Monday, June 15, 2020

Tahniah Cikgu Izwan & Cikgu Junaidi : Penerima Anugerah Khas PPD

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang guru SKTPP; En. Mohd. Izwan bin Mohd Jowahar dan En. Ahmad Junaidi bin Abdullah kerana telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Khas PPD Sepang sempena Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2020. Mereka telah dipilih bersama seorang lagi penerima iaitu Yang Berusaha  Dato' Haji Marsum Paing. Pengiktirafan mereka berdasarkan pencapaian cemerlang dalam sukan kriket peringkat sekolah, daerah, negeri maupun kebangsaan.
Pihak SKTPP amat berbangga dengan pencapaian guru-guru hebat ini. Tahniah buat SRCC selaku support group yang sangat berkesan. Terima kasih banyak buat PIBG yang sentiasa menyokong semua aktiviti Kokurikulum dan sukan sekolah khususnya KRIKET selama ini.. Semoga kerjasama ini akan terus berpanjangan demi memartabatkan kemenjadian murid SKTPP...




















No comments:

Post a Comment