Sunday, August 20, 2017

Kem Kecemerlangan Program Menjulang Akademik Sepang (MAS) Fasa II Sekolah-Sekolah Daerah Sepang Tahun 2017

Alhamdulillah... Sebahagian murid Tahun 6 UPSR 2017 telah berpeluang mengikuti Program Kem Kecemerlangan Menjulang Akademik Sepang (MAS) UPSR Sekolah-Sekolah Daerah Sepang Tahun 2017 Fasa 2. Ia telah diadakan pada 19 - 20 Ogos 2017 bertempat di SAM Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST).

Seramai 26 murid SKTPP yang merupakan calon-calon UPSR Tahun 2017 terlibat dengan program MAS Fasa 2 kali ini. 21 orang murid adalah daripada kelas 6 Zuhrah, manakala 5 orang murid daripada kelas 6 Zuhal. 

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur, guru-guru yang terlibat dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga program ini dapat menjulang prestasi akademik UPSR 2017 dengan lebih baik lagi dan meningkatkan motivasi serta teknik-teknik menjawab soalan dengan betul dan tepat. 
Tahniah!

Disediakan oleh : Pn Umi Nazrah bt Saharoni


Peserta MAS 2 bertolak jam 7.00 pagi dan sesi pendaftaran bermula jam 7.30 pagi di Dewan SAMBBST



Peserta mengikuti slot subjek- subjek yang telah dijadualkan


Peserta dibimbing oleh pembimbing yang berpengalaman untuk mempelajari teknik- teknik yang betul menjawab soalan UPSR

Peserta mengikuti bacaan Yasin, Solat Hajat & Tazkirah.


Majlis Perasmian Penutup oleh YB Tuan Shahrum bin Shariff ADUN Dengkil
Sesi merakam kenangan bersama Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali 
(Guru Besar SKTPP)

No comments:

Post a Comment