diri sendiri dan bukannya untuk orang lain
iii) Diharapkan murid-murid tidak lupa setiap pesanan dan ingatan yang telah disampaikan.
 
Guru Disiplin Sesi Petang, En. Ahmad Junaidi

Pada petang ini juga berlangsungnya Majlis Pelancaran Guru Penyayang bagi tahun 2017 untuk sesi petang. Majlis yang diacarakan oleh Pn. Nor Arzah telah diserikan dengan ucapan oleh Puan Hajjah Rohaidah Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana, yang turut merasmikan majlis yang ringkas tetapi menarik ini.

Pn. Hajjah Rohaidah sedang menyampaikan ucapan

Pelancaran Program Guru Penyayang

Kek yang disediakan khas untuk Majlis Perasmian Program Guru Penyayang

Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 Sesi Petang ditangguhkan pada jam 2.20 petang.

Disediakan Oleh,
Nor Azian binti Ahmad
Guru Bertugas Kumpulan C

Pendingin Hawa Baharu Di Bilik Mesyuarat

Terima kasih banyak buat PIBG atas sumbangan menggantikan alat pendingin hawa baharu di Bilik Mesyuarat. Alat ini yang telah berusia 13 tahun sama seperti usia bangunan sekolah ini telah lama rosak walaupun telah dibaiki dan diservis saban tahun. Sejak hujung tahun lepas, ia mula menimbulkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau bangkai / najis dikhuatiri akibat tikus atau burung merpati sebagaimana pengalaman lalu.
   Sedalam-dalam terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak PIBG atas kemudahan ini. Ia bukan saja memberikan keselesaan kepada guru malahan kepada murid-murid serta pihak luar yang sentiasa menggunakan Bilik Mesyuarat tersebut sepanjang masa. Sekurang-kurangnya satu daripada 3 pendingin hawa telah diganti. Tinggal lagi 2 unit yang juga bermasalah tapi diharapkan boleh bertahan sehingga ada penyumbang yang baru...







Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 [Sesi Pagi]

Tarikh
:
16 Januari 2017
Hari
:
Isnin
Masa
:
7.30 pagi – 8.00pagi
Tempat
:
Dewan Perdana
Pengacara majlis
:
Encik  Zurilzaman bin Abdullah

Guru Bertugas:
1
Puan Mazzaini binti Muda
2
Encik  Zurilzaman bin Abdullah
3
Puan Grace a/p Danaraj
4
Puan Roseniza binti Setapa
5
Puan Zailezah binti sardi
6
Puan Nurul Afiqah binti Mohd Hashim
7
Puan Norlida binti Othman
8
Puan Norli binti Hassan

Laporan/Ulasan
  • Nyanyian, bacaan doa dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
  • Bacaan doa oleh adik Muhammad Nur Rusyaidi bin Bakri [6 Zuhrah]
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik  Zurilzaman bin Abdullah
  • Bacaan Ikrar murid oleh adik Muhammad Nur Rusyaidi bin Bakri [6 Zuhrah]
Perhimpunan minggu ke-3, pada 16 Januari 2017, diberkati dengan hujan dan udara yang nyaman dan segar. Ustaz Zurilzaman bin Abdullah selaku pengerusi majlis dan guru bertugas memulakan perhimpunan dengan zikir.

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas [Puan Noor Hanawati Alinda]

Laporan beliau merangkumi 3 perkara :
  • Murid-murid ada yang tidak memberi perhatian dan tidak mendengar sewaktu perhimpunan. Maka, Pn. Noor Hanawati amat berharap murid-murid akan lebih berdisiplin pada masa depan.
  • Beliau mengingatkan tentang masa dan waktu keberadaan murid-murid sesi pagi iaitu seawal pukul 7.20 pagi.
  • Murid-murid masih berlari dan bermain pada waktu rehat. Maka, beliau berpesan agar jangan bermain atas faktor keselamatan dan beliau mengingatkan supaya selepas makan pinggan dan cawan dikembalikan ke dalam bekas yang disediakan.
Ucapan guru bertugas:

Pengerusi majlis memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini iaitu kumpulan C.
Tema ucapan minggu ini adalah berkaitan dengan Visi dan Misi PPDa.

Visi PPDa 
Sekolah Bebas Dadah

Misi PPDa 
Melahirkan murid bebas dadah melalui program Pendidikan Pencegahan Dadah [PPDa] yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
                      
Seterusnya, pengerusi majlis menjemput Pn. Noriza binti Md Nor selaku AJK Unit Displin untuk menyampaikan maklumat tentang Peraturan Sekolah. Pn. Noriza binti Md Nor membaca peraturan sekolah Unit / Bahagian 2 yang berkaitan dengan waktu persekolahan.

Hari
Sesi Pagi
Mula
Balik
Isnin
7.30 pagi
1.20 tengah hari
Selasa
7.30 pagi
1.20 tengah hari
Rabu
7.30 pagi
1.20 tengah hari
Khamis
7.30 pagi
12.50 tengah hari
Jumaat
7.30 pagi
11.50 pagi

Maklumat yang terperinci terdapat di dalam buku peraturan sekolah.

