Monday, June 19, 2023

Kejohanan Boling Tenpin Peringkat MSSD Sepang

Tarikh:  19 Jun 2023 

Hari   :  Isnin 
Tempat: Kompleks Sukan Dreambowl, Nilai. Negeri Sembilan 
Masa  : 8.00 pagi - 5.00 petang 
Anjuran : PPD Sepang 
Pengelola: SMK BBST (Menengah) & SK BBST (Rendah) 
Pencapaian: Johan Kategori Individu L12

Penyertaan Kumpulan 

Peserta SKTPP:
1. Adli Aisar Choong bin Azrul Halim Choong (6 Lenovo)
2. Nik Muhammad Farhan bin Faizal Shariman (6 Asus)
3. Muhammad Danial bin Mazhar (6 Samsung) 
4. Khairul Ikhwan bin Mohd Yazid (6 Nokia)

Seramai 59 orang peserta lelaki bawah 12 tahun dari 10 buah sekolah rendah termasuk SKTPP telah bertanding dalam kategori individu dan berpasukan. Tuah menyebelahi kita apabila pemain SKTPP telah memperolehi Johan Individu Kategori L12 yang disandang oleh Adli Aisar Choong bin Azrul Halim Choong. Adik Adli akan mewakili Sepang ke MSS Selangor yang akan diadakan pada bulan Julai nanti.
Pasukan SKTPP
Bergambar bersama Cikgu Astina selepas penat bertarung
Tahniah Adli!



Tahniah diucapkan kepada Adli Aisar Choong. Semoga beliau akan mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri nanti. Tahniah juga kepada semua ahli pasukan yang lain kerana sanggup menggalas tanggungjawab mewakili sekolah... Syabas!


Laporan disediakan oleh:
Puan Astina binti Mahad Nor
Pengurus Pasukan Boling SKTPP

No comments:

Post a Comment