Monday, January 16, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 [Sesi Pagi]

Tarikh
:
16 Januari 2017
Hari
:
Isnin
Masa
:
7.30 pagi – 8.00pagi
Tempat
:
Dewan Perdana
Pengacara majlis
:
Encik  Zurilzaman bin Abdullah

Guru Bertugas:
1
Puan Mazzaini binti Muda
2
Encik  Zurilzaman bin Abdullah
3
Puan Grace a/p Danaraj
4
Puan Roseniza binti Setapa
5
Puan Zailezah binti sardi
6
Puan Nurul Afiqah binti Mohd Hashim
7
Puan Norlida binti Othman
8
Puan Norli binti Hassan

Laporan/Ulasan
  • Nyanyian, bacaan doa dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
  • Bacaan doa oleh adik Muhammad Nur Rusyaidi bin Bakri [6 Zuhrah]
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik  Zurilzaman bin Abdullah
  • Bacaan Ikrar murid oleh adik Muhammad Nur Rusyaidi bin Bakri [6 Zuhrah]
Perhimpunan minggu ke-3, pada 16 Januari 2017, diberkati dengan hujan dan udara yang nyaman dan segar. Ustaz Zurilzaman bin Abdullah selaku pengerusi majlis dan guru bertugas memulakan perhimpunan dengan zikir.

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas [Puan Noor Hanawati Alinda]

Laporan beliau merangkumi 3 perkara :
  • Murid-murid ada yang tidak memberi perhatian dan tidak mendengar sewaktu perhimpunan. Maka, Pn. Noor Hanawati amat berharap murid-murid akan lebih berdisiplin pada masa depan.
  • Beliau mengingatkan tentang masa dan waktu keberadaan murid-murid sesi pagi iaitu seawal pukul 7.20 pagi.
  • Murid-murid masih berlari dan bermain pada waktu rehat. Maka, beliau berpesan agar jangan bermain atas faktor keselamatan dan beliau mengingatkan supaya selepas makan pinggan dan cawan dikembalikan ke dalam bekas yang disediakan.
Ucapan guru bertugas:

Pengerusi majlis memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini iaitu kumpulan C.
Tema ucapan minggu ini adalah berkaitan dengan Visi dan Misi PPDa.

Visi PPDa 
Sekolah Bebas Dadah

Misi PPDa 
Melahirkan murid bebas dadah melalui program Pendidikan Pencegahan Dadah [PPDa] yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
                      
Seterusnya, pengerusi majlis menjemput Pn. Noriza binti Md Nor selaku AJK Unit Displin untuk menyampaikan maklumat tentang Peraturan Sekolah. Pn. Noriza binti Md Nor membaca peraturan sekolah Unit / Bahagian 2 yang berkaitan dengan waktu persekolahan.

Hari
Sesi Pagi
Mula
Balik
Isnin
7.30 pagi
1.20 tengah hari
Selasa
7.30 pagi
1.20 tengah hari
Rabu
7.30 pagi
1.20 tengah hari
Khamis
7.30 pagi
12.50 tengah hari
Jumaat
7.30 pagi
11.50 pagi

Maklumat yang terperinci terdapat di dalam buku peraturan sekolah.

Ucapan Penolong Kanan Kurikulum [PK 1]: Puan Azizah bt. Mokhlas

Beliau turut menitikberatkan tentang waktu keberadaan murid-murid di sekolah dan melarangkan murid-murid berjalan atau melalui di Laluan Patriotik terutama semasa balik. 

Perhimpunan minggu ketiga-3 berakhir dengan pelancaran Program Guru Penyayang untuk sesi 2017.  Majlis menjemput Puan Nurliza bt Ab Rahman untuk mempengerusikan program tersebut dan diikuti oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali untuk merasmikan Program Guru Penyayang 2017 dan menyampaikan sepatah dua kata tentang program tersebut.

Encik  Zurilzaman bin Abdullah 
Barisan guru bertugas dari kumpulan C

Pn. Noriza bt Md Nor membaca peraturan sekolah

PK Kurikulum, Pn. Azizah bt Mokhlas menyampaikan ucapannya

Pengacara Program Guru Penyayang, Pn. Nurliza Abdul Rahman
Kek khas untuk majlis pelancaran Program Guru Penyayang

Pn. GB menyampaikan ucapannya semasa pelancaran Program Guru Penyayang

Barisan AJK Guru Penyayang sesi pagi

Acara memotong kek sempena pelancaran Program Guru Penyayang

No comments:

Post a Comment