Ibu bapa/penjaga,
Murid Tahun 1, 2 dan 3,
SK Taman Putra Perdana.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dimakluman bahawa semua murid tahun 1, 2 dan 3 yang beragama Islam diwajibkan hadir seperti ketetapan di bawah:-
Tarikh  : 1 Mac 2014
Hari     : Sabtu
Masa   : 800 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana
Semua murid hendaklah berpakaian sukan sekolah, memakai selipar, membawa alat tulis, pensel warna dan membawa air minuman sendiri. Makanan disediakan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
Penyelaras j-QAF SKTPP
Thursday, February 27, 2014
Tuesday, February 25, 2014
PELANCARAN DAN PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG SESI PETANG
Pada 24 Februari 2014, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah berlangsungnya satu majlis ringkas Pelancaran dan Perasmian Program Guru Penyayang SK Taman Putra Perdana bagi sesi petang. 
Dalam majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini telah menyaksikan Puan Rosnah Binti Jamat melakukan upacara simbolik pelancaran dengan memotong reben menaikkan kain rentang Program Guru Penyayang. 
Sebelum itu, beliau turut memberi sedikit ucapan ringkas yang menyentuh tentang kepentingan untuk membentuk karektor dan sahsiah diri yang baik dan disenangi oleh warga sekolah. Program ini juga diharapkan dapat mewujudkan sikap saling hormat-menghormati, sayang menyayangi dan seterusnya dapat mewujudkan suasana harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.
|  | 
| Puan Wan Sarinah, selaku Pengerusi Majlis | 
|  | 
| Puan Rosnah Binti Jamat, PK Petang menyampaikan ucapan perasmian | 
|  | 
| Kemuncak acara - upacara menaikkan kain rentang | 
LAPORAN PEPTALK
| 
HARI :  ISNIN | 
TARIKH :  24 FEBRUARI 2014 | 
| 
TEMPAT :  DEWAN PERDANA | 
MASA :  8.15 ~ 8.45 PAGI | 
| 
KELAS YANG TERLIBAT :  
NYATUH & MERANTI | 
GURU PELAPOR : 
ZAILEZAH BT SARDI | 
| 
PENCERAMAH : PN. NORHAFIZA BT
  ISMAIL, GURU BIMBINGAN DAN   
                               KAUNSELING SKTPP | |
| 
TAJUK  :  HORMAT-MENGHORMATI 
Dalam kehidupan seharian kita haruslah
  ada sikap saling hormat-menghormati. 
1.       
  Hormat kepada tuhan 
Apabila kita
  bangun dari tidur kita mengucapkan Alhamdulillah sebagai satu tanda kita
  menghormati Allah yang telah memberi kita peluang untuk terus bernafas, masih
  berpeluang ke sekolah dan berjumpa kawan-kawan. 
2.       
  Hormat kepada ibu bapa  
Kita juga harus
  menghormati ibu bapa dengan cara memeluk atau mencium serta bertanya khabar
  setiap hari. 
3.       
  Hormat kepada orang lain 
Setiap hari
  apabila datang ke sekolah orang pertama yang kita temui ialah pengawal
  keselamatan yang merupakan orang yang lebih tua yang perlu dihormati tanpa
  mengira apa juga jawatannya. Maka hormatlah orang yang lebih tua dari kita. 
4.       
  Hormat kepada rakan-rakan 
Selain itu kita
  juga menghormati kawan. Salah satu ialah kita jangan memanggil kawan dengan
  panggilan  yang tidak sesuai dan tidak
  disukai. Panggilan nama yang buruk itu merupakan satu doa dan akan berbalik
  pada diri sendiri.  Jika kita hendak
  kawan menghormati kita maka kita haruslah menghormati kawan kita. Selain itu
  kita haruslah sentiasa berkongsi cerita bersama kawan agar hubungan sesama
  kawan bertambah mesra dan kita akan saling hormat menghormati antara satu
  sama lain. 
