Friday, May 13, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-7 (Sesi Petang)

Tarikh : 09 Mei 2022 hingga 13 Mei 2022

Hari : Isnin hingga Jumaat


Senarai nama guru bertugas Kumpulan A :
 

1. Nor Amirulfitri bin Othman (K)

2. Rozaimah binti Yaakob (P)

3. Azizah binti Ab Hamid (tiada dalam gambar)

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan (cuti kuarantin)

9. Rosmanini binti Rahim (cuti kuarantin)

10. Farhana binti Muhamad Fuzi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke-7 penggal pertama sesi persekolahan 2022/2023. Alhamdulillah, menyelusuri rentetan perjalanan sesi petang sepanjang minggu ini, dapat dirangkumkan bahawa keseluruhannya berjalan baik dan lancar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, minggu ini juga merupakan minggu pertama sesi persekolahan setelah bercuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Seiring dengan negara yang sedang memasuki fasa endemik, peraturan di sekolah juga semakin banyak kembali pada asal seperti murid sudah boleh menikmati makanan pada waktu rehat di kantin sekolah. Namun begitu, setiap kelonggaran masih sentiasa dipantau dan memastikan semuanya sentiasa dalam keadaan teratur dan berjaga-jaga.

Berikut dilampirkan bingkisan peristiwa sepanjang minggu ini.


Murid masih melakukan amalan membasuh tangan sebaik tiba di sekolah


Suasana waktu rehat di kantin
Disediakan oleh:

Nor Rafini binti Othman

No comments:

Post a Comment