Saturday, February 3, 2018

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-15, 2018

Sabtu, 3 Februari 2018 SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-15 bertempat di padang sekolah.  Sebanyak tujuh buah  kontinjen menyertai kejohanan sukan ini iaitu Rumah Hijau, Rumah Kuning, Rumah Merah, Rumah Biru, Kontinjen PPKI dan Kontinjen Prasekolah. 

Kejohanan sukan kali ini bertemakan safari yang bertujuan untuk melestarikan alam semula jadi.  Setiap kontinjen menampilkan maskotnya yang tersendiri;


             Kontinjen Prasekolah :  Kuda belang

             Kontinjen PPKI            :  Zirafah
             Rumah Merah             :  Beruang
             Rumah Hijau               :  Harimau bintang
             Rumah Kuning            :  Singa
             Rumah Biru                 :  Badak air
             Rumah Jingga            :  Harimau

Acara yang dipertandingkan ialah acara balapan iaitu 50m, 75m, 100m, 200m, 4 x 50m, 4 x 100m, dan  4 x 200m. Selain itu, acara tarik tali peringkat akhir  antara rumah sukan dan acara tarik tali antara guru dengan ibu bapa turut dilangsungkan pada hari tersebut.  
Tertib acara kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan lintas hormat yang diketuai oleh Ahmad Haziq Adham bin Ahmad Fadzil. Usai nyanyian lagu Negaraku, doa dibacakan oleh Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin diikuti dengan bacaan ikrar kejohanan oleh Ketua Kontinjen.

Acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP dan ucapan Tn. Hj. Khairul Azhar bin Muhammad Suffian, Yang Dipertua PIBG dikuti ucapan perasmian oleh En. Abdul Aziz bin Hj. Mohamad selaku Penyelia Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.  Seterusnya, perasmi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan 2018 melalui gimik persembahan yang disediakan oleh Puan Parimala dan Puan Rozimah menandakan bermulanya Kejohanan Sukan Tahunan 2018 secara rasmi.


Berikut merupakan keputusan rasmi bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana 2018  kali Ke-15 .



Kategori
Nama
Rumah
Olahragawan Harapan
Aqil Jibril
Kuning
Olahragawati Harapan
Nuralya Batrisya
Merah
Olahragawan
Syazwanizam
Jingga
Olahragawati
Ummi Azzahra
Biru









Perbarisan Terbaik

Kedudukan
Rumah Sukan
Johan
JINGGA
Naib Johan
BIRU
Tempat Ke-3
HIJAU
Tempat Ke-4
KUNING
Tempat Ke-5
MERAH
Tempat Ke-6
PRASEKOLAH
Tempat Ke-7
PPKI

Hiasan Khemah Terbaik

Kedudukan
Rumah Sukan
Johan
BIRU
Naib Johan
HIJAU
Tempat Ke-3
JINGGA
Tempat Ke-4
KUNING
Tempat Ke-5
PPKI
Tempat Ke-6
MERAH
Tempat Ke-7
PRASEKOLAH

Kedudukan  Rumah Sukan


Rumah Sukan
Kedudukan
Markah
HIJAU
1
799
JINGGA
2
744
MERAH
3
735
KUNING
4
657
BIRU
5
646



Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang Kejohanan Sukan Kali ke-15 :

Pendaftaran 



En. Abdul Aziz bin Hj. Mohamad (Penyelia Kokurikulum PPD Sepang) sedang menyampaikan ucapan perasmian


Gimik perasmian

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Kontinjen PPKI
Kontinjen prasekolah
Kontinjen Rumah Hijau
Kontinjen Rumah Jingga

Kontinjen Rumah Merah

Kontinjen Rumah Biru
Kontinjen Rumah Kuning
Khemah Rumah Kuning
Khemah Rumah Biru
Khemah Rumah Merah
Khemah Rumah Jingga
Khemah Rumah Hijau


Pemeriksaan khemah sukan oleh para hakim

Acara larian kategori prasekolah
Acara larian kategori PPKI
Acara 4 X 200m kategori lelaki Tahun 6
Acara 200m kategori lelaki Tahun 5
Acara  200m kategori perempuan Tahun 6
Acara tarik tali antara rumah sukan kategori perempuan (peringkat akhir)
Acara tarik tali antara rumah sukan kategori lelaki (peringkat akhir)








 Meraikan kejayaan



Tapak-tapak gerai mencuri tumpuan para hadirin dan anak-anak murid

No comments:

Post a Comment