Monday, May 21, 2018

Majlis Perasmian Jom Dakwah & Ihya' Ramaadhan 2018 ( Sesi pagi)

Panatia Pendidikan Islam telah menganjurkan majlis Perasmian Jom Dakwah dan Ihya' Ramadhan dengan jayanya pada 21 Mei 2018 bersamaan 05 Ramadhan 1439 Hijrah iaitu pada hari Isnin. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En.Ruzain Syukur bin Mansor, Pegawai Pendidkan Islam dari Kementerian Pendidikan Malaysia. 

2. Diantara objektif program Jom Dakwah dan Ihya' Ramadhan ini diadakan adalah :
*  Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
* Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
* Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah.
* Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan   
   cintakan ajaran Islam.
* Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang mengamalkan tata cara hidup sebagai seorang     muslim yang mengimarahkan bulan Ramadhan.

4. Sekolah bertuah kerana perasmi bagi program ini juga merupakan seorang penulis buku. Beliau telah berkongsi kisah pengalamannya dalam buku tersebut. Buku beliau bertajuk Travelog Dakwah UK Dari Jendela Queensborough Terrace. En.Ruzain Syukur Mansor juga telah berkongsi pengalamannya berpuasa di UK bersama rakyat Malaysia yang berada di sana. Warga sekolah seronok dapat mendengar pengalaman beliau.

5. Diantara gambar-gambar yang dapat dikongsikan bersama :




Buku program


Ucapan daripada Pn Rohaidah Ali



Gimik pelancaran program

Ucapan darpada penyelaras program Ustazan Norziani


Pelancaran program 


En Ruzain Syukur b Mansor


Karya buku daripada En.Ruzain

Suasana majlis di dewan






No comments:

Post a Comment