Tuesday, June 1, 2010

KEMPEN KEBERSIHAN TANDAS.

Pihak sekolah akan melancarkan kempen kebersihan tandas mulai 21.06.2010. Murid-murid dan guru-guru diminta membuka kasut dan memakai terompah sewaktu masuk ke tandas. Ini untuk menjaga kebersihan tandas. Tandas aras bawah dan tandas aras 2 sahaja akan dibuka. Tandas aras 1 dan aras 3 akan ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. Ia akan dibuka setelah kerja-kerja pembaikan selesai. Diharapkan murid-murid dapat menjaga kebersihan dan peralatan di dalam tandas dengan sebaik mungkin kerana tandas adalah satu keperluan yang mustahak. Jagalah ia dengan baik supaya kita selesa menggunakannya.

No comments:

Post a Comment