5.       
  Hormat pada diri sendiri 
Kita juga harus
  menghormati pada diri sendiri.  Salah
  satu cara kita menyayangi diri sendiri ialah jangan melakukan  perkara yang bukan-bukan seperti perkara
  yang membahayakan diri sendiri.  Oleh
  itu kita haruslah sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri sebagai salah
  satu cara kita menghormati diri sendiri. 
Untuk mendapat
  keberkatan dalam kehidupan seharian, kita haruslah mempunyai sikap
  hormat-menghormati kepada Allah, ibu bapa, 
  orang yang lebih tua, rakan dan diri sendiri. 
Disediakan oleh Pn Zailezah binti Sardi | |
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-9 (SESI PETANG
Hari     
:   Isnin
Tarikh : 24 Feb 2014
Masa : 1.20 petang hingga 2.10 petang
Tarikh : 24 Feb 2014
Masa : 1.20 petang hingga 2.10 petang
GURU BERTUGAS:
1)     Encik Saifullah
2)     Puan Yani
3)     Puan Wan Sarinah
4)     Puan Nur Malisha
5)     Puan Norazah bt Mohd Ali
6)     Puan Ummu Athiah
LAPORAN:
1.0 
Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
1.1        Nyanyian
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah.
1.2        Bacaan Doa oleh
pengawas, Mohd Haziq Fahim.
1. 3            Ikrar Rukun Negara oleh Puan Malisha.
1. 4       Ikrar Murid oleh pengawas
Nurin Batrisya.
2.0 Laporan Guru
Bertugas Minggu Lepas (Ustaz Ahmad Zunaidi )
2.1               Tidak dibenarkan membawa sebarang permainan ke
sekolah.
2. 2             Jangan sorokkan kasut di bilik-bilik khas
seperti bilik j-qaf dan surau.
2.3        Murid-murid
tidak membazir air ketika mengambil wudhu’.
3.0   Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-24
3. 1            Tahun 1: 
                        Tempat
pertama            - Canang
                        Tempat kedua               - Bonang  
                         Tempat ketiga              - Nafiri
3. 2       Tahun 2   : 
Tempat pertama            -
Surgeri
                        Tempat kedua               -
Hematologi     
          
                        Tempat ketiga               - Respiratori
3. 3       Tahun 3    : 
Tempat pertama            -
Marikh
                        Tempat kedua               - Uranus        
          
                        Tempat ketiga               - Zuhrah
4.0  Perasmian Guru Penyayang (Pn. Wan Sarinah)
4.1   
           Bertujuan untuk meningkatkan sifat kepedulian
guru dengan cara kasih saying, ambil berat, ceria dan sabar.
4.2        Dirasmikan oleh Puan
Rosmah binti Jumat GPK Petang. Beliau berharap ia dapat mewujudkan suasana
harmoni dengan sifat saying menyayangi dan hormat menghormati antara murid dan
guru.           
5.0  Watikah Pelantikan Ketua dan Penolong Kelas 
5.1        GPK Petang telah
memberikan watikah pelantikan kepada setipa ketua dan penolong kelas Tahun 1,
Tahun 2 dan Tahun 3.
6.0  Penyampaian Hadiah sempena Karnival Mini
Pendidikan MEA 
6.1        Tahniah diucapkan
kepada pemenang-pemenang pertandingan.
