Monday, February 18, 2019

Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah

Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

SKTPP turut menyahut seruan KPM dengan mengadakan Majlis Permuafakatan ini pada hari ini. Majlis ini telah diadakan untuk kedua-dua sesi persekolahan pagi dan petang. Majlis ini berlangsung  selama 2 jam semasa sesi perhimpunan sesi pagi iaitu 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dan di sesi petang pada pada pukul 1.30 petang hingga 2.30 petang. Pegawai PPS sekolah, Koperal Adienan bin Rani dan NYDP PIBG, Encik Ibrahim bin Abdul Rahman telah dijemput bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis ini.

Objektif Majlis Permuafakatan ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dan PPS. Ia juga bertujuan membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Di samping itu, ia juga bertujuan bagi memperluaskan penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan menangani isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis ini berlangsung

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS DI SESI PAGI

 Banner Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM

 Ucapan aluan oleh Pn Juli selaku pengerusi majlis

 Sesi bacaan doa oleh ustaz Zurilazman

 Murid menumpukan perhatian semasa majlis berlangsung

 VIP yang hadir

Sesi ucapan Koperal Adienan, PPS Sekolah

 Perasmian Majlis dan gimik pelancaran

 Sesi bergambar AJK Disiplin, AJK Unit B&K dan Unit Keselamatan bersama pentadbir dan tetamu jemputan. "Kami benci DARVIH"


Sesi bergambar bersama murid-murid

 Penyampaian cenderamata dari NYDP PIBG kepada PPS

 Penyamapaian cenderamata guru besar kepada NYDP PIBG

Sesi jamuan di kantin sekolah

GAMBAR-GAMABAR MAJLIS DI SESI PETANG

Ucapan aluan Pn. Rafini selaku pengerusi majlis

 Sesi bacaan doa oleh Sir Saifullah 

 Gelagat murid-murid sesi petang semasa majlis berlangsung

Ucapan Perasmian oleh Pn Hajjah Rohaidah

 Gimik pelancaran program

 Pn Jumilah menembak belon sebagai gimik pelancaran Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM

 Sesi bergambar bersama AJK Disiplin, AJK Bimbingan & Kaunseling dan AJK Keselamatan sesi petang

No comments:

Post a Comment