Tuesday, August 28, 2012

Majlis Penyerahan Buku Sumbangan daripada Pelajar Universiti Multimedia,Cyberjaya.

Pada 27 Ogos 2012, majlis penyerahan buku sumbangan daripada 5 orang pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya telah diadakan semasa perhimpunan mingguan. Buku-buku tersebut telah diserahkan kepada En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SKTPP oleh Encik Hisyam yang  yang mewakili pelajar Universiti Multimedia. Buku yang disumbangkan sebanyak 115 buah merupakan projek amal oleh pelajar-pelajar tersebut untuk menambah koleksi di Pusat Sumber SKTPP.  Mereka juga meluangkan masa selama 4 jam untuk membantu kerja-kerja di Pusat Sumber seperti membalut, menyusun dan membaik pulih buku yang rosak.

Antara paparan yang boleh dikongsi bersama;

Encik Hisyam menyampaikan sebahagian daripada buku sumbangan kepada Guru Besar

Ucapan alu-aluan daripada Penyelaras Pusat Sumber

Proses membawa buku-buku sumbangan ke Pusat Sumber 

Sesi bergambar sebahagian pelajar MMU bersama PK.Pentadbiran

Pelajar-pelajar sedang melakukan kerja-kerja amal di Pusat Sumber

No comments:

Post a Comment