Thursday, November 11, 2010

Mesyuarat Pemilihan Prasekolah 2011





Semalam, 10 November 2010 (Rabu) telah berlangsung mesyuarat pemilihan murid prasekolah untuk sesi persekolahan tahun 2011. Sekolah ini yang mempunyai 2 buah kelas yang boleh menampung seramai 50 orang murid sahaja. Daripada sebanyak 100 borang telah dikeluarkan hanya 79 yang dikembalikan.

AJK Pemilihan dipengerusikan oleh Guru Besar bersama AJK pemilihan yang lain iaitu Pn. Siti Habsah bt. Ahmad (PK Pentadbiran), Pn. Halimatun Saadiah bt. Hassan (Guru prasekolah, setiausaha), Pn. Hamidah Jalil (PPM, pencatat), Tn. Haji Shaharudin b. Ajam (YDP, wakil komuniti), En. Rushdan b. Mohamed (NYDP, wakil komuniti), Pn. Zuraini bt. Ismail (guru tahap 2) dan ustazah Wan Sarinah bt. Wan Ibrahim (guru tahap 1).

Keputusan permohonan akan dipos kepada mereka yang memohon mulai 22 November 2010. Bagi mereka yang berjaya, ibubapa/penjaga perlu hadir ke pejabat untuk membuat pengesahan selewat-lewatnya pada pukul 12 tengah hari, 3 Disember 2010 (Jumaat). Sila lengkapkan borang-borang yang dikirimkan bersama surat tawaran. Sewaktu pendaftaran, pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa sama untuk diserahkan:
  1. Borang maklumat murid
  2. Borang kesihatan
  3. Salinan sijil lahir murid
  4. Surat tawaran asal
  5. Gambar anak bersaiz passport - 4 keping
Mereka yang tidak tidak mmbuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan ini dianggap sebagai menolak tawaran. Kekosongan tersebut akan diisi oleh murid yang tersenarai dalam senarai calon simpanan.
Taklimat kepada ibubapa murid prasekolah 2011 akan diadakan pada 31 Disember 2010 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat sekolah.

No comments:

Post a Comment