Friday, January 28, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-45 (Sesi Pagi)

Tarikh : 24 Januari hingga 28 Januari 2022

Senarai guru bertugas Kumpulan 3

1. Azlina binti Mat Isa (K)
2. Nurzainon binti Mohd Razalli
3. Faridatul Akmal binti Ismail
4. Junaidah binti Rus
5. Nur Murni binti Abdullah
6. Rosmizawati binti Yusub
7. Mazzaini binti Muda
8. Ahmad Musrizuan bin Daud
9. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
10. Zairuddin bin Mohamad Kelsom
11. Jamunarani a/p Bhoja Rajan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini sesi pembelajaran secara bersemuka telah masuk minggu ke-3 bagi penggal ke-3 tahun 2021/2022. Kehadiran murid minggu ini adalah masih mengikut penggiliran bagi tahun 4 dan tahun 5 iaitu murid kumpulan B dan murid tahun 6 tanpa penggiliran. Perjalanan dan pengurusan sekolah sepanjang minggu ini tetap mengekalkan Garis panduan dan Operasi Standard (SOP) selaras dengan ketetapan dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. 

1. Murid mematuhi SOP ketika sampai ke sekolah, ketika waktu balik dan juga waktu rehat dan dipantau oleh guru bertugas setiap hari.

Ketibaan murid di pagar A
Ketibaan murid di pagar B

Waktu rehat

Waktu sesi persekolahan tamat

2. Tahniah buat adik Nur Dayana Qamelia binti Nasrol Nizam dari 4 Iphone yang telah mendapat Naib Johan Seni Tempur dalam Karnival Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Cabaran Pencak Silat Peringkat Negeri Selangor 2021 dan sijil penyertaan semasa membuat persembahan dalam Cabaran Silat Seni KPM Peringkat Kebangsaan 2021.

Piala dan sijil-sijil yang diterima oleh Nur Dayana Qamelia binti Nasrol Nizam 

3. Penyampaian sumbangan dari KKGK, Panitia Sains, Kelab Guru Atas dan Cikgu Pn. Parimala kepada Cikgu Pn. Komagal a/p Kunaisekaran yang telah dapat bertukar ke SK Taman Jasmin, Hulu Langat. Terima kasih kepada Pn Komagal di atas segala ilmu yang dicurahkan kepada murid SKTPP selama ini. Moga Pn Komagal gembira berkhidmat di sekolah baru.
Penyampaian hadiah sempena pertukaran Pn Komagal a/p Kunaisekaran ke SK Taman Jasmin, Hulu Langat

4. Tahniah buat adik Alya Syamimi binti Mohd Saufi dari kelas 4 Nokia yang telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi dalam Karnival STEM 2021 peringkat Daerah Sepang. 

Gambar fotografi yang diambil oleh Alya Syamimi binti Mohd Saufi

5. Tahniah kepada adik Nur Irdina Sofiy binti Mohammad Sharil dari kelas 5 Ibnu Thufail atas kejayaannya dalam pertandingan Matematik yang disertai : Bronze Award Kangaroo Math Competition Benjamin Category dan Honorable Mention Beaver Computational Thinking Competition Benjamin Category.

Syabas Nur Irdina Sofiy binti Mohammad Sharil

6. Taklimat mengenai pinjaman buku teks telah disampaikan oleh guru SPBT Pn Jamilah binti Mohd Yusof kepada semua guru kelas sesi pagi. Taklimat dibuat bagi menerangkan cara pengurusan penghantaran dan pengambilan buku teks daripada murid sebelum cuti persekolahan penggal ke-3 nanti.

Taklimat dijalankan di dewan sekolah

7.  Aktiviti bacaan Yassin pada pagi Jumaat diteruskan seperti biasa. Kali ini program diketuai  Ustaz Zurilazman bin Abdullah bersama Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd Ali dan barisan Penolong Kanan SKTPP. Semua guru dan murid turut serta membaca di dalam kelas masing-masing. 

Suasana ketika bacaan Yasin 

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru bertugas atas kerjasama dalam menjalankan tugas sepanjang minggu ini. Semoga mendapat keberkatan setiap usaha yang telah diberikan.

Disediakan oleh :
Nurzainon binti Mohd Razalli

No comments:

Post a Comment