Friday, August 11, 2017

Program Minggu Bahasa dan Minggu Pusat Sumber

 7 Ogos (Isnin) - Perasmian Program Minggu Bahasa dan Minggu Pusat Sumber telah diadakan bertempat di dataran Perhimpunan untuk sesi pagi manakala di Dewan Perdana SKTPP untuk sesi petang.

Majlis disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali dan Penolong Kanan Petang, Puan Jumilah binti Ahmad. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan potensi murid dengan menambah kosa kata Bahasa Melayu serta meningkatkan keyakinan diri murid untuk menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Selain itu, program ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang minat membaca di samping berfikiran kreatif dan kritis.

Semoga dengan program ini, dapat mencungkil bakat murid di samping mendedahkan pengalaman baru kepada murid.

Perasmian Program Minggu Bahasa SKTPP

Gimik dari maskot dan guru

Hakim bagi murid tahun 4

Hakim bagi murid tahun 5

Hakim bagi murid tahun 6


Pertandingan Mewarna kulit buku murid tahun 1

Pertandingan Sisip Kata untuk murid tahun 2

Pertandingan Bercerita dari murid-murid tahun 3

Pertandingan Sajak dari murid-murid tahun 4

Pertandingan Syair dari murid-murid tahun 5

Pertandingan Syarahan dari murid tahun   

Antara kelas yang memenangi Sudut Nilam
 
Laporan disediakan oleh
Nornadzirah binti Abd Rahim

No comments:

Post a Comment