Tuesday, February 27, 2018

Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor (HaN1S) dan Kempen Pinjam Buku (1BMGSS - 1 Buku 1 Murid 1 Guru Sebulan Sekali) Sesi Petang.


Pada 27 Februari 2018, Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor (HaN1S) dan Kempen 1 Buku 1 Murid 1 Guru Sebulan Sekali (1BMGSS) telah diadakan di Dewan Perdana SKTPP. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Jumilah binti Ahmad, Penolong Kanan Petang.

Objektif program ini adalah:

  • menyemai penghayatan budaya membaca selaras dengan kehendak serta perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia 
  • medium untuk mempromosikan program NILAM di sekolah
  • wadah menyokong dan memantapkan program NILAM
  • memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan

Aturcara program:
1.20 petang - Murid berkumpul di Dewan Perdana
1.30 petang - Ucapan Pengerusi Majlis
1.40 petang - Bacaan Doa
1.50 petang - Taklimat Ringkas Guru Penyelaras Media (GPM) tentang Kempen Pinjam Buku 1BMGSS
2.00 petang - Ucapan Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor (HaN1S) dan Gimik Pelancaran
2.30 petang - Sesi Fotografi


Gambar - gambar semasa majlis berlangsung:


Ucapan pengerusi majlis, Pn Nur Athirah Amani bt Muhd Abd Wahab

Hiasan pentas berkonsepkan Perayaan Tahun Baharu Cina.

Bacaan doa oleh En Saifullah b Mat Saupi.

Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji selaku GPM Sekolah menyampaikan taklimat ringkas tentang intipati program.

Penerangan ringkas sambutan Tahun Baharu Cina oleh Pn Arnny Yusnita.

Adik Rayyan Hayy bin Zunaizan (3 Jujur) memakai pakaian tradisional kanak - kanak masyarakat cina.

Adik Rayyan Hayy mengedarkan buku program kepada semua guru.

Ucapan perasmian oleh Pn Jumilah bt Ahmad, Penolong Kanan Petang.

Barisan AJK Sesi Petang Program yang berlangsung.

Bergambar kenangan bersama sebahagian daripada guru - guru sesi petang.


Video upacara gimik pelancaran, idea daripada En Mohd Hadri b Ag Idris:




Sedikit pantun yang dikongsi oleh Pn Jumilah semasa ucapan perasmian beliau tadi;

"Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya, 
Marilah sahut seruan negara, 
Bangsa membaca bangsa berjaya."

No comments:

Post a Comment