Friday, January 28, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-45 (Sesi Petang)

Tarikh : 24 Januari 2022 hingga 28 Januari 2022

Senarai guru bertugas sesi petang Kumpulan 3

1. Rusmami bin Rosli (Ketua)

2. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

3. Siti Maziah binti Tajuddin

4. Salmi binti Adnan

5. Zabedah binti Othman

6. Nur Nadzhirah binti Abdul Rahim

7. Amalina binti Abdul Hamid

8. Nurul Hanani binti Mohammad Kamal

9. Suziana binti Mohd Makhtar

10. Khairiah binti Razali

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Minggu ini merupakan minggu yang ke-3 persekolahan bagi penggal ke-3 sesi 2021/2022. Minggu ini juga merupakan minggu terakhir sebelum cuti Perayaan Tahun Baru Cina selama 1minggu.

Seperti minggu pertama dan kedua, pengoperasian sekolah masih tetap dengan peraturan yang sama iaitu murid Prasekolah, murid RMT, murid Tahun 1 dan Tahun 2 hadir ke sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran. Manakala murid Tahun 3, mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara penggiliran. Dan pada minggu ini murid-murid daripada kumpulan A. Alhamdulillah, disiplin murid terkawal dan suasana pembelajaran berada dalam keadaan tenang.

Antara peringatan yang telah disampaikan oleh guru disiplin ialah:-

1. Murid-murid diberi peringatan tentang waktu hadir ke sekolah seperti yang ditetapkan.

2. Pada waktu rehat, murid diingatkan supaya menjaga tingkahlaku dan tidak bermain di merata tempat. Murid perlu berada di dalam kelas dan makan di dalam kelas yang diawasi oleh guru yang bertugas pada waktu rehat

4. Pergerakan murid mesti lebih tersusun ketika berada di dewan untuk naik ke kelas, ketika waktu rehat dan semasa balik.

5. Seperti biasa, penekanan tentang SOP yang wajib murid amalkan dan sentiasa menjaga jarak di dalam kelas.

Pada minggu ini juga, pihak sekolah menerima kunjungan daripada Pengawai Perhubungan Sekolah iaitu Kpl. Muhammad Redzuan bin Daman Hury pada pukul 4.30 petang Isnin.

Berikut ialah gambar-gambar  yang sempat dirakam pada minggu ini.

Taklimat Guru Disiplin 
Puan Suriyana binti Salim

Murid Tahun 1

Murid Tahun 2

Murid Tahun 3

Pergerakan murid naik ke kelas

Waktu rehat dijaga oleh guru bertugas

Murid beratur dan menjaga jarak dengan baik ketika membeli makanan

Sebelum murid masuk ke kawasan sekolah perlu imbas suhu terlebih dahulu

Murid balik diiringi guru mata pelajaran

Murid Tahun 3 pulang menggunakan pagar A

Murid Tahun 1 dan 2 pulang menggunakan Pagar B

Murid Tahun 2 turun dari kelas dan bergerak ke pagar dengan menjaga jarak

Murid di Pagar B dijemput oleh ibubapa

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru bertugas atas komitmen yang diberikan dan menjalankan tugas dengan baik. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripadaNya.

Disediakan oleh 
Puan Salmi binti Adnan

No comments:

Post a Comment