Friday, November 2, 2012

HARI JALINAN MESRA SIRI 2/2012

Tarikh: 2 NOVEMBER 2012
Hari    : JUMAAT
Masa  : 7.30 PAGI - 9.30 PAGI 

LATAR BELAKANG
Ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

OBJEKTIF
Memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua  belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit. 

Antara paparan yang dapat dikongsi bersama:-

AJK Penunjuk Arah sedang menanti ketibaan para ibu bapa

Sesi perjumpaan antara ibu bapa/penjaga dengan guru PPKI

Cikgu Norizmi sedang memberi penerangan tentang prestasi anak  

Guru kelas 4 Almon begitu tekun menjawab soalan daripada seorang bapa

Salah seorang ibu murid kelas 4 Resak asyik mendengar penerangan Pn. Nurul Fadillah tentang prestasi anaknya 

Pn. Umi Nadzrah sedang membincangkan potensi diri murid dengan ibu

En. Shahrizal selaku guru kelas 4 Keruing tenang menjawab soalan bapa kepada salah seorang murid kelasnya 
Gelagat ibu bapa dan guru sempena Hari Jalinan Mesra Siri 2/2012




No comments:

Post a Comment