Friday, December 9, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-35 (Sesi Petang)

Tarikh : 5 Disember 2022 - 9 Disember 2022

Hari : Isnin - Jumaat

Senarai Nama Guru bertugas :

1. En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim

2. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

3. Pn. Nor Arzah binti Hussin

4. Pn. Hastipa binti Mat Daud

5. Pn. Shurhama binti Ahmad

6. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar

7. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak

8. Hajjah Zalina binti Ismail

9. Pn. Maizara binti Mahat

10. Pn. Nor Azian binti Ahmad

Alhamdulillah, minggu ini minggu terakhir sebelum Cuti Persekolahan Penggal ketiga. Minggu ini merupakan giliran kumpulan E bertugas. Alhamdulillah sesi persekolahan berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun di minggu terakhir persekolahan, murid-murid masih lagi bersemangat dan ceria untuk hadir kesekolah.

 Berikut adalah laporan sepanjang minggu ini :

Seperti biasa, hari Isnin setiap minggu dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Mingguan.

Perhimpunan Rasmi pada minggu ini telah dikendalikan oleh Encik Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman. Majlis perhimpunan dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah kemudian disusuli dengan bacaan doa yang diketuai oleh Adik Muhammad Syafiq Syahmi bin Sudirman, bacaan Rukun Negara pula diketuai oleh Adik Anissa Jannah binti Mohd Fadhil, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Sekolah.

Gambar sekitar Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan.

Seterusnya, Pengacara Majlis memperkenalkan perkataan LAWAD pada minggu ini, iaitu:

Bahasa Melayu            Menjulang  

Bahasa Inggeris        :    Prosperity

Bahasa Arab              :    Muallim/Muallimah

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan wakil guru bertugas minggu lepas iaitu, Encik Abdul Hafiz bin Abdul Jalil. 

- Kebersihan : Murid diingatkan untuk tidak meninggalkan sampah sarap atau bekas makanan dan minuman selepas meninggalkan dewan. Selalulah menjaga kebersihan kawasan sekolah dan di dalam kelas. 

- Disiplin : Murid-murid diingatkan untuk mengikuti peraturan sekolah dan peraturan di dalam kelas. Jangan selalu keluar kelas apabila waktu pertukaran guru dan juga jangan membuat bising di dalam kelas. 

Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan dari Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali :

Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali

- Guru Besar mengingatkan murid berkenaan dengan Cuti Persekolahan Penggal Ketiga selama tiga minggu. Murid-murid perlu menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang musim cuti sekolah berlangsung.

- Guru Besar juga mengingatkan murid selepas cuti persekolahan selama tiga minggu, murid-murid akan menduduki Ujian Akhir Sesi  Akademik (UASA) Tahun 2022/2023. Ujian tersebut akan bermula pada Rabu (4 Januari 2023) hingga Isnin (9 Januari 2023). Murid-murid perlu bersiap sedia dalam menduduki ujian akhir yang akan dijalankan nanti. Jangan membazir masa cuti dengan perkara yang sia-sia. Banyakkan membaca dan mengulangkaji pelajaran.

- Di samping itu, Guru Besar mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan Guru Penolong Kanan Petang yang baru kepada semua murid dan guru. 

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan perkenalan dari Guru Penolong Kanan Petang yang baru iaitu Encik Naga Kannan a/l Vadivale. 


Guru Penolong Kanan Petang, Encik Naga Kannan a/l Vadivale

Sedikit biodata mengenai Encik Naga :
  • Sekolah pertama beliau di SK Taman Seroja. Setelah bekerja selama 1 tahun di sana beliau dipindahkan ke SK Sungai Pelek dan berkhidmat di sana selama 9 tahun. Atas khidmat dan kepakaran yang diperlukan di SK Taman Seroja, beliau dipindahkan kembali ke sekolah tersebut. Seterusnya dinaikkan pangkat dan ditempatkan di SK Taman Putra Perdana sebagai Guru Penolong Kanan Petang. 
  • Beliau juga seorang yang aktif dalam bidang sukan. Beliau adalah seorang jurulatih bola baling dan Pengerusi Pembangunan Merentas Desa Daerah Sepang. 
  • Beliau adalah guru subjek RBT dan telah mereka pelbagai model selama beliau menjadi guru subjek tersebut. 
Selamat Datang kami ucapkan  kepada Encik Naga. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran cikgu sebagai warga SKTPP. Semoga dengan kehadiran Encik Naga dapat memartabatkan lagi sekolah khususnya sesi petang ke arah kecemerlangan dari aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah di samping menaikkan nama sekolah. Insya Allah. 

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada murid-murid yang terlibat dalam Pertandingan Pingpong Tertutup Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Pertandingan tersebut diadakan pada 13 November 2022 di Sarang Table Tennis Centre. Tahniah diucapkan kepada semua pemain! Semoga dengan penghargaan yang diberi dapat memberi semangat untuk terus berusaha dan minat dalam bidang sukan ini. 

Slot penyampaian sijil kepada semua pemain. 

Selamat Hari Jadi Guru Besar, Puan Hajjah Rohaidah! 

Majlis Sambutan Hari Lahir Puan Guru Besar dikendalikan oleh dua jejaka iaitu Encik Hasbullah dan Encik Amirulfitri. Majlis dimulakan dengan gimik dan nyanyian hari lahir daripada murid-murid dan guru sesi petang. Nyanyian diketuai oleh Puan Nur Malisha dan diiringi oleh semua warga sesi petang. Sungguh meriah! 

'Birthday girl' yang selalu ceria dan gembira. Moga Allah selalu melindungi  Guru Besar.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang bermakna bagi beliau. Alhamdulillah. Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada Guru Besar. 

Hadiah untuk Guru Besar daripada kami warga sesi petang. 

Berikut merupakan sedikit bingkisan sepanjang Majlis Sambutan Hari Lahir, Guru Besar.

Sungguh meriah dan ceria. Dengan bertemakan warna oren. 

Kami warga sesi petang ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah. Semoga puan sentiasa di dalam lindunganNya, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Kami doakan semua yang terbaik atas bertambahnya usia puan...

Pada hari Rabu, 7 Disember 2022, Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP telah mengadakan Majlis Apresiasi Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2022/23. Majlis dijalankan dengan begitu baik dan lancar sekali. Tahniah diiucapkan kepada ahli PRS. Semoga terus bersemangat dan lebih berjaya pada masa akan datang. Berikut adalah momen yang dirakam sepanjang majlis.. 
Ahli PRS yang diraikan 


Kawalan disiplin murid terkawal

Penutup :

Terima kasih kepada semua guru bertugas kumpulan E kerana berjaya melaksanakan tugasan pada minggu ini dengan jayanya. Disiplin murid juga terkawal. Murid-murid semua sentiasa bersemangat melalui setiap minit kehidupan di sekolah sebelum Cuti Penggal bermula. 

Keriangan terpapar di wajah murid bila hadir ke sekolah. Semangat!

Suasana murid selepas rehat, beratur untuk sambung menimba ilmu. 

Selamat bercuti sekolah kepada semua murid dan guru. Semoga masa yang berharga ini dapat diluangkan bersama keluarga tersayang dan manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah bersama keluarga tercinta. 


Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,
 
Puan Suziana binti Mohd Makhtar.

No comments:

Post a Comment