Wednesday, January 14, 2015

Ceramah Pembentukan Matlamat & Pengurusan Masa

Ceramah Pembentukan Matlamat dan Pengurusan Masa yang merupakan salah satu daripada aktiviti Program Maju Diri (PMD) telah diadakan pada 14 Januari 2015, bertempat di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Ceramah untuk pelajar-pelajar Tahun 6  telah diadakan dari pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi manakala ceramah untuk pelajar-pelajar Tahun 4 dan 5 telah diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi.  Ceramah yang penuh informasi ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Idzhar bin Jumali. Beliau merupakan seorang jurulatih bertauliah PSMB, ikon dakwah YADIM dan artis nasyid Nowseeheart.

Program Maju Diri ini dijalankan pada setiap awal tahun dikhususkan pada semua murid tahap 2. Program ini dijalankan untuk  mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid-murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri dalam kalangan murid-murid. Semoga perkongsian yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama.

Gambar-gambar sepanjang program.
Murid-murid sedang menunggu ketibaan penceramah.



Ustazah Nurziani sebagai pengacara majlis
Sesi ceramah bermula
Penceramah memulakan sesi ceramah dengan menyanyikan lagu bersama murid-murid
Murid-murid memberikan respon kepada penyampaian penceramah
Murid-murid memberi tumpuan semasa sesi ceramah

Penceramah sedang berinteraksi dengan murid
Murid-murid memberi perhatian sepanjang sesi ceramah
Murid-murid mendapat input yang sangat bermanfaat daripada ceramah
Disediakan oleh : Faridatul-Akmal bt Ismail






















No comments:

Post a Comment