... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 22, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-8 (Sesi Pagi)

Tarikh : 22 Februari 2016
Hari : Isnin
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis : Adik Khairulnisa Balqis binti Hamidi (6 Lambda)

Guru Bertugas :
1. Encik Mohd Kamarul bin Abdul Rahman (K)
2. Puan Rosmizawati binti Yusub
3. Puan Zuraini binti Ismail
4. Puan Norli binti Hassan
5. Puan Safinatunnajakh binti Mat Som
6. Puan Halimatun Saadiah binti Hassan
7. Puan Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin
8. Puan Norinna binti Mohamed

Nyanyian, Bacaan doa dan Ikrar
  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq bin Fauzi (6 Zeta).
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Norli binti Hassan.
  4. Bacaan Ikrar murid oleh adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta).
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Hasliza binti Said
  1. Menasihatkan kepada semua murid untuk berada di dataran perhimpunan pada setiap pagi selepas loceng berbunyi kerana didapati ada segelintir murid yang gemar berkumpul di wakaf pada waktu pagi. 
  2. Perlu mengamalkan budaya memberi salam kepada guru-guru, rakan-rakan dan semua warga sekolah. 
  3. Meminta murid-murid mengutip sampah dan buang ke dalam tong sampah jika terjumpa sampah di sekeliling kawasan sekolah.
  4. Perlu mengawal emosi dan mengamalkan sikap bertolak ansur untuk membentuk permuafakatan.
Laporan Keceriaan Kelas

PPKI
Tempat pertama - Dell
Tempat kedua - Compaq
Tempat ketiga - Apple

Tahun 4
Tempat pertama - Kardiologi
Tempat kedua - Ortopedik
Tempat ketiga - Obstetrik

Tahun 5
Tempat pertama - Pluto
Tempat kedua - Uranus
Tempat ketiga - Zuhal

Tahun 6
Tempat pertama - Gamma
 Tempat kedua - Theta
Tempat ketiga - Alfa

Ucapan guru bertugas oleh Puan Norli binti Hassan

Tema : Budaya Memberi Salam
  1. Ucapan salam diwajibkan apabila guru memasuki kelas. Murid berdiri mengucapkan salam dan disambut oleh guru. Terdapat juga amalan sebaliknya iaitu guru yang memberi salam, baharulah murid menjawab salam secara beramai-ramai.
  2. Budaya memberi salam perlu diterapkan dalam diri. Murid perlu memberi salam kepada guru-guru, staf sekolah dan juga rakan-rakan kerana ini akan membawa kebaikan kepada hubungan silaturrahim antara warga SKTPP.
Perkataan LAWAD
Bahasa Malaysia - Adakala = kadang-kadang
Bahasa Inggeris - Imagine = membayangkan
Bahasa Arab - As-qaluun = bentuk-bentuk

Ucapan Guru Penolong Kanan HEM (Puan Jamilah binti Arifin)
  1. Menasihatkan kepada semua murid untuk menjaga kebersihan kelas. Murid-murid perlu membersihkan kelas ketika masuk kelas pada waktu pagi dan sebelum waktu balik agar kelas sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
  2. Memaklumkan bahawa Pelancaran Kelas Pembelajaran Alaf Ke-21 akan diadakan pada 24 Februari 2016 (Rabu). Ciri-ciri pembelajaran adalah berpusatkan murid, pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif, persekitaran yang kondusif, penggunaan komputer dan saling hormat menghormati. Contoh Kelas Pembelajaran Alaf Ke-21 ialah kelas 2 Ferum.
  3. Memaklumkan pada 27 Februari 2016 (Sabtu) akan diadakan majlis Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13. Semua ibu bapa / penjaga dan murid dijemput hadir.
Pengacara majlis, adik Khairulnisa Balqis
Ikrar murid diketuai oleh adik Asyraaf Aqasha
Ucapan guru bertugas minggu lepas, Puan Hasliza
Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali menyampaikan hadiah
kebersihan dan keceriaan kelas
Ucapan guru bertugas, Puan Norli
Barisan guru bertugas pada minggu ini
Barisan murid-murid yang hadir

No comments:

Post a Comment