... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 2, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan Ke- 4 (Sesi Pagi)

Guru-guru Bertugas:
Encik Hafiz Md Noor
Puan Siti Masra Abdul Kadir
Puan Norazian Mat Anuar
Puan Parimala Vengadaslam
Puan Norsiah Mohd Noor
Puan Nurul Huda Abdullah
Puan Norziani Zubir
Puan Noor Hanawati Alinda

Barisan guru bertugas
  
LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik Hafiz.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Iffah Firzanah binti Zulhazmi (6 Wira).

Laporan / Ulasan guru bertugas minggu lepas (Puan Norli)

1.            Murid diminta membersihkan kelas di awal pagi setiap hari.
2.            Murid ditegur berkaitan perbuatan tidak bertanggungjawab semasa rehat iaitu menyelongkar bekas pensil yang menyebabkan kehilangan sesetengah peralatan tulis tersebut. 
Ucapan Guru Bertugas (Encik Hafiz)

1.             Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.            Tema minggu ini ialah Peraturan Sekolah- tatacara dan kelakuan murid semasa di sekolah.

 Encik Hafiz menerangkan isi kandungan peraturan 3 Secara ringkas dan beliau memberi penekanan yang lebih    pada perkara berikut iaitu:
·         a) Kepentingan masa
·         b) Murid Tahun 4 ditegur kerana bermain air di tandas
·         c) Ketua kelas memastikan kelas tidak bising ketika ketiadaan guru.

Pengumuman:
     1.    Perpustakaan ditutup untuk semua aktiviti kecuali untuk kelas moral
     2.    Kelas yang tidak cukup kerusi perlu mengambil kerusi di Dewan Perdana



Penyampaian cenderamata kepada Peserta Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang,yang telah berlangsung di Dewan SMK Putra Perdana.

 Para Pemenang Kejohanan Ping Pong

Ucapan guru disiplin (Encik Shahrizal Bin Ya’am)


    1.    Murid diminta memastikan basikal masing-masing mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkp seperti lampu,loceng, break dan lain-lain. Murid-murid dibenarkan mulai hari ini mengayuh basikal di dalam kawasan sekolah sehingga ke tempat letak basikal, tidak perlu lagi menuntunnya.

     2.    Murid diminta tidak membuat bising semasa waktu rehat semasa menunggu waktu kokurikulum kerana mengganggu proses pdp sesi petang.
Murid beragama islam diminta solat semasa berjemaah


Taklimat dari guru disiplin
Ucapan Penolong Kanan HEM SKTPP (Puan Jamilah Binti Arifin)
1.   Buku teks -meminta murid membalut buku teks.
2.   Kelas tambahan tahun 6- murid tahun 6 diminta menghadiri kelas tambahan pada hari rabu 2-4 petang
3.   Motivasi Selami Jiwa- pada hari Khamis malam Jumaat. Semua murid tahun 6 perlu hadir untuk bacaan   
      Yassin
4.    Mengucapkan ucapan tahniah kepada ibubapa yang hadir Mesyuarat Agung PIBG.

Sambutan Hari Lahir
1. Murid-murid yang lahir bulan Januari.



Disediakan oleh:

SITI MASRA ABDUL KADIR

No comments:

Post a Comment