Tuesday, February 11, 2014

PROGRAM MOTIVASI SELAMI JIWA, INSPIRASI CEMERLANG

Program MOTIVASI SELAMI JIWA INSPIRASI CEMERLANG TELAH diadakan pada 7 Februari 2014, Jumaat malam bermula jam 7.30 hingga 10.00 malam Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa yang hadir iaitu seramai 350 orang. Aktiviti yang bertempat di Dewan Perdana SKTPP amat meriah pada tahun ini kerana kehadiran ibu bapa sangat memuaskan.Ibu bapa turut serta dalam solat magrib berjemaah bersama guru-guru serta murid-murid tahun 6.

 Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu keibu bapaan dalam mendidik anak-anak pada alaf ke 21 ini. Pelbagai cabaran akan dapat diatasi oleh ibu bapa sekiranya mempunyai pengetahuan yang tinggi serta cara sesuai untuk membentuk peribadi anak masing-masing. Anak-anak masa kini amat terdedah pada gejala yang tidak sihat sekiranya tidak dibentuk dan dijaga dari peringkat awal, kadangkala terdapat ibu bapa yang sibuk mengejar kerjaya hingga berlaku pengabaian terhadap anak sendiri. Maka dengan adanya program ini moga sedkit sebanyak dapat membina kesedaran ibu bapa tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap anak-anak demi kecemerlangan mereka di dunia serta akhirat.

 Apa yang menariknya Peserta berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh  En Saiful Anuar bin Haji Basran yang merupakan kaunselor dari SK. Teluk Panglima Garang. Semasa sesi slot motivasi beliau memberi ceramah dengan penuh semangat dan diselitkan aksi humor yang membuatkan peserta amat teruja dan terhibur. Pelbagai tips kecemerlangan yang diberi kepada peserta dalam sesi ceramah beliau.Guru-guru juga turut didedahkan dengan pelbagai cara untuk menarik minat murid untuk belajar dengan lebih bersemangat serta bermotivasi.Idea-idea yang dikongsi oleh beliau amat sesuai dilaksanakan disekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.

Semoga program ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para peserta untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan serta bagi pihak ibu bapa semoga akan sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.Dan bagi guru, semoga sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi kerenah anak didik di sekolah.

Di sini dilampirkan gambar sepanjang program.





















Laporan di sediakan:
Pn Norasmawati bt Omar
Penyelaras Program Tahun 6
Sk Taman Putra Perdana.

No comments:

Post a Comment