Monday, November 8, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (8 NOVEMBER 2010) - Sesi Pagi

GURU BERTUGAS:
1. Pn. Zaleha
2. Pn. Zainur Jimah
3. Pn. Nur Syukri Hidayati
4. Pn. Mazzaini
5. Pn. Ezza Hairani
6. En. Mohd Rusydan

Upacara menaikkan bendera bagi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah oleh Pasukan Tunas Puteri dibawah pimpinan Pn. Ainul.



Bacaan doa oleh: Syed Noor Aiman Hazim (6 Titanium)
Bacaan ikrar: Nazihah Ahmad Fathullah (6 Titanium)

Perkataan LAWAD:
1. Bahasa Melayu: MENUNTUN
2. Bahasa Inggeris: HOP (melompat)
3. Bahasa Arab: Al-FUTHUR (sarapan pagi)

Laporan guru bertugas minggu lepas - Pn. Azizah
1. Ucapan terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan Sambutan Hari Kanak-kanak.
2. Beliau menegur semua murid agar membuang sampah di dalam tong sampah dan bukan di atas penutup tong sampah.

Ucapan guru bertugas minggu ini - Pn. Zaleha
1. Semua murid hendaklah menjaga disiplin untuk menjamin kejayaan. Walaupun cuti sekolah semakin hampir, namun murid masih tertakluk kepada peraturan sekolah.
2. Beliau menegur murid Tahun 6 yang berada di luar kelas agar sentiasa berada di dalam kelas. Bagi murid Tahun 5 hendaklah tidak bising semasa pertukaran masa guru mata pelajaran.
3. Murid Tahun 1 tidak dibenarkan bermain di dataran perhimpunan.
4. Semua murid hendaklah menepati masa dan berada di dataran perhimpunan sebaik sahaja loceng dibunyikan.

Penyampaian Hadiah dan Sijil

(A) Sijil Renjer Alam Sekitar (Program Kitar Semula) - Cik Norliza

1. Alif Redzwan bin Saiful Khairi (5 Iris)
2. Muhammad Rusydi bin Sharizan (5 Iris)
3. Nur Qistina binti Razali (5 Tulip)
4. Nur Sabrina binti Shafrizal (5 Tulip)
5. Ashyra Balqis binti Ahmad Fairuz (5 Tulip)

Sijil Penghargaan kepada sekolah juga turut disampaikan oleh Pn. Shymala kepada En. Sukimin, Guru Besar.




(B) Hadiah Pertandingan Bola Jaring dan Bola Sepak Tahun 6 (12/10/10 - 15/10/10)

Bola Jaring:
Johan - 6 Argentum
Naib Johan - 6 Platinum
Ketiga - 6 Plumbun
Keempat - 6 Kadmium





Bola Sepak:
Johan - 6 Kadmium
Naib Johan - 6 Argentum
Ketiga - 6 Aurum
Keempat - 6 Stanum



Ucapan guru - Pn. Julaili
1. Beliau mengumumkan pemenang Program Galakan Membaca Sesi 3 (1 September - 15 Oktober 2010)

Tahun 1 - Intan Farida binti Zainal Abidin (1 Myvi)- 90 buah buku
Tahun 5 - Jared Liew Kae-Len (5 Alamanda) - lebih 300 buah buku
Tahun 6 - Tiada pemenang



2. Program Galakan membaca ditutup dengan nyanyian 2 buah lagu oleh murid Tahun 6.
Lagu-lagu tersebut adalah 'Budaya Membaca' dan 'Membaca Gaya Wawasan'.



Pengumuman - Pn. Ainul
1. Murid Tahun 5 dan 6 yang terlibat dengan Pertandingan Reader's Theatre hendaklah bersedia untuk pertandingan esok.

Pengumuman - En. Azhar
1. Beliau meminta murid Tahun 5 dan 6 yang belum menyerahkan borang Perkhemahan PBSM hendaklah berbuat demikian pada hari ini atau esok. Borang boleh diserahkan kepada En. Azhar dan Pn. Norasmawati.

Ucapan - Pn. Jamilah Arifin
1. Pengagihan Buku Teks untuk kegunaan tahun 2011.

Tahun 1 (buku teks Tahun 2)- Selasa (9/11/2010)
Tahun 5 (buku teks Tahun 6)- Rabu (10/11/2010)

2. Program Cegah Jenayah untuk Tahun 5 dan 6 akan dijalankan esok (9/11/2010) pada pukul 10 pagi di Dewan Terbuka. Murid Tahun 5 akan berada di tapak letak basikal berhampiran Dewan Terbuka dan murid Tahun 6 akan berada di Dewan Terbuka.

Oleh itu, rehat setiap tahap telah diubah seperti berikut:

Tahun 1 - 9.00 hingga 9.20 pagi
Tahun 5 & 6 - 9.30 hingga 9.50 pagi.

Ucapan Tuan Guru Besar - En. Sukimin
1. Beliau menasihati semua murid untuk menjaga disiplin diri dan membina sahsiah diri masing-masing.
2. Semua murid terutama murid Tahun 5 dan 6 hendaklah menjaga peribadi diri dan pemakaian pakaian seragam sekolah dengan baik setiap masa terutama untuk program yang akan dijalankan esok.


Laporan disediakan oleh: Pn. Ezza Hairani & Pn. Nur Syukri Hidayati

No comments:

Post a Comment