... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, April 23, 2021

Jom Sertai Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5 akan dilaksanakan berdasarkan butiran berikut: 

πŸ“† Tarikh: 24 April 2021

πŸ—“ Hari: Sabtu

πŸ•° Masa: 8.30 pagi - 10.40 pagi

⛳️Tempat: Lokasi murid masing-masing

πŸ‘©πŸ»‍πŸ’» Medium: Aplikasi Zoom

πŸ‘©πŸ»‍πŸŽ“Sasaran: Semua murid Tahun 5

πŸ“ πŸ“ πŸ“ :

1️⃣ Mohon kerjasama ibu bapa yang belum memuat turun aplikasi Zoom dalam laptop atau handphone, bolehlah memuat turun sebelum program bermula.

2️⃣ Semua peserta yang menyertai program ini akan diberikan sijil (secara online).

Contoh sijil

Buku Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5, sila klik link ini: https://anyflip.com/jcsg/amsy/

Terima kasih. 

Kursus Pemimpin Muda dalam Norma Baharu Tahun 2021 : Taklimat Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Sesi 2021

Pada 23 April 2021, telah berlangsungnya sesi taklimat tugas dan tanggugjawab ketua dan penolong ketua kelas sesi 2021.

Taklimat telah disampaikan dengan jayanya oleh penceramah yang dilantik daripada kalangan guru SK Taman Putra Perdana.

Antara pengisian taklimat yang telah disampaikan ialah :

1. Menjaga kelas semasa perantaraan guru

2. Buku kawalan kelas

3. Cara ucap salam pada guru

4. Pergerakan ke bilik-bilik khas

5. Kebersihan kelas

6. Pembahagian tugas antara ketua kelas dan penolong ketua kelas

7. Tugas semasa waktu balik dan rehat



Brosur yang telah diberikan kepada semua ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi 2021 

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang sesi taklimat berlangsung.






Taklimat kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas tahun 6 disampaikan oleh Pn. Zailezah binti Sardi









Taklimat kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas tahun 4 dan 5 disampaikan oleh En. Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi










Taklimat kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas tahun 1, 2 dan 3 disampaikan oleh En. Abdul Hafiz bin Abd Halil



Taklimat kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas PPKI disampaikan oleh En. Srimahathevan a/l Vadivelu



Taklimat kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas prasekolah sesi petang disampaikan oleh Pn. Nor Arzah binti Hussin





Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali menyampaikan sijil dan cenderahati kepada semua penceramah yang terlibat


Tahniah diucapkan kepada semua ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi 2021 yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas dan tanggugjawab dengan penuh dedikasi dan amanah. Tahniah dan terima kasih juga buat semua khusunya barisan pentadbir, semua AJK program, semua guru dan ibu bapa yang terlibat secara langsung dalam menjayakan sesi taklimat ini.

Laporan disediakan oleh :
En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin 

Laporan Bertugas Minggu ke-13 (Sesi Petang)

Tarikh : 19 - 23 April 2021

Nama guru bertugas:

1. Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil (K)

2. Puan Ummu A'thiah binti Hj. Hashim ( P)

3. Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah

4. Pn. Azizah binti Abd Hamid

5. Puan Nurhidayu binti Sadri

6. Puan Norholwani binti Yahaya

7. Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim

8. Puan Norhana binti Nordin

9. Pn. Nor Arzah binti Hussin

10. Pn. Nur Azizati binti Ahmad

Minggu ini adalah minggu kedua anak-anak murid menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan. Pelbagai ragam dapat dilihat sepanjang minggu ini. Alhamdulillah ramai murid-murid tahun 1 yang belajar untuk  berpuasa. Bagi murid yang tidak berpuasa, mereka akan dibenarkan makan di dewan/kantin semasa waktu rehat. Selain itu, aktiviti tadarus Al-Quran bagi murid tahun 3 dan bacaan ayat-ayat lazim bagi murid tahun 1 dan 2 juga turut dijalankan sepanjang bulan ramadan.

Berikut gambar-gambar yang dirakam sepanjang minggu ini:


Murid bukan Islam makan di kantin pada waktu rehat

Murid Tahun 2 yang tidak berpuasa sedang makan di Dewan Perdana

Kehadiran murid di pagar B

Kehadiran murid di pagar A


Aktiviti Tadarus Tahun 3





Disediakan Oleh :
Suriyana binti Salim

Laporan Bertugas Minggu ke-13 (Sesi Pagi)

Tarikh : 19 April 2021 sehingga 23 April 2021

Nama guru bertugas : 

1. Rosmawati binti Md Desa

2. Roseniza binti Setapa

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Norli binti Hassan

5. Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

6. Juli binti Mahbah

7. Zurilazman bin Abdullah

8. Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

9. Norina binti Mohamed

10. Claudia Jacqueline Charles Nelson

11. Astina binti Mahad Nor

12. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrain

RAMADAN adalah masa untuk umat Islam menggandakan amal ibadat kerana dijanjikan dengan pelbagai ganjaran buat mereka yang sentiasa mencarinya.

Bulan mulia ini juga adalah peluang untuk umat Islam mendidik jiwa ke arah belas kasihan kepada golongan yang memerlukan.

Sedar atau tidak, minggu ini adalah minggu kedua umat Islam menjalani ibadat puasa. Pejam celik pejam celik, terasa baru semalam kita menjengah ke bulan Ramadan ini.

Namun begitu, puasa dan penjarakan fizikal bukanlah penghalang untuk warga SK Taman Putra Perdana untuk terus melaksanakan aktiviti dan program di sekolah.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan pada minggu ini, antaranya Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit, Taklimat Bidang Tugas Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas, Bacaan Yaasin dan banyak lagi.

Berikut gambar-gambar yang dirakam sepanjang minggu ini:

Suasana kehadiran murid di pagar B

Pematuhan SOP di pagar B

Suasana kehadiran murid di pagar A

Pematuhan SOP di pagar A

Guru bertugas memainkan rakaman zikir pagi

Bacaan Yaasin pada pagi Jumaat

Guru lelaki yang turut serta dalam bacaan Yaasin di pentas tapak perhimpunan

Guru-guru perempuan yang turut serta dalam bacaan Yaasin

Guru Besar turut serta dalam Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Guru dan murid menjayakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Kelihatan murid sedang membaca dengan tenang

Suasana membaca di Ujana Ilmu

Pengawas PSS membaca

PRS juga tidak ketinggalan

Murid Prasekolah turut membaca 

Prasekolah Mawar juga tidak mahu ketinggalan 

PPKI Membaca!



Bacaan Yaasin dan tazkirah di PPKI


Taklimat Bidang Tugas Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Ketua kelas dan penolong ketua kelas yang akan menggalas amanah 

Penyampaian sumbangan Petronas kepada murid-murid yang kurang berkemampuan

Disediakan oleh:
Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi