Friday, December 9, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-35 (Sesi Pagi)

Tarikh: 5 Disember 2022 – 9 Disember 2022

Hari: Isnin - Jumaat

Tema: Toleransi

Senarai guru bertugas:

1.       Pn. Noriza binti Md Nor (Ketua)

2.       Pn. Zaleha binti Sitam (Penolong)

3.       Cik Syahirah binti Tumar

4.       Pn. Mawaddah binti Kamarulzaman

5.       Pn. Nur Zakiah binti Md Diat

6.       En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

7.       Pn. Hanifah binti Ramlee

8.       En. Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

9.       Pn. Julaili binti Onian

10.   Pn. Nurhayati binti Mohamed Nor

11.   En. Zairuddin bin Mohamad Kelsom

12.   Pn. Norliza binti Ali@Yasim


Guru-guru bertugas bagi kumpulan E

Minggu persekolahan minggu ke-35 telah melabuhkan tirai. Pada minggu ini juga merupakan minggu persekolahan terakhir bagi penggal kedua sebelum kesemua murid akan bercuti selama 3 minggu bermula 10 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023. Alhamdulillah, selesai guru bertugas bagi Kumpulan E telah menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan sepanjang minggu ini dengan lancar.

Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini:

  • Gambar murid-murid hadir ke sekolah melalui pintu Pagar A dan pintu Pagar B.








  • Gambar murid-murid berada di Dewan Perdana selepas waktu rehat untuk naik ke kelas meneruskan sesi pembelajaran.



  • Gambar murid-murid pulang ke rumah selepas tamat sesi pembelajaran melalui Tangga USM, Tangga UKM, Laluan Bilik j-QAF menuju pintu Pagar A dan pintu Pagar B.






Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

 


Pada hari Isnin bersamaan 5 Disember 2022 merupakan tarikh kelahiran bagi Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali yang tercinta. Pada hari tersebut genaplah umur beliau 59 tahun. Satu majlis meraikan hari lahir beliau telah diadakan dengan penuh meriah. Dengan bertemakan warna oren, beliau bersama barisan pentadbir dan guru-guru telah diarak diiringi dengan paluan kompang bermula daripada Dewan Perdana menuju ke Bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). 

Majlis sambutan ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis dan disertai dengan bacaan doa memohon agar majlis yang dirancang berjalan dengan baik. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderahati oleh barisan pentadbir kepada Guru Besar dan sesi memotong kek. Akhir sekali, semua guru-guru telah menjamu selera dengan hidangan yang sedap dan pelbagai.

Berikut sedikit gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung:

  • Barisan pentadbir dan guru-guru berada di Bilik RBT bagi meraikan majlis.






  • Hadiah-hadiah yang diberikan kepada Guru Besar serta majlis penyampaian hadiah oleh barisan pentadbir. 










  • Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali meniup lilin dan memotong kek hari jadi.



  • Menu hidangan yang disediakan untuk semua guru.


Buat Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, kami warga SK Taman Putra Perdana dengan rendah hati mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-59. Semoga beliau dimurahkan rezeki, diberi kesihatan tubuh badan yang baik dan dipanjangkan umur. Semoga beliau terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, diberikan rahmat dan keberkatan oleh ALLAH S.W.T, berbahagia bersama keluarga yang tercinta serta sentiasa berada di bawah lembayung perlindungan dan kasih sayang dariNya. 

Semua warga sekolah boleh melayari blog sekolah untuk melihat tayangan video majlis Sambutan Hari Lahir Guru Besar melalui pautan yang telah disediakan di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=sD2R3xJtNt8


Majlis apresiasi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2022



Pada hari Selasa bersamaan dengan 6 Disember 2022 pula telah diadakan Majlis Apresiasi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)  bagi sesi 2022/2023.  Program telah dijalankan Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana pada jam 7.30 pagi. Program ini diadakan bagi meraikan Pembimbing Rakan Sebaya yang telah menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi sesi persekolahan tahun ini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas kesudian hadir dan memberikan ucapan serta memeriahkan suasana pada majlis yang telah dianjurkan ini. Selepas itu, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana turut sama mmberikan ucapan dan bersambung dengan tayangan video yang telah disediakan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling yang memaparkan rentetan program-program yang telah diadakan di bawah unit ini sepanjang sesi persekolahan 2022/2023.




Majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata melibatkan semua Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bermula daripada Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6 serta PPKI. Penghargaan turut diberikan kepada PRS yang mencapai Anugerah PRS Tahap Bongsu  bagi Tahap 2.

  •  Senarai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 serta PPKI.



  • Penyerahan sijil penghargaan dan cenderamata kepada semua PRS oleh barisan pentadbir.










Selain itu juga, diadakan juga penyampaian sijil pertandingan Madah Intelek Peringkat Daerah Sepang yang telah disertai oleh murid kelas 5 Samsung iaitu Nur Syaza Iwani binti Sa’ari. Semoga penyertaan beliau akan dapat meningkatkan lagi usaha murid-murid lain dalam melibatkan diri secara aktif dalam apa jua pertandingan yang dianjurkan.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama barisan pentadbir, guru-guru Bimbingan dan Kaunseling serta murid-murid yang diraikan dalam suasana yang meriah. Majlis berakhir pada jam 8.30 pagi dan murid naik ke kelas meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

Besar harapan semua warga sekolah terutamanya barisan pentadbir serta guru-guru agar penganjuran program seperti ini dapat memberi contoh dan tauladan kepada murid-murid lain dalam memupuk sikap membantu rakan-rakan yang lain di samping dapat memupuk semangat murid-murid untuk menjadi murid yang terbaik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Sekalung tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru bertugas sepanjang minggu ini. Tidak dilupakan juga buat semua warga sekolah yang turut sama berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segala program dan aktiviti yang disertai.

 Terima kasih dan selamat bercuti.

No comments:

Post a Comment