Thursday, August 30, 2012

MAJLIS MENJELANG KEMERDEKAAN KE-55

30 Ogos 2012 - SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Menjelang Kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang akan disambut pada esok hari. Majlis ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid supaya menghargai keamanan dan kedamaian yang dikecapi sekarang. 

          Majlis ini dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang dan lagu Tanggal 31 Ogos. Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Penddikan Malaysia yang disampaikan oleh Encik Ahmad Fuadi bin Sarham. Manakala perutusan Menteri Pendidikan telah dibaca oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad. 
            
          Kemuncak acara ialah laungan kalimah keramat 'Merdeka' sebanyak 3 kali oleh semua murid dan guru. Antara paparan yang dapat dikongsi bersama sepanjang majlis tersebut.


Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir

Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos

Penuh semangat patriotisme

Kibaran Jalur Gemilang oleh kanak-kanak prasekolah

Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh En. Ahmad Fuadi

Pn. Siti Habsah membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia

Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan yang bertemakan kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55

Wajah ceria guru-guru bersama Jalulr Gemilang

Murid-murid tahun 6 bersama-sama berkongsi semangat kemerdekaan 

Majlis Menjelang Kemerdekaan Ke-55



No comments:

Post a Comment