6.2        Karnival ini
dianjurkan oleh guru-guru praktikum dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
|  | 
| penerima hadiah karnival mini MEA | 
| .jpg) | 
| murid-murid mendengar taklimat | 
|  | 
| perasmian guru penyayang | 
|  | 
| menerima watikah pelantikan ketua / penolong kelas | 
Monday, February 24, 2014
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-9 (SESI PAGI) -24 FEBRUARI 2014
GURU-GURU YANG
 BERTUGAS
§  Encik
Tarmiji bin Sabali
§  Puan
Norhafiza bt Ismail
§  Puan
Norsiah bt Mohd Nor
§  Puan
Nor Azura bt Mohd Asir 
§  Puan
Khairon Najmi bt Haron
§  Puan
Astina bt Mahad Nor
§  Puan Azlina bt Mat Isa
    Puan Nurul Huda bt Hasbullah
Barisan guru bertugas yang diketuai oleh Cikgu Tarmiji 
LAPORAN/ULASAN
Nyanyian,
bacaan doa dan ikrar
1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu Bakar.
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh
Puan          Norhafiza.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Aniq Iqbal bin Zulkarnain.
Laporan/Ulasan
guru bertugas minggu lepas (Puan Norliza bt Ali)
1.   
Sepanjang
minggu lepas, didapati ramai murid yang datang lewat ke sekolah, murid diminta
supaya berusaha untuk datang awal kerana tindakan tata tertib akan diambil jika
murid selalu lambat ke sekolah
2.   
Dari segi
kebersihan kelas, didapati kurang memuaskan kerana ada kelas yang tidak disapu
dan keadaan meja yang tidak tersusun. Guru bertugas meminta supaya murid
bekerjasama untuk sama-sama menjaga kebersihan di sekolah.
3.   
Murid
dilarang sama sekali membawa bungkusan air minuman yang dibeli di kantin
sekolah masuk ke dalam kelas.
4.   
Perbuatan
meludah di tangga adalah perbuatan yang tidak bermoral namun masih ada lagi
murid yang mempunyai sikap tersebut. Murid dikehendaki mengelakkan sifat begitu
Pengumuman
pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
PPKI
Pertama: Apple 
            Kedua:
Dell                          
Ketiga: Lenovo
Tahun 4
Pertama: 4 Beta            Kedua:
4 Zeta                 
     Ketiga: 4
Gamma              
Tahun 5
Pertama: 5
Wira             Kedua:
5 Waja                 
   Ketiga: 5 Alza
Tahun 6
Pertama: 6 Almon          Kedua:
6 Keruing                 
 Ketiga: 6 Resak
Taklimat disiplin ( Puan Azwani bt Nordin)
1.    Murid – murid dikehendaki berada di dalam
kelas sepanjang sesi persekolahan kecuali dengan dengan kebenaran guru.
Melengah-lengahkan diri masuk ke kelas adalah satu kesalahan.
2.    Keluar kelas tanpa kebenaran guru dan tanpa
pas kebenaran keluar adalah satu kesalahan. Tindakan disiplin akan dikenakan.
3.    Kehadiran mengikut masa yang dijadualkan
bagi latihan olahraga, sukan, aktiviti kokurikulum dan sebagainya adalah wajib.
4.    Murid-murid tidak dibenarkan berada di
kawasan seaakolah tanpa kebenaran dan pengawasan guru.
Ucapan guru bertugas
1.    Memperkenalkan
guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.    Tema
minggu ini ialah Budaya Memberi Salam.
3.    Murid
hendaklah memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa.
4.    Budaya
memberi salam daripada yang tua kepada yang lebih muda tidak menjadi satu
kesalahan.
5.    Ketika
memberi salam, hendaklah dalam keadaan bersedia, penuh hormat dan baik.
6.    Budaya
memberi salam perlulah diamalkan pada setiap hari.
Perkataan lawad
1.    Hempap – timpa
2.    Jump – lompat
3.    اجلس – Duduklah 
Watikah Perlantikan Ketua kelas dan
Penolong ketua kelas ( Puan Noor Azila bt Ngah)
1.    Puan Noor Azila bt Ngah memperkenalkan
ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi tahun 2014.
2.    Watikah pelantikan telah disampaikan oleh
Puan Siti Habsah binti Ahmad. 
3.    Berkut adalah sebahagian gambar sepanjang
majlis berlangsung. 
Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2014
1. Majlis pelancaran telah diadakan dengan meriahnya dan dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Habsah binti Ahmad.
2. Upacara perasmian dan penyerahan mentor mentee telah diadakan dan ini merupakan salah satu daripada program guru penyayang.
3. Berikut adalah sebahagian gambar sepanjang majlis tersebut :
Banner Guru Penyayang
Majlis penyerahan mentor dan mentee
Mentor bersama mentee
Perasmian Guru penyayang
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014: Sesi Petang
ISNIN, 24 FEBRUARI 2014: Majlis penyerahan watikah pelantikan bagi Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014 bagi sesi petang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Rosmah binti Jamat di Dewan Perdana.
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas merupakan jawatan penting dan boleh dikatakan sebagai tulang belakang dalam membantu meringankan guru kelas dalam hal-hal tertentu. Dua orang tenaga cilik setiap kelas ini wajar diberi pengiktirafan selayaknya, maka sebanyak 52 orang ketua kelas dan penolong ketua kelas dari sesi petang telah menerima watikah pelantikan daripada pihak sekolah.
Berikut adalah senarai nama Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014 bagi sesi petang:
TAHUN 1
 
 
 
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas merupakan jawatan penting dan boleh dikatakan sebagai tulang belakang dalam membantu meringankan guru kelas dalam hal-hal tertentu. Dua orang tenaga cilik setiap kelas ini wajar diberi pengiktirafan selayaknya, maka sebanyak 52 orang ketua kelas dan penolong ketua kelas dari sesi petang telah menerima watikah pelantikan daripada pihak sekolah.
Berikut adalah senarai nama Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014 bagi sesi petang:
TAHUN 1
| 
TAHUN | 
KETUA
  KELAS | 
 PENOLONG
  KETUA KELAS  | 
| 
1 Angklung | 
MUHAMMAD FAYYAD HAKIMY BIN AZLIN | 
NURUL AISYAH AQILAH BINTI M. AZIZI | 
| 
1 Bonang | 
AQIL
  RIYADZ BIN ROHEME | 
MUHAMMAD
  HAZIM BIN MOHD SHAHNAZ | 
| 
1 Canang | 
FAIZATUL ANNISA
  BINTI MHD FAIRUS | 
NUR BATRISYIA
  NADHIRAH BINTI SUHAIMI | 
| 
1 Gambus | 
MUHAMAD ADIF HAKIMI
  BIN ZAHID | 
AMIRAH SYADIYAH
  BINTI SAMSURI | 
| 
1 Kompang | 
FARIS
  IKHWAN BIN MAT SAIFUL | 
IRISH
  ALYA BINTI ERWIN | 
| 
1 Nafiri | 
AIRIEL
  DANISH BIN HAIRI | 
NUR
  RAUDHAH QAISARA BINTI MOHAMED | 
| 
1 Rebana | 
MUHAMMAD
  AMIRIZZANI BIN JAMALUDDIN | 
NURQISTINA
  UMAIRAH BINTI MOHD ZAKRI | 
| 
1 Seruling | 
