Monday, September 14, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-33 (Sesi Petang)

Tarikh  : 14 September 2015
Hari      : Isnin
Masa    : 1.20 tengah hari - 2.20 petang

Nama Guru Bertugas :

1)    Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji
2)    Pn Nor Arzah bt Hussin
3)    Cik Roslinda bt Mansor
4)    Pn Suriyana bt Salim
5)    Pn Yusnita bt Yunus
6)    Pn Nor Azian bt Ahmad
7)    En Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim

Laporan Bertugas :

1)    Nyanyian, Bacaan Doa & Ikrar
·         Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu NegaraKu, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah.
·         Bacaan Doa oleh Arif Arfan bin Abd Razak.
·         Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya dipimpin oleh Cik Roslinda bt Mansor.
·         Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Pengawas Sekolah, Nuraneesa bt Abd Aziz.

2)    Laporan Bertugas Minggu Lepas
·         Laporan minggu ke-32 disampaikan oleh Pn Normaziah bt Abd Malek.
·         Beliau mengingatkan supaya murid mematuhi peraturan semasa ke bilik khas.
·         Murid perlu beratur sebelum ke bilik-bilik khas, kasut hendaklah disusun dengan teratur. Elakkan daripada menyepak dan menyorok kasut rakan-rakan yang lain.

3)    Ucapan guru bertugas mingguan (Cik Roslinda bt Mansor)
·       Cik Roslinda memperkenalkan 7 orang guru bertugas pada minggu ini. Murid-murid boleh berjumpa dengan guru-guru ini apabila menghadapi sebarang masalah.
·         Tema pada minggu ini ialah “Sejarah Penubuhan Malaysia”. Sebelum ini, negara kita dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Melalui perbincangan  dan perjanjian, nama Malaysia diisyhtiharkan pada 16hb September 1963 di Dataran Merdeka oleh Perdana Menteri, Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj. Oleh itu, pada setiap 16 September, akan diumumkan sebagai cuti umum.

4)    Perkataan lawad pada minggu ini,
i)              Bahasa Malaysia : Cetek = Tohor
ii)             Bahasa inggeris   : Field = Padang
iii)            Bahasa Arab      : Alwajhu = Wajah / Muka

5)    Ucapan oleh PK Petang (Pn Rosmah bt Jamat)
·    Pn Rosmah mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan disiplin untuk mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diduga.
·     Beliau juga meminta murid supaya terus ke Dewan Perdana apabila sampai di sekolah
·       Di samping itu beliau memaklumkan bahawa pada  16 September 2015 (Rabu) merupakan cuti umum bersempena Hari Malaysia. Manakala, pada 17 September 2015 (Khamis) pula akan diadakan Majlis Perasmian Bilik Sumber PPDa.
·     Pn Rosmah membaca dan menghebahkan Visi & Misi PPDa bersama Ketua Pengawas sekolah sesi petang, Nuraneesa bt Abd Aziz.

      Visi : 
Sekolah Bebas Dadah

      Misi : 
Melahirkan murid bebas dadah melalui program Pendidikan
                Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu & menyeluruh 
               daripada aspek pengurusan & kepimpinan, kurikulum,
               kokurikulum dan pembangunan sahsiah

6)    Info mingguan
·         Klinik LINUS telah tamat pada minggu ini.
·         16 September 2015 (Rabu) merupakan cuti umum dan murid perlu ke sekolah seperti biasa pada 17 September 2015 (Khamis).
·         Tiada penyampaian hadiah kebersihan kelas untuk minggu ini kerana pada minggu lepas UPSR dijalankan.


Ucapan oleh Pengerusi Majlis, Cik Roslinda bt Mansor

Nyanyian 3 buah lagu dipimpin oleh Pn Salmi bt Amir

Bacaan doa oleh Arif Arfan b Abd Razak

Bacaan ikrar Rukunegara & Keselamatan Jalanraya dipimpin oleh Cik Roslinda bt Mansor
Bacaan Ikrar Murid oleh Nuraneesa bt Abd Aziz
Laporan bertugas minggu  ke-32 disampaikan oleh Pn Nor Maziah bt Abd Malek
Barisan guru bertugas minggu ini
Pn Rosmah bt Jamat (Penolong Kanan Petang) menyampaikan ucapan dan membuat penyebaran Visi & Misi PPDa
Pn Rosmah bt Jamat bersama Ketua Pengawas sesi petang membaca Visi & Misi PPDa

Disediakan oleh,
Arzah Hussin

No comments:

Post a Comment