Friday, October 2, 2020

Laporan Bertugas Persekolahan Minggu ke-37 (Sesi Pagi)

Tarikh: 28 September hingga 2 Oktober 2020
Hari: Isnin - Jumaat
Nama Kumpulan: Kumpulan F

Senarai nama guru bertugas Kumpulan F

1. Noor Hanawati Alinda bt Abd Talib Puruji (K)
2. Hafiz bin Md Noor (P)
3. Nurulhuda binti Hasbullah
4. Noorayuni binti Ab Fatah
5. Norbaizura binti Nordin
6. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
7. Siti Rabiaah binti Mohammad
8. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
9. Muhd Rusydan bin Ismail

Laporan Bertugas:

Sesi persekolahan berjalan lancar mengikut peraturan yang ditetapkan. Terima kasih kepada guru bertugas dan ibu bapa yang kekal mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.

Antara gambar sepanjang minggu bertugas: 
 
Rutin harian biasa semasa hadir ke sekolah, murid-murid perlu beratur untuk
diambil suhu kemudian membasuh tangan sebelum bergerak ke kelas.

Pada waktu rehat, bagi murid-murid yang tidak membawa bekal makanan, mereka akan membeli makanan di kantin dan beratur mengikut kelas dengan mengekalkan jarak mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Manakala pada waktu pulang dari sekolah, murid-murid akan beratur mengikut kelas dengan mengekalkan jarak dan keluar ke pagar A dan pagar B untuk menunggu ibu bapa.



Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
 
Merujuk dokumen Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum oleh KPM, pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan adalah dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan.

Oleh itu, aktiviti kokurikulum peringkat sekolah telah bermula pada minggu ini pada hari Rabu 30 September 2020 iaitu Kelab / Persatuan dan Sukan Permainan. Aktiviti kokurikulum dijalankan secara bergiliran setiap minggu mengikut tahun. Murid Tahun 3 dikecualikan daripada aktiviti kokurikulum sehingga akhir tahun ini. Pada minggu ini, aktiviti kokurikulum dijalankan kepada murid Tahun 6 manakala murid Tahun 5 dan Tahun 4 menjalankan aktiviti secara tidak bersemuka.

Aktiviti Secara Tidak Bersemuka
Bermaksud murid perlu membuat Kerja Kursus mengikut unit masing-masing. Kerja Kursus ini boleh disiapkan di rumah semasa waktu kokurikulum ketika Aktiviti Tidak Bersemuka.
 
Antara gambar yang diperolehi sepanjang aktiviti yang dijalankan bagi murid Tahun 6 secara bersemuka:
 
Antara aktiviti Kelab dan Persatuan yang dijalankan mengikut kelab dan persatuan
masing-masing.

Antara aktiviti Sukan dan Permainan yang dijalankan semasa waktu kokurikulum.

Ustaz Zurilazman dan Cikgu Rusydan menunjukkan cara penggunaan alatan semasa
aktiviti Sukan dan Permainan dijalankan. Manakala seorang murid menunjukkan
tunjuk cara bermain badminton dengan betul.


Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat sesi pagi telah dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam pada 2 Oktober 2020 (Jumaat) bertempat di kelas masing-masing. Semua guru Islam menjadi Mentor / Fasilitator. Aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Terima kasih kepada semua guru SKTPP yang telah menjayakan Kem Bestari Solat pada hari ini. Sesungguhnya solat membentuk peribadi unggul setiap individu.

Antara gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti dijalankan.
 
Ustaz Zubair memberi penerangan sebelum menyemak bacaan dan tertib solat 
setiap anak murid.

Murid-murid diberi makanan percuma pada hari ini dan makan di kelas
masing-masing sambil dipantau oleh guru.

Seorang murid dipilih sebagai Murid Terbaik dari segi bacaan / kelancaran bacaan solat
dan sahsiah terpuji setiap kelas. Hadiah disampaikan oleh Puan Guru Besar di setiap kelas.

Semoga anak-anak kekal istiqamah dan ikhlas dalam menunaikan solat serta terhindar daripada amalan yang keji. Mahfum hadis; "Sesungguhnya Solat itu mencegah kemungkaran".

No comments:

Post a Comment