Thursday, May 3, 2018

Program Motivasi Tahun 5

Hari ini telah berlangsung Program Motivasi untuk murid-murid Tahun 5 di SKTPP. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai halatuju dan kemahiran yang bersesuaian dengan pendidikan masa kini. Program ini juga memberi pendedahan yang berguna kepada murid berfokuskan kepada teknik pembelajaran yang lebih baik.

Dr Abdul Aziz bin Sahat telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid ini. Antara objektif ceramah beliau adalah supaya murid-murid mengetahui cara :
* Penulisan berkesan dan kreatif
* Teknik hafalan berkesan menggunakan peta minda
* Teknik membaca berkesan
* Pengurusan jadual ulangkaji
* Mengetahui amalan pemakanan minda sihat
* Murid mengetahui cara menjadi johan dalam akademik dan sahsiah diri supaya menjadi anak/murid yang cemerlang.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung..

 Banner program

 Ucapan aluan oleh pengacara majlis Pn. Murni

 Sesi bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bagi memberkati majlis

 Penceramah jemputan Dr Abdul Aziz bin Sahad

 Aktiviti Penulisan berkesan dan kreatif

 Perkongsian mengenai amalan pemakanan minda sihat

 Sesi bergambar bersama guru-guru dan penceramah program

Para peserta sentiasa ceria dan bersemangat hingga ke akhir program

No comments:

Post a Comment