Friday, May 13, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-7 (Sesi Pagi)

Tarikh : 09 Mei 2022 hingga 13 Mei 2022

Hari : Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas:

Kumpulan A

1. Pn Norli binti Hassan (K)
2. Pn Astina binti Mahad Nor (P)
3. Pn Norsiah binti Mohd Nor
4. Pn Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Pn Shahrul Rozaina binti Jelani
6. Pn Juli binti Mahbah
7. En Zurilazman bin Abdullah
8. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Pn Norinna binti Mohamed
10. Cik Claudia Jacqueline Charles Nelson 
11. En Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
12. Pn Siti Rabiaah binti Mohammad

Sesi bergambar guru-guru bertugas


Alhamdulillah, kita menyambung kembali sesi persekolahan minggu ke-7 penggal pertama pada minggu ini dengan wajah yang ceria dan bersemangat. Memasuki hari ke-39 Fasa Peralihan ke Endemik di negara ini, sesi persekolahan 2022/2023 telah kembali normal dan usaha guru dalam meningkatkan pengaliran ilmu kepada murid melalui sesi PdP dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dapat dioptimumkan lagi.

Selepas ‘dibekukan’ sejak 10 Jun 2021, aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah membabitkan guru serta murid telah dibenarkan semula. Beberapa penambahbaikan dilakukan dalam tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0. Walaupun masih ada garis panduan perlu dipatuhi, namun kebenaran melaksanakan aktiviti kokurikulum ini disambut baik semua pihak.

Kebanyakan murid juga bersemangat serta teruja dapat kembali ke sekolah selepas menjalani sesi PdP di rumah sejak Covid-19 melanda dua tahun lepas. Malah golongan ibu bapa juga meluahkan kesyukuran kerana kehidupan anak-anak mereka sebagai pelajar akan beransur normal dalam tempoh fasa peralihan ini. Kita sedang berada dalam fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dan kita harus belajar hidup bersama dengan virus ini. Sehubungan itu, memahami risiko penularan COVID-19, mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam dan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti harian adalah amat penting untuk memastikan kita dan keluarga kita kekal selamat.

Berikut dilampirkan bingkisan peristiwa sepanjang minggu ini.

Kehadiran murid sesi pagi di pagar A & pagar B. 



Kehadiran Murid di Pagar B 

Kehadiran Murid di Pagar A

Suasana waktu rehat murid SK Taman Putra Perdana.



Terpancar wajah kegembiraan murid dapat makan di kantin setelah 2 tahun

Murid beratur untuk naik ke kelas setelah tamat waktu rehat



Murid-murid SK Taman Putra Perdana menunjukkan disiplin yang tinggi dan patuh arahan guru
 
Perjumpaan Bersemuka Unit Beruniform Buat Kali Pertama setelah 2 tahun

Murid memberikan sepenuh perhatian kepada penerangan guru


Waktu balik di pagar A & pagar B

Tangga UKM

Tangga UKM

Pagar B


Tangga USM

Bye!!! Jumpa lagi semua


Disediakan oleh 

Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi 

No comments:

Post a Comment