Monday, July 11, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-25 (Sesi pagi)

Tarikh: 11 Julai 2016
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi

Guru Bertugas Kumpulan G :
1. Puan Azwani Binti Mohamad Noordin @ Noordin
2. Puan Norli Binti Hassan
3. Puan Rosmizawati Binti Yusub
4. Puan Zuraini Binti Ismail
5. Puan Norina Binti Mohamed
6. Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim
7. Puan Safinatunnajakh Binti Mat Som
8. Puan Nurul Izziani Binti Mohd Latifi

Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku , Negeri Selangor dan Sekolah.
2. Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq Bin Fauzi.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh guru bertugas iaitu Puan    Rosmizawati Binti Yusub.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Asyraaf Aqasha.
5.Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Roslinda Binti Mansor:
  •  Berlaku kes pergaduhan antara murid yang berpunca daripada mengejek nama bapa,        menendang rakan. Ekoran itu , salah seorang ibu bapa murid berkenaan telah datang ke sekolah. Beliau mengharapkan agar kes tersebut tidak berulang lagi memandangkan ianya  hanya masalah kecil sahaja.
  • Pada minggu sebelum cuti Hari Raya, terdapat segelintir murid yang membawa dan menjual mercun di sekolah.
  • Pemenang bagi Pertandingan Kelas Terbersih Minggu Lepas :
                      Tahun 4 :
                     Tempat Pertama : 4 Kardiologi
                     Tempat Kedua :  4 Radiologi
                     Tempat Ketiga : 4 Surgeri

                     Tahun 5 :
                     Tempat Pertama : 5 Zuhal
                     Tempat Kedua :  5 Pluto
                     Tempat Ketiga : 5 Zuhrah

                     Tahun 6 :
                     Tempat Pertama : 6 Lambda
                     Tempat Kedua :  6 Gamma
                     Tempat Ketiga : 6 Omega

6. Ucapan guru bertugas yang disampaikan oleh Puan Rosmizawati Binti Yusub.
  • Tema Ucapan minggu ini adalah "Menghormati Orang Tua".
  • Murid diingatkan supaya sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
  • Jangan menyampuk atau mencelah ketika orang tua sedang bercakap, sentiasa menolong ibu bapa ketika di rumah. 
  • Sekiranya kita ada melakukan kesalahan, perlulah segera memohon maaf dengan hati yang ikhlas.
7. Perkataan Lawad pada minggu ini adalah :
  • Bahasa Melayu - Simpang siur bermaksud terlalu banyak dan silang menyilang. Contohnya : jalan raya.
  • Bahasa Inggeris - Yawning bermaksud menguap.
  • Bahasa Arab - Halawiyatun bermaksud kuih-muih.
8. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum , Encik Shahrizal B.Ya'am.
  • Beliau mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah.
  • Beliau menyatakan bahawa kehadiran murid agak mengecewakan dan diharapkan minggu ini dan seterusnya kehadiran murid adalah lebih baik kerana PKSR 2 akan dijalankan pada 26 , 27 dan 28 Julai 2016.
  • Beliau juga memaklumkan kepada murid-murid agar tidak membawa duit yang banyak ke sekolah ditakuti berlaku kehilangan atau kecurian duit.
  • Selain itu, beliau mengucapkan Selamat Datang kepada 8 orang guru praktikum dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi dan diharapkan semua murid dapat memberikan kerjasama kepada guru-guru praktikum sepanjang mereka berada di sini.
  • Beliau mengingatkan kepada semua murid agar memotong rambut dengan gaya pemotongan yang betul. Jika murid tidak berbuat demikian, pihak sekolah akan mengambil tindakan.
  • Akhir sekali, beliau mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin". 
9. Perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.









Disediakan Oleh : 
Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim

No comments:

Post a Comment