Wednesday, July 25, 2012

LAWATAN PENANDAARASAN HUB ICT


25 JULAI 2012 - SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan penandaarasan Hub ICT oleh 39 orang peserta Kursus Kepimpinan Strategik ICT dari Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands.  Mereka terdiri daripada pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor, Lawatan ini diketuai oleh Encik Ahmad Azuan bin Zainudin selaku pensyarah IAB dan penghulu kursus Tn. Hj. Muskamal bin Mohamad Jonan yang juga merupakan pengetua SMK BBST.  Kehadiran mereka bersama dua pensyarah IAB yang lain Pn. Nooraini Kamaruddin dan Pn. Maimunah Karim turut disertai oleh Pengetua Sekolah Seri Bintang Utara dan Guru Besar SK Polis Depot Kuala Lumpur.. Encik Khairul Nizam bin Ahmad Husaini Pegawai ICT hadir sama mewakili PPD Sepang.

Lawatan mereka ke SKTPP ini merupakan salah satu pengisian kandungan kursus yang sedang mereka hadiri. Dalam lawatan ini, para pengetua telah didedahkan dengan aspek pengurusan ICT yang lebih terperinci dan berfokus terutama dalam bidang pengurusan dan pentadbiran (PDT) serta pembelajaran dan pengajaran (PDP).

Dalam lawatan ini para peserta telah diberikan penerangan panjang lebar oleh Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki mengenai sistem pengurusan sekolah dan aplikasi pembelajaran yang digunakan di sekolah ini.  Selepas sesi penerangan di Bilik Mesyuarat, para pelawat dibawa ke Makmal Komputer 1 untuk melihat aplikasi Frogasia yang bakal digunakan di semua sekolah seluruh negara menjelang tahun 2013 nanti.

Dalam sesi ini, seramai 20 orang murid daripada kelas 6 Unix, telah bertindak cemerlang dalam memberikan tunjuk cara, demonstrasi dan penerangan mengenai aplikasi Frogasia ini.  Para pelawat juga berpeluang melihat sendiri aplikasi ini dan mencuba sendiri kemudahan yang tersedia dalam aplikasi ini.

Menyambut kehadiran tetamu di koridor Laluan Patriotik

Sesi penerangan dan soal jawab di Bilik Mesyuarat

Bacaan doa oleh Ustaz Ridzuan

Wakil pengawas yang membantu guru menyambut para tetamu yang hadir

Encik Wong Chee Kheon dari SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur mengemukakan soalan mengenai aplikasi Frogasia dan kesannya terhadap bahan P&P sedia ada

En. Ahmad Azuan Zainudin menyempaikan cenderamata dari IAB kepada Guru Besar dengan diperhatikan oleh Penghulu Kursus Tn. Haji Muskamal Mohd. Jonan

Para pengetua memasuki makmal komputer untuk sesi tunjuk cara

Adik Zulhelmi menunjukkan aplikasi Frogasia dengan bersungguh-sungguh

Masing-masing menunjukkan minat yang mendalam semasa sesi ini dijalankan

Adik Zidane bersama pengetua daripada SMK Seri Bintang Utara, Pn Shamshiah Ahmad

Adik Hazwani bersama Guru Besar daripada SK Polis Depot KL, Pn. Rosita Abu Bakar

Pengetua SMK Putra Perdana, Tn Hj Mohd Amin Sulaiman turut hadir dalam lawatan ini dan tidak melepaskan peuang melihat sendiri aplikasi yang sedang digunakan oleh murid SKTPP ini

Lawatan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dan diharapkan para peserta lawatan boleh menimba sedikit pengalaman untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Jemputlah datang ke SKTPP lagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sesi lawatan penandaarasan ICT ini.

No comments:

Post a Comment