Thursday, March 5, 2020

Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) KPM Dan Pendidikan Khas Daerah Sepang 2020

MQSS Peringkat Daerah Sepang telah berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh / Hari: 5 Mac 2020 / Khamis

Masa: 7.30 pagi - 2.30 petang

Tempat: SK Taman Seroja, Sepang.

Panitia Pendidikan Islam SKTPP telah membuat saringan pemilihan peserta mengikut kategori yang dipertandingkan serta melatih murid-murid yang terpilih.

Senarai peserta yg terpilih iaitu:

    Hafazan (L) : Mohd Syafiq Ahnaf B. Mohd Kamarol Hisham.

    Hafazan (P) : Nur Fatehah Solehah Bt. Zurilazman.

    Daie (L) :  Muhammad Ammar B. Mohd Yusop.

    Daie (P) : Nur Aleesya Qaisara Bt. Mohd Hafiz.

Rakaman gambar memori pada hari MQSS adalah seperti berikut:

Penuh semangat.. para peserta MQSS SKTPP bersama guru pengiring semasa sesi pendaftaran.


Peserta Daie Cilik (P) dapat membuat persembahan dengan bagus.


Guru pembimbing Daie cilik sedang memainkan muzik latar dan persembahan slaid.


Peserta Hafazan Perempuan.


Peserta Hafazan Lelaki.

                                                                   
                          
Santai.. merakam gambar setelah selesai persembahan masing-masing.
                                                                          
Majlis penutup pada jam 1.15 petang. Semua peserta dan guru pengiring berkumpul di dewan SK Taman Seroja. Debaran di dada terungkai sudah. Peserta dari SKTPP hanya merangkul saguhati bagi kesemua acara. Semoga peserta tidak berputus asa dan dapat mencuba lagi pada masa akan datang. Sesungguhnya MQSS ini memberi pengalaman berharga kepada murid-murid untuk membina jati diri dan keyakinan serta sikap kepimpinan yang unggul dalam diri para peserta. Tahniah semua.

No comments:

Post a Comment