Monday, February 15, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-7 (Sesi Pagi)

Tarikh                  : 15 Februari 2016
Hari                     :  Isnin
Masa                   :  7.30 - 8.25 pagi
Tempat                :  Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis   :  Khairulnnisa Balqis bt Hamidi

Guru Bertugas
1. En. Srimahathevan a/l Vadivelu (K)
2. Pn. Hasliza bt Said
3. Pn. Jamilah bt Mohd Yusof
4. Pn. Visva Vilasini a/p Koppal @ Goppal
5. Pn. Noor Hayati bt Yusof
6. Pn. Roslinda bt Mansor
7. Pn. Nik Kamisah bt Mohamad Aziz
8. Pn. Nurulhuda bt Yaacob

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Puan Astina bt Mahad Nor.
  • Bacaan doa oleh Nukman Haziq bin Fauzi.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dipimpin oleh Pn. Hasliza bt Said.
  • Bacaan Ikrar murid oleh Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. Astina bt Mahad Nor)
1. Aktiviti merentas desa telah tamat dengan jayanya.
2. Masih terdapat banyak kekurangan dari aspek keceriaan kelas. Harap dapat mempertingkatkan ciri-ciri keceriaan pada masa akan datang. 
3. Berlaku kes kecurian sebelum cuti Tahun Baru Cina. Murid dinasihati tidak sekali lagi mengulangi tindakan yang sama.

Laporan Keceriaan Kelas

PPKI
Tempat pertama - Dell
Tempat ke-2      - Compaq
Tempat ke-3      - Apple

Tahun 4
Tempat pertama - Pluto
Tempat ke-2      - Uranus
Tempat ke-3      - Zuhal

Tahun 5
Tempat pertama - Radiologi
Tempat ke-2      - Patologi
Tempat ke-3      - Pediatrik

Tahun 6
Tempat pertama - Theta
Tempat ke-2      - Gamma
Tempat ke-3      - Alfa

Ucapan Guru Bertugas (Pn. Hasliza bt Said)
Tema : Hormat kepada rakan
1. Kita perlu mengamalkan nilai hormat-menghormati sesama rakan.
2. Bagi mereka yang menghormati orang lain akan mempunyai ramai kawan.

Cara-cara menghormati rakan:
- Bertegur sapa apabila berjumpa
- Tidak berburuk sangka dengan orang lain
- Mempunyai tutur kata yang sopan

Perkataan LAWAD
BM :  Acara - Program / Aturcara
BI   :  Figure - Bentuk / Rajah
BA  :  Kurawiyyun - Sfera

Laporan Guru Disiplin (En. Shahrizal bin Ya'am)
1. Jangan mengambil barang milik orang lain tanpa kebenaran walaupun ianya hanya sebatang pensel.
2. Mencuri kesalahan berat dan boleh didenda maksimum 3 kali rotan.
3. Murid dinasihat tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kelas sebelum waktu rehat atau bergerak ke bilik-bilik khas
4. Murid tidak sekali-sekala dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.
5. Amalkan budaya memberi salam pada orang yang lebih tua.

Ucapan Guru Penolong Kanan HEM (Pn. Jamilah bt Arifin)
1. Murid perlu tahu visi dan misi PPDa. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa bersedia menjawab apabila ditanya berkenaan visi dan misi PPDa oleh sesiapa sahaja.
2. Peringatan kepada murid untuk sentiasa menjaga kebersihan kelas masing-masing.
3. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa memberi salam kepada guru, tetamu dan orang tua di rumah sebagai tanda menghormati mereka.

Bacaan Ikrar  guru bertugas
Laporan guru bertugas

Penyampaian hadiah keceriaan kelas

Barisan guru bertugas
Laporan guru disiplin
Ucapan Penolong Kanan HEM

No comments:

Post a Comment