Friday, April 23, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-13 (Sesi Pagi)

Tarikh : 19 April 2021 sehingga 23 April 2021

Nama guru bertugas : 

1. Rosmawati binti Md Desa

2. Roseniza binti Setapa

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Norli binti Hassan

5. Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

6. Juli binti Mahbah

7. Zurilazman bin Abdullah

8. Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

9. Norina binti Mohamed

10. Claudia Jacqueline Charles Nelson

11. Astina binti Mahad Nor

12. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrain

RAMADAN adalah masa untuk umat Islam menggandakan amal ibadat kerana dijanjikan dengan pelbagai ganjaran buat mereka yang sentiasa mencarinya.

Bulan mulia ini juga adalah peluang untuk umat Islam mendidik jiwa ke arah belas kasihan kepada golongan yang memerlukan.

Sedar atau tidak, minggu ini adalah minggu kedua umat Islam menjalani ibadat puasa. Pejam celik pejam celik, terasa baru semalam kita menjengah ke bulan Ramadan ini.

Namun begitu, puasa dan penjarakan fizikal bukanlah penghalang untuk warga SK Taman Putra Perdana untuk terus melaksanakan aktiviti dan program di sekolah.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan pada minggu ini, antaranya Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit, Taklimat Bidang Tugas Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas, Bacaan Yaasin dan banyak lagi.

Berikut gambar-gambar yang dirakam sepanjang minggu ini:

Suasana kehadiran murid di pagar B

Pematuhan SOP di pagar B

Suasana kehadiran murid di pagar A

Pematuhan SOP di pagar A

Guru bertugas memainkan rakaman zikir pagi

Bacaan Yaasin pada pagi Jumaat

Guru lelaki yang turut serta dalam bacaan Yaasin di pentas tapak perhimpunan

Guru-guru perempuan yang turut serta dalam bacaan Yaasin

Guru Besar turut serta dalam Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Guru dan murid menjayakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Kelihatan murid sedang membaca dengan tenang

Suasana membaca di Ujana Ilmu

Pengawas PSS membaca

PRS juga tidak ketinggalan

Murid Prasekolah turut membaca 

Prasekolah Mawar juga tidak mahu ketinggalan 

PPKI Membaca!



Bacaan Yaasin dan tazkirah di PPKI


Taklimat Bidang Tugas Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Ketua kelas dan penolong ketua kelas yang akan menggalas amanah 

Penyampaian sumbangan Petronas kepada murid-murid yang kurang berkemampuan

Disediakan oleh:
Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

No comments:

Post a Comment