Monday, January 12, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Pertama 2015 (Sesi Pagi)

Tarikh : 12 Januari 2015
Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan, SKTPP

Guru Bertugas:

1. Ustaz Mahadir bin Midun
2. Pn Juli binti Mahbah
3. Pn Jamunarani a/p Bhoja Rajan
4. Pn Nurliza binti Ab Rahman
5. Pn Roseniza binti Setapa
6. Pn Asma binti Abdul Malik
7. Pn Astina binti Mahad Nor
8. Pn Safinatunajakh binti Mat Som


Laporan

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri  Selangor dan lagu sekolah dipimpin oleh Pn Astina. 
  • Bacaan doa oleh adik Fathul (6 Wira).
  • Ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Mahadir bin Midun.
Ucapan Guru Bertugas - En. Mahadir bin Midun

  • Mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SKTPP.
  • Mengharapkan murid-murid lebih ceria dan bersedia untuk meneruskan sesi persekolahan sesi 2015.
Ucapan Guru Disiplin - En. Shahrizal bin Ya'am


1. Kedudukan kelas di tapak perhimpunan
  • Sewaktu perhimpunan pagi, murid-murid perlu berada dalam kedudukan kelas yang telah ditetapkan hari ini.
  • Selepas waktu rehat, murid-murid dikehendaki berkumpul di Dewan Perdana dan berada dalam kedudukan kelas yang akan ditetapkan.
2. Kehadiran
  • Semua murid perlu datang ke sekolah dan pulang mengikut waktu yang telah ditetapkan.
         Isnin: 7.20 pagi - 1.20 tengah hari
         Selasa: 7.20 pagi - 12.50 tengah hari
         Rabu: 7.20 pagi - 1.20 tengah hari
         Khamis: 7.20 pagi - 12.50 tengah hari
         Jumaat: 7.20 pagi - 11.50 pagi

3. Penggunaan tangga
  • Patuhi peraturan penggunaan tangga untuk mengelakkan kesesakan.
         Tahun 4 - tangga UUM
         Tahun 5 - tangga USM
         Tahun 6 - tangga UKM

4. Barang larangan
  • Murid-murid tidak dibenarkan membawa barang-barang berikut:-
          - gunting (kecuali dengan kebenaran guru Pendidikan Seni semasa subjek Pendidikan Seni Visual)
          - pembaris besi
          - liquid paper
          - permanent marker pen

Ucapan Guru Besar - Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali


1. Aluan
  • Mengalukan kedatangan semua murid ke sesi persekolahan bagi tahun 2015.
2. PPDa
  • Berharap agar murid-murid lebih prihatin dalam meneruskan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
3. Kelas
  • Bilangan keseluruhan kelas (tahun 1 - 6) di SKTPP adalah sebanyak 54 buah. 
  • Nama-nama kelas diberi mengikut kohort yang telah ditetapkan.
  • Antaranya kohort planet (tahun 4), kohort simbol matematik (tahun 5) dan kohort jenama kereta nasional (tahun 6).
4. Kedai buku
  • Pengusaha kedai buku ialah pengusaha baru.
  • Murid-murid diminta agar membeli buku latihan dan buku kerja untuk kegunaan di dalam kelas.
5. Bantuan Khas Persekolahan 2015
  • Bayaran untuk Bantuan Khas Persekolahan akan diadakan pada hari Rabu, 14 Januari 2015.
  • Guru-guru kelas akan mengedarkan memo tentang hal ini kepada murid-murid.
  • Makluman juga telah dimasukkan dalam blog sekolah, sistem ezy sms dan facebook sekolah.
6. Sambutan Maulidur Rasul
  • SKTPP menjadi tuan rumah untuk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah dan Taman Putra Perdana 2015.
  • Majlis akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Januari 2015.
7. Pengenalan Sekolah
  • SKTPP mempunyai seramai 121 orang guru - masih mengalami masalah kekurangan guru seramai 4 orang.
  • Terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.
  • Walaupun kekurangan guru, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dengan menyediakan guru ganti bagi setiap mata pelajaran tersebut.
Murid-murid beratur mengikut kedudukan kelas masing-masing.
Tekun mendengar setiap amanat yang dititipkan oleh guru.

No comments:

Post a Comment