... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, June 26, 2020

Makluman Penting Kepada Ibu bapa / Penjaga Murid Prasekolah

Assalamualaikum

INFO  KEPADA SEMUA IBU BAPA  MURID PRASEKOLAH YANG AKAN HADIR KE SEKOLAH BERMULA 1 JULAI  2020

1. Ibu bapa / penjaga sila pastikan anak hadir dalam keadaan sihat. Sekiranya anak tuan / puan bergejala, tidak perlu hadir ke sekolah.

2. Anak digalakkan memakai pelitup muka terutamanya yang berimuniti badan rendah. Ibu bapa digalakkan membekalkan anak face shield atau face mask  untuk dipakai di dalam kelas. Namun begitu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menasihatkan agar anak-anak hanya memakainya semasa dalam perjalanan ke sekolah. Setibanya di depan kelas prasekolah, mask akan diserahkan semula kepada ibu bapa / penjaga.

3. Jika anak menaiki bas / van sekolah, pastikan pemandu van/ bas sentiasa memakai pelitup muka dan telah menjalani saringan Covid-19 serta disahkan negatif (untuk keselamatan).

4. Murid perlu memakai pelitup muka di dalam van / bas sekolah berikutan keadaan yang bersesak dalam kenderaan.

5. Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan akan bersekolah dalam sistem penggiliran bagi menjaga penjarakan sosial -  bersekolah berselang sehari. Kumpulan anak dan jadual penggiliran akan diberi kemudian.

6. Ibubapa / penjaga / pemandu van perlu melalui pagar B serta wajib menghantar murid di hadapan pagar prasekolah.

7. Ibu bapa / penjaga / pemandu van perlu membuat pemeriksaan suhu di pagar sekolah sebelum masuk menghantar anak ke kelas prasekolah. Guru Kelas atau PPM akan menunggu di hadapan kelas prasekolah dan akan mengambil suhu badan murid di sana. Suhu badan yang melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke sekolah  dan diminta untuk mendapatkan rawatan doktor.

Begitu juga waktu balik, ibu bapa / penjaga / pemandu van perlu menunggu di pagar kelas prasekolah untuk menjemput anak jagaan masing-masing

Maksudnya di sini, anak-anak tidak boleh lagi masuk berjalan sendiri ke kelas tanpa jagaan ibu bapa / pemandu van semasa waktu datang dan waktu balik. (SOP ini telah ditetapkan oleh KPM dan KKM)

8. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas.

9. Ibu bapa / penjaga perlu patuh tatacara pelawat masuk dan hantar serta ambil anak ikut waktu yang ditetapkan.

10. Murid tidak perlu membawa beg sekolah dan bekalan makanan / minuman kecuali murid yang dibenarkan atas faktor-faktor tertentu.

11. Makanan dan minuman akan disediakan setiap hari di dalam kelas.

12. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan / minuman.

13. Ibu bapa / penjaga perlu membawa alat tulis sendiri / warna pada hari pertama persekolahan dan menyerahkan kepada guru sebaik tiba di kelas prasekolah untuk disanitize. Alat tulis akan ditinggalkan di dalam kelas untuk kegunaan murid sepanjang hadir ke sekolah selepas itu.

14. Murid tidak dibenarkan berkongsi peralatan / alat tulis dengan murid lain.

15. Ibu bapa / penjaga digalakkan membawa anak terus pulang ke rumah selepas habis kelas.

16. Sesi persekolahan prasekolah :
Sesi pagi          8.00 pagi - 12.00 tengah hari                                       (Isnin - Jumaat)
Sesi petang     : 1.00 petang - 5.00 petang 
                             (Isnin - Khamis)
                              2.00 petang - 6.00 petang 
                              (Jumaat)


Terima kasih

Guru Besar,
SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment