Thursday, July 21, 2016

Mahrajan j-QAF (Kalam Jamaie) Daerah Sepang

Pertandingan Kalam Jamaie peringkat daerah Sepang telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Julai 2016
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang.
Tempat : Kolej Vokasional Sepang
Penyertaan: Sekolah- sekolah Kebangsaan Daerah Sepang.

Guru- guru Bahasa Arab dan j-QAF SKTPP telah bekerjasama melatih murid-murid dalam acara ini selama dua minggu. Seramai 25 orang murid perempuan tahun 4 dan 5 telah terpilih menyertai pertandingan ini dan diberi nama Kumpulan / Firqah Ma'wa. Alhamdulillah, SKTPP telah mendapat Naib Johan dalam acara Kalam Jamaie ini.

Semoga usaha dan pencapaian ini akan menjadi penanda aras untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Sekalung ucapan tahniah untuk semua peserta kerana telah berusaha sebaiknya dan ucapan penghargaan untuk semua guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang baik demi kecemerlangan murid- murid SKTPP.

Bersiap sedia... bergambar sebelum bertolak ke Kolej Vokasional Sepang.
Gembira.. selepas dinobatkan Naib Johan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Sepang.
Persembahan yang hebat.. Ketika pertandingan sedang berlangsung.


Pastinya...Firqah Ma'wa SKTPP Benci DARVIH.
Kurangnya kemampuan,
bukan alasan untuk keberhasilan.
Kesungguhan penuh semangat,
adalah modal keberhasilan.

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir.

No comments:

Post a Comment