Saturday, November 25, 2017

Hari Orientasi Murid Tahun 1 2018

Hari Orientasi Murid Tahun 1 ini telah diadakan pada 25 November 2017 bersamaan hari Sabtu, bermula jam 7.30 pagi (pendaftaran) dan tamat sekitar 1.00 petang. Taklimat khas untuk ibu bapa diadakan di Dewan Perdana. Manakala Ujian Diagnostik bertempat di kelas-kelas khas yang disediakan bermula dari kelas A sehingga kelas J.

Program Orientasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tadika atau prasekolah termasuk murid-murid PPKI yang bakal melangkah ke  tahun 1 2018.  Ujian Diagnostik dijalankan untuk mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam menguasai 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). Sekaligus memberi peluang kepada murid-murid ini untuk menerokai dan memberi gambaran yang positif untuk sesi persekolahan pada bulan Januari 2018 kelak.

Objektif :
  • Mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M.
  • Murid-murid boleh mengenali bilik dajah, bilik-bilik khas dan peraturan sekolah.
  • Membiasakan murid-murid dengan persekitaran sekolah.
  • Mendedahkan ibu bapa/penjaga tentang keperluan anak-anak sebelum memasuki Tahun 1
  • Menyampaikan maklumat-maklumat penting daripada Guru Besar, pentadbir, YDP PIBG serta penceramah jemputan untuk tindakan ibu bapa / penjaga
Atur Cara program :-


Maklumat Program Transisi:-

Program Transisi ini dijalankan selama tiga minggu sahaja bermula dari 5 Januari hingga 25 Januari 2018.

           Program Transisi ini juga bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Sepanjang aktiviti ini dijalankan disediakan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya sendiri yang menepati kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.

            Melalui program ini diharapkan agar murid merasa seronok untuk belajar sambil bermain serta dapat mengenali tempat belajarnya. Tak kenal maka tak cinta, maka dalam program ini murid akan didedahkan dengan kawasan persekitaran sekolah, peraturan-peraturan dan disiplin sekolah, mengenali guru-guru, rakan-rakan, budaya sekolah dan tatacara menghormati guru-guru, rakan-rakan dan orang-orang yang lebih tua.

Maklumat Program LINUS:-

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan) yang bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi.

              Program Literasi dan Numerasi (LINUS) mula dilaksanakan mulai 2010 di seluruh negara. Program LINUS adalah  bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 3 dapat menguasai kemahiran asas literasi (membaca dan menulis) dan numerasi (mengira). Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Program LINUS ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu :
  • LITERASI — Bahagian ini memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid Tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis.
  • NUMERASI — Bahagian ini memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid Tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek mengira.

Maklumat Disiplin:-

1. Pakaian Seragam Sekolah

Murid lelaki
  • Kemeja putih berlengan pendek.
  • Seluar panjang berwarna biru tua.
  • Tali pinggang berwarna biru tua / hitam.
Murid perempuan
  • Blaus pendek berlengan pendek, berwarna putih dan pinafore / skirt berwarna biru tua.
  • Pelajar Islam dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih kosong dan dibutang di bahagian leher.
  • Tudung kepala berwarna putih.
  • Kerongsang tidak dibenarkan dipakai di sekolah.
2. Sarung Kaki / Stoking
  • Berwarna putih dan mestilah menutup buku lali.
3. Kasut
  • Kasut berwarna putih dan bersih.
4. Rambut
  • Dilarang mewarnakan rambut dan berambut fesyen ke sekolah.
Murid lelaki
  • Dilarang sama sekali berambut panjang
  • Rambut hadapan tidak menutup dahi, belakang tidak mencecah kolar baju, di sisi tidak melebihi pertengahan cuping telinga.
  • Sentiasa bersikat rapi dan kemas.
Murid perempuan  
  • Murid yang berambut panjang mestilah diikat dengan kemas dan rapi.
  • Reben, cekak dan getah rambut hanya berwarna putih, biru gelap dan hitam sahaja.
5. Kuku
  • Kuku mestilah dipotong pendek dan bersih.
  • Dilarang mengecat kuku termasuk berinai.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang bakal menjejaki Tahun 1 2018 yang telah hadir dengan jayanya mengikuti program Orientasi. Semoga dengan aktiviti yang telah dijalankan dapat memberi semangat baharu dan keyakinan yang tinggi kepada murid-murid untuk bersekolah pada sesi persekolahan tahun hadapan.

Gambar sepanjang program orientasi berlangsung:-




























































2 comments:

  1. selamat pagi, amat baik di sekolah kamu memandangkan sekolah anak saya tidak ada mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih puan. Kami memang setiap tahun mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 dengan pengisian begini. Diharapkan anak-anak murid akan lebih yakin untuk menjejakkan kaki ke sekolah & ibu bapa mendapat maklumat yang diperlukan.

      Delete