Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA


Pada hari ini, 10 Julai 2012 (Selasa) Aktiviti Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dilaksanakan, kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti ini dijangka akan mencatat sejarah di dalam Malaysia Book of Records, “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”.


Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka.  Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik berserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

Senamrobik juga adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan  masyarakat dan peringkat umur.  Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana  senamrobik:
1.       merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan  stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak;
2.       dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit
jantung dan pembuluh darah;
3.       dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor; dan
4.       dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.


Berikut adalah paparan gambar yang dirakamkan semasa program senamrobik peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dilaksanakan:

 taklimat ringkas drpd Cikgu Pazli

murid Prasekolah turut melakukan aktiviti regangan

tenaga pengajar senamrobik yang dijemput khas

 memulakan senamrobik dengan wajah yang ceria

 sudah mula kepenatan


 Puan Siti Habsah (Penolong Kanan) turut bersenam dengan penuh bergaya



 Puan Linda dan Pn Nurulfadillah asyik bersenamrobik

 Puan Jamilah (PK HEM) bersenam dengan penuh bersemangat

gaya senamrobik murid-murid tahun 6

 Pn Maimunah bersenam sambil tersenyum




Semoga aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat.  Akhir sekali adalah diharapkan  murid-murid dapat  melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu  bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.



No comments:

Post a Comment