Monday, February 11, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-6 (Sesi Petang)

Tarikh   :  11 Februari 2019
Hari      :  Isnin
Masa    :  1.20 Tengah hari
Tempat :  Dataran Perhimpunan

Pengerusi Majlis :
Puan Rozimah Binti Yaakob


Guru Bertugas
1)  Encik Mohamad  Hasbullah Bin Zainal Abidin
2)  Puan Rozimah Binti Yaakob
3)  Puan Salmi Binti Amir
4)  Puan Nazahiyah Binti Ab Rahman
5)  Puan Halijah Binti Minhat
6)  Puan Hastipa @ Zaiton Binti Mat Daud
7)  Encik Mohd Hadri Bin Ag Idris


Laporan / Ulasan

1.  Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi Binti Amir.

2.  Bacaan doa oleh adik Muhammad Hakem Rizqi Bin Norazmi.

3.  Bacaan Ikrar Rukunegara dan Keselamatan Jalan raya oleh Puan Rozimah Binti Yaakob.

4.  Bacaan Ikrar Murid

5.  Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Nik Rosmaliza Binti Nik Hussain.
     -  Murid-murid dilarang berlari di dalam kawasan sekolah.
    -  Murid-murid dikehendaki menjaga disiplin sepanjang latihan sukan minggu ini.
    -  Murid-murid tidak dibenarkan bermain ketika hujan.
    -  Dilarang membuang sampah merata-rata di kawasan sekolah.
    -  Murid-murid dinasihatkan supaya memperbaiki tingkah laku ke arah yang lebih baik.


6.  Adab bersama Guru
     -  Memberi salam apabila berjumpa guru.
     -  Duduk dalam keadaan sopan ketika perhimpunan atau di dalam kelas.
     -  Meminta izin guru jika perlu ke tandas atau ingin bertanya sesuatu.
     -  Sentiasa menerima pendapat yang diberi oleh guru.
     -  Jangan menyinggung perasaan guru.
     -  Membantu guru jika guru memerlukan pertolongan.
     -  Menggunakan bahasa yang sopan dan tidak meninggi suara ketika bercakap dengan guru.

7.  Lawad
     - Bahasa Melayu   : Menekan - bermaksud menindih, mendesak
     - Bahasa Inggeris  : River       - bermaksud sungai
     - Bahasa Arab       : Rijlun      - kaki

8.  Ucapan Penolong Kanan Petang, Puan Jumilah Binti Ahmad
    -  Puan Jumilah mengalu-alukan kehadiran murid setelah seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina.
    -  Murid-murid diingatkan supaya datang awal ke sekolah iaitu sebelum 1.10 tengah hari.
    -  Murid-murid dinasihati agar membawa air minuman setiap hari kerana cuaca panas.
    -  Setiap murid hendaklah memakai pas keluar setiap kali keluar kelas sama ada ke tandas atau ke bilik guru.
    -  Murid-murid dilarang berlari di koridor juga waktu rehat di kantin untuk mengelakkan berlakunya kemalangan dan kecederaan.
   -  Laporkan kepada guru jika dibuli oleh murid lain dan elakkan pergaduhan.


Disediakan oleh :
Puan Salmi Binti Amir

No comments:

Post a Comment