MUHAMMAD
  LUTHFI IDHAM BIN JUSOP | 
ALYSA
  SYAFIAH BINTI AHMAD NAZRI | 
TAHUN 2
| 
TAHUN | 
KETUA
  KELAS | 
PENOLONG
  KETUA KELAS  | 
| 
2  
Anestesiologi | 
MUHAMMAD
  IRFAN QAEDI BIN RUSHDAN  | 
HANNA
  SAFEA BINTI RASHID  | 
| 
2 
Hematologi | 
MUHAMMAD
  LUQMAN HAKIM BIN MOHD SAHAR  | 
SITI
  AISYAH BINTI MOHD APANDI  | 
| 
2 
Kardiologi | 
MUHAMMAD
  FAQEH JIBRAILL BIN ZULKIFLLI  | 
NOORURRAZAN
  BINTI NOR'AZAM | 
| 
2 
Obstetrik | 
MUHAMMAD ZIYYAD
  ISQANDAR BIN AZMEI  | 
NUR
  NADIA QISHTINA BINTI MOHD TAUFIK | 
| 
2 
Ortopedik | 
MUHAMMAD
  ZAIM BIN ZAHARI  | 
AINA
  BATRISYA BINTI ZAMHARIZAT  | 
| 
2 
Patologi | 
SHAH
  PUTRA ISKANDAR BIN NORIZAM  | 
ADIBAH BINTI
  MOHD JAILANI  | 
| 
2 
Pediatrik | 
NURIN
  AFRINA BINTI MOHD RIDWAN  | 
MUHAMAD HARRIS BIN
  AHMAD FAIRUZ  | 
| 
2 
Radiologi | 
MUHAMMAD
  HAZIQ IRMAN BIN CHE MOHD HUZAIRI  | 
NUR ALEYANA SYAHIRA BINTI
  MOHD JAMIL  | 
| 
2 
Respiratori | 
AREEJ
  QIESTINA BINTI ARZEKY  | 
NUR
  FATIHA BINTI MOHD ZELY | 
| 
2 
Surgeri | 
NUR FAZLIANA BINTI
  MD RAZANI
   | 
VENOSHINI
  A/P RAVENDRAN  | 
TAHUN 3
| 
TAHUN | 
KETUA
  KELAS | 
PENOLONG
  KETUA KELAS  | 
| 
3 Marikh | 
STEVEN
  DAVID A/L VENGUTIUSAMY RAJENDRAN  | 
WAN
  NURHAIFA BINTI WAN MOHD PAIZA  | 
| 
3 Musytari | 
MUHAMMAD EIZHAM
  DANIEL BIN SAIFUL RAMDHAN  | 
NUR
  DIYANA ATHIRAH BINTI MOHD ASRI  | 
| 
3 Neptun | 
MUHAMMAD
  HAZIQ BIN JAFRI  | 
NURUL
  IZZATI BINTI ABDUL RAHMAN  | 
| 
3 Pluto | 
MUHAMMAD
  ASHRAF BIN AZMI  | 
ELISHA
  SAHSA ANAK BENGAU  | 
| 
3 Uranus | 
ISYRAQ AMMAR BIN MHD
  DZUHA | 
NUR
  SHAFIKA BINTI TAHIR  | 
| 
3 Utarid | 
ZAFRAN
  MIZWAR BIN YEZRIN AZWAR  | 
NUR AIN
  NABILA BINTI MOHD YUSOFF  | 
| 
3 Zuhal | 
MUHAMMAD
  AFIQ SYUKRI BIN MOHD YUSRI  | 
NURUL SYARAFINA
  BINTI HAMDANI  | 
| 
3 Zuhrah | 
MUHAMMAD FIRHAN
  NAJMI BIN NORAZMAN | 
AINUL
  MUNIRAH BINTI MOHAMMAD 'ASRI  | 
Gambar-gambar menarik sepanjang majlis ini berlangsung:
| Barisan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014 sesi petang | 
| Pengacara majlis, Pn. Ezza | 
| Adik Muhammad Fayyad Hakimy, Ketua Kelas 1 Angklung menerima watikah pelantikan dari PK Petang, Pn. Rosmah bt. Jamat | 
| Adik Nurul Aisyah Aqilah, Penolong Ketua Kelas 1 Angklung | 
| Adik Muhammad Ziyyad Isqandar, Ketua Kelas 2 Obstetrik | 
| Adik Nur Nadia Qishtina, Penolong Ketua Kelas 2 Obstetrik | 
| Adik Muhammad Firhan Najmi, Ketua Kelas 3 Zuhrah | 
| Adik Ainul Munirah, Penolong Ketua Kelas 3 Zuhrah | 
Subscribe to:
Comments (Atom)
 