Ucapan Penolong Kanan Kurikulum [PK 1]: Puan Azizah bt. Mokhlas

Beliau turut menitikberatkan tentang waktu keberadaan murid-murid di sekolah dan melarangkan murid-murid berjalan atau melalui di Laluan Patriotik terutama semasa balik. 

Perhimpunan minggu ketiga-3 berakhir dengan pelancaran Program Guru Penyayang untuk sesi 2017.  Majlis menjemput Puan Nurliza bt Ab Rahman untuk mempengerusikan program tersebut dan diikuti oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali untuk merasmikan Program Guru Penyayang 2017 dan menyampaikan sepatah dua kata tentang program tersebut.

Encik  Zurilzaman bin Abdullah 
Barisan guru bertugas dari kumpulan C

Pn. Noriza bt Md Nor membaca peraturan sekolah

PK Kurikulum, Pn. Azizah bt Mokhlas menyampaikan ucapannya

Pengacara Program Guru Penyayang, Pn. Nurliza Abdul Rahman
Kek khas untuk majlis pelancaran Program Guru Penyayang

Pn. GB menyampaikan ucapannya semasa pelancaran Program Guru Penyayang

Barisan AJK Guru Penyayang sesi pagi

Acara memotong kek sempena pelancaran Program Guru Penyayang

Sunday, January 15, 2017

Klinik Kriket 2.0

Setelah mengadakan klinik kriket buat kali pertama sebelum ini (sila klik di sini), klinik kriket siri 2.0 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Ramai murid telah hadir walaupun ia diadakan pada hari Ahad. Terima kasih buat 2 orang pemain team Malaysia Remaja U19 yang telah sudi melapangkan masa hadir memberikan bimbingan dan tunjuk ajar di samping jurulatih sekolah; Cikgu Izwan dan Cikgu Junaidi. Terima kasih juga buat En. Rahmat; parent SKTPP yang tak putus-putus menghulurkan sumbangan termasuk menaja klinik hari ini.
   Semoga pemain-pemain sekolah dan pelapis yang hadir telah mendapat banyak tips dan teknik yang betul dalam permainan kriket. Diharapkan team sekolah akan berjaya dalam Kejohanan Kriket MSSD yang akan berlangsung pada 24 - 25 Januari 2017 nanti. Selamat Maju Jaya!









 
Semoga adik-adik dapat mengikut jejak abang team MAS Remaja U19
Terima kasih atas sumbangan terhadap sukan kriket sekolah


Kerja-kerja membuat tapak konkrit di sangkar kriket telah dilakukan semalam. Terima kasih En. Rahmat dan Pn. Intan

Laluan Pejalan Kaki Ke Pagar B

Terima kasih kepada pihak Montessori atas sumbangan laluan pejalan kaki dari bilik j-QAF ke pintu pagar B. Dengan adanya kemudahan ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid semasa balik menggunakan Pagar B.












Saturday, January 14, 2017

Sangkar Kriket Telah Disimen

Terima kasih buat En. Rahmat atas sumbangan kerja-kerja menaiktaraf sangkar kriket sekolah. Sangkar tersebut semakin sempurna setelah ia disimen. Semoga murid-murid dapat berlatih dengan lebih selesa dan diharapkan akan lahir lebih ramai juara kriket dalam kalangan anak murid SKTPP....


Thursday, January 12, 2017

Rekod Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

Dimaklumkan bahawa murid tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan membeli buku Rekod Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) bagi tujuan perekodan aktiviti dan pengisian markah kokurikulum murid. Sijil PAJSK akan dikeluarkan setelah murid-murid selesai menduduki UPSR pada Tahun 6. Harga buku tersebut adalah seperti berikut:-

Bil
Tahun
Perkara
Harga
1.
6
Rekod Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (Format 1 Tahun)
RM4.20
2.
4 dan 5
Rekod Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (Format 3 Tahun)
RM5.50

Buku rekod tersebut boleh diperolehi melalui borang yang akan diserahkan oleh guru kelas anak tuan/puan. 

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Tempahan Baju Rumah Sukan 2017

Dimaklumkan bahawa, Temasya Sukan Tahunan Sekolah akan diadakan pada 4 Mac 2017 (Sabtu).  Kepada ibu bapa/penjaga yang ingin menempah baju rumah sukan yang baharu untuk anak masing-masing berharga RM16.00 (lengan pendek) dan RM18.00 (lengan panjang) boleh berbuat demikian dengan mengisi borang tempahan yang telah diedarkan oleh guru kelas anak masing-masing.

Sekian, dimaklum terima kasih.

Tuesday, January 10, 2017

Penyerahan Beg Sekolah (Sesi Petang)

Hari ini diadakan pula majlis penyerahan beg sekolah kepada murid-murid sesi petang yang dikenalpasti. Terima kasih buat para penyumbang yang baik hati. Semoga dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak murid dalam menghadapi persekolahan tahun ini. Semoga murah rezeki para penyumbang dan dipermudahkan segala urusan kalian....





















Terima